Laman Tranung Kite Cyberlink

 

Ghaffar Baba "Ngetop"

Dr.M melaporkan kepada Ghafar bahawa jawatan PM akan dikosongkan. Ghafar dinasihatkan agar mempopularkan dirinya dengan rakyat supaya peluang beliau menyandang jawatan tersebut lebih cerah.

Pada bulan Ogos, Ghafar memulakan kempen untuk menjadi top dan pop. Beliau keluar di TV3 sebagai pejuang kemerdekaan. Bila TPM dipecat, beliau ke Indonesia secara sukarela untuk menyebarkan berita tersebut. Malangnya, popularitinya merosot kerana dihalau oleh rakyat Indonesia.

Populariti Ghafar naik semula apabila mahkamah menarik semula label muflis yang dikenakan ke atas beliau dan keluarga. Beliau cuba bangkit lagi dengan membuat kenyataan kontroversi: Jawatan TPM harus ditiadakan. Namun, merosot lagi popularitinya kerana UMNO sendiri menolak cadangan bernas beliau.

Dalam keadaan terdesak Ghafar telah meminta pertolongan Muhyidin (Menteri Belia dan Sukan) untuk mengaitkan beliau dengan mana-mana tokoh Sukan Komanwel yang sudah sedia popular dikalangan rakyat. Muhyidin pun membuat sidang media dengan mengumumkan, "Mulai hari ini, maskot sukan komanwel tidak lagi bergelar Wira, tetapi nama barunya adalah Ghafar. Langkah ini dibuat kerana terdapatnya kesamaan pada iras kedua-dua tokoh tersebut."

This product is protected by copyright laws.
Copyright (C) 2000 DDNN BROADCASTING, Inc.
All Rights Reserved
ddnn@hotmail.com




Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com