Dr. AQ : Siri VIII Pilihan Raya Ke 10 dan Kesahan Sosiologikal

 

UNDANG-UNDANG DAN PESEPEKTIF SOSIOLOGI

 

Tujuh siri penulisan terdahulu memperlihatkan dua hal yang berbeza. Pertama ialah kedudukan undang-undang yang meliputi berbagai aspek politik dan sistem pilihan raya itu sendiri. Apakah ia ADIL atau TIDAK ADIL  ;  suka atau tidak suka maka APA PUN KEPUTUSDAN  itulah keputusan “undang-undang yang ditentukan” oleh pemegang kuasa.

Rakyat  terpaksa terima.  Undang-undang, akta dan peraturan adalah di buat oleh pihak yang memegang kuasa. Semua orang mengetahui bahawa pemegang kuasa mempunyai “kelebihan” dan keistimewaan. Majoriti telah memainkan peranan menurut selera masing-masing. Bantahan boleh dibuat kemudian. Biasanya dalam banyak negara yang rakyat kurang celik tentang demokrasi, pihak pembangkang kurang dapat mempengaruhi pembuat undang-undang ; ia merupakan pihak yang lemah.

 

Undang-undang dan peraturan pilihan raya merupakan satu set peraturan untuk “pemain politik” turun padang (turpa).  Malahan ia juga merupakan satu “peperangan suara”  yang menggunakan “komunikasi”. Urat saraf rakyat digegarkan dengan berbagai isu yang benar dan yang bohong ; lama dan baharu.  BN telah dapat menyampaikan manifesto, isu dan iklan mereka melalui akhbar harian, mingguan majalah, televisyen, radio dan berbagai himpunan resmi dan tak resmi, manakala BA dalam kekurangan jauh ketinggalan dari segi tersebut.

   

Pilihan raya sangat bergantung pada daftar pengundi yang sah dan murni.. Itulah yang “sepatutnya dan sesungguhnya” daftar terkini dan sah bukan sahaja dari pendapat pihak berkuasa tetapi juga dari rakyat terutama pihak pembangkang yang diperlukan bertanding oleh negara. Semua pihak kena bersikap sebagai ‘jantan’, terhindar daripada unsur penipuan. Namun demikian,.hukum naluri manusia, sangat sayang pada kuasa-pangkat dan harta. Maka berkatalah pencerita dan pengulas dengan mengakhiri pertanyaan “siapa yang mahu kalah”, bukan ?

Sebelum permainan  bermula, pengalaman selama banyak kali dalam pilihan raya, Barisan Alternatif telah banyak kali membantah tentang “rules of the game” yang tidak adil seperti mana yang didapati di negara Barat, Amerika Syarikat dan  juga di India.. Bandingkan kedudukan pengundi dan syarat kelayakan mereka. Begitu tentang ketetapan tarikh pilihan raya dan segala macam ketelusan  dan kemudahan yang terbuka untuk menyampaikan hasrat perjuangan kepada rakyat. Penggunaan “alat perang” seperti, televisyen, radio, akhbar dan kemampuan kewangan untuk segala macam “logistik”  adalah berat sebelah.

Apa pun keadaan maka pihak BA terpaksa berlawan. KECACATAN dalam peraturan permainan ini boleh atau sudah dibuat satu senarai yang panjang.

 

Dengan tenaga dari fizik yang “tempang” atau pincang dek disekat oleh berbagai peraturan, BA terus lawan. Hasilnya walaupun kalah dari mata atau “points”,  tetapi permainannya sangat cantik menyambut tendangan dan “smash” dengan hantaran bola yang telah mendebarkan Barsian Nasional.  Pandangan dari segi “rules of the game” ini belum begitu meluas ditulis dan dibahaskan oleh para peguam dan pemimpin politik sehingga ke hari ini.

 [ Apakah BA sibuk dengan makan-makan dan “forum kenal suai”  di hotel besar sahaja dan ke temu dengan segala korporat. Hubaya, hubaya, hubaya jangan lupa kemudi, angin masih kencang] 

 

JANGKAAN DARI CITA-CITA PERJUANGAN ORANG MELAYU

 

Pandangan kedua ialah seperti yang kebanyakannya digambarkan dalam tujuh buah penulisan ringkas. Penulis tidak pasti apakah ia boleh diterima dengan baik atau separuh masak oleh para analis masyarakat dan politik. Sebagai kesimpulan saya berpendapat bahawasanya hal yang berikut telah memberi kesan agak besar kepada “pola” pengundian yang telah terbagi antara orang Melayu dan orang bukan Melayu terutama di Semenanjung.

 

 

1. Orang Melayu sudah lama merasa akan kehilangan “expectatioin” kemerdekaan [pulihan  martabat bangsa dan tanah air  : memikul sejarah perjuangan iaitu amanah para pejuang yang selama ratusan tahun melawan penjajah. Perjuangan politik bukan di tangga tahun 1946 oleh UMNO sahaja].

 

2. Apa yang dirasakan ialah kepentingan budaya berkelompok dalam berbagai kehidupan orang Melayu tidak dapat dipertahankan lagi dengan kepimpinan “cara baru” : “patriotisme” sudah digantikan dengan nilai dan norma yang berlandaskan kebendaan. Hampir semua bidang didasarkan pada untung-rugi “wang” atau  diprojekkan” begitu rupa di dalam syarikat swasta gergasi, sedang dan kecil 

Hakisan nilai dan norma pada seni budaya, kemesraan keluarga, sosial jiran, kewibawaan bahasa, tanah, kebun halaman, perumahan malahan nilai ilmu dan bentuk pendidikan merupakan satu yang tidak dapat pegang dengan kukuh.                    

 

Sesuai dengan “arus”  keghairahan politik wang  maka berikut disalin satu daripada pandangan Tan Sri Musa bin Hitam, bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, antara lain  sebagai berikut :

 

“ Q : How true is that motivation for wealth makes memebrs [UMNO]  vie for party post ?

A : That  spirit of offering service for the sake of service was slowly eroded.  Service was associated with position. As time went on, positions became associated with sucess, and sucess was measured in terms of meterial wealth. There began the problem of the Malay  community. Once position becomes associated with wealth, the pursuit of that position becmes much more intense.

Q : Is that why money politics crept into the party ?    

A :  Money politics was inevitable in view of what I have just said.  So the answer is yes. Money politics is practiced everywhere  Even opposition political parties need money for politics.  The issue is how to ensure that money politics does not get so out of handas to cause the party to degenerate to  a stage where everything can be bought. This is the biggest  challege for UMNO.”- The Star, 27 Februari, 2000.

 

Untuk memahami apa yang berterusan berlaku dalam UMNO dan juga masyarakat pimpinan BN, lihat saja apa yang pernah di kecam oleh Tengku  Razaleigh Hamzah, “PEMBANGUNAN UNTUK SIAPA ?”, Biro Penerangan, Semangat 46, 1993.   :

Dipetik antara lain .....“lebih aneh lagi, .....Trengganu naik daripada tempat keempat dalam senarai negeri negeri yang mempunyai kadar kemiskinan tertinggi kepada tempat pertama.” hal. 3 ;  “Dulu, beberapa orang hakim dipecat kerana mempertikaikan kebebasan kehakiman. Besok mungkin mahkamah hanya sebagai pentas sandiwara kerana segala-segalanya ditentutkan oleh pengaruh rasuah di jabatan kehakiman, polis, jabatan peguam negara dan jabatan pentadbiran.....”  hal. 19 ; “Politik kepentingan puak dan suku sakat tertentu ini mejadi semakin ketara apabila semua projek pengswataan  seperti Telekom, LLN (sekarang TNB) Projek Laluan Kedua Johor-Singapura dan PEREMBA dikaitkan dengan puak-puak yang sama” hal 19.

 

Buku setebal 173 halaman, PEMBANGUNA UNTUK SIAPA? cukup untuk memperlihatkan bahawa pembangunan bukan untuk rakyat atau orang Melayu. Jika ia diberikan perangkaan (statistics) sekarang ini oleh pemimpin dengan jujur, ikhlas dan murni mungkin lebih ramai yang mahu sadar tentang isu politik yang dituduh fitnah.  

 

3. Untuk memahami lebih jauh sila lihat buku tersebut di halaman 104-118 Pencabulan Perlembagaan ; dan halaman 119-141 Di Manakah Martabat Ummat Melayu merupakan fakta kemorosotan perjuangan UMNO yang terasa oleh 70% pengundi Melayu kepada BA terutama kep[ada parti Keadilan dan PAS.

Justeru dengan keadaan demikian terasa pula bahawa harapan pada raja untuk mempertahankan ketuanan Melayu kian tipis terutama di kalangan belia. Mereka terjauh atau dijauhkan dari “istana”. Ikatan Melayu dan Malaysia dengan kesultanan kurang dimengerti dan dihayati.

Apa yang terlihat ialah “orang politik” lebih berkuasa kerana mereka boleh, dan telah pun meminda undang-undang mengurangi hak Melayu dan raja.  Jika dahulu istana mempunyai jambatan melalui “datuk warisan” yang dianugerah atas jasa pentadbiran dan pengukuhan budaya ; penghulu menjadi penyambung dan melindungi budaya berkelompok (gotong ruyung yang luas) ; tetapi sekarang “datuk anugerah” lebih merupakan datuk “berpolitik” dan “berekonomi”. Malahan mereka yang mendapat gelar ada yang melakukan kesalahan jenayah dan menggunakan gelar sebagai alat kemudahan peribadi.   Penghulu pula lebih berdasarkan pada kelayakan akademik dan pemilihan politik berparti daripada sebagai pewaris budaya dan penghubung istana. Pendek kata, struktur budaya Melayu terhumban ambing mencari “pedoman” dan pimpinan.

 

4. Agama Islam. Meskipun begitu banyak bilangan orang lulusan agama, sekolah, maktab, universiti yang meningkatkan kurikulum dan kursus agama Islam, orang Melayu dihadapi oleh berbagai unsur yang di luar garis agama. Sumber Al_Quran, hadith, ijmak ulama dan qias yang sepatutnya menjadi dasar dan pedoman tidak diselaraskan dengan baik. Kegagalan pedoman tentang perihal yang berkaitan dengan ibadat, munakahat, muamalat dan jenayah merupakan orang Melayu sangat bergantung pada ulama “individu” yang kadang-kadang bercanggah dengan pengajaran yang orang lain fahami.      

 

a) Undang-undang yang “disediakan” kepada  Majlis Agama Islam di setiap negeri tidak  selaras dan kurang berwibawa dalam berbagai kesalahan dan pembelaan orang Islam.

 

 [Menurut satu pendapat sejarah bahawa Majlis Agama (Igama atau Ugama) disediakan oleh Penjajah adalah dengan tujuan untuk menyekat Islam dari mencampuri politik dan pentadbiran negei. Dengan kata lain ia hanya berkisar pada soal nikah, cerai, ibadah. Munakahat dan Muamalat disempitkan ruang lingkupnya ]   

 

b) Majlis fatwa lebih banyak “malu” dan seperti “ampu pedoman” yang malap untuk mengeluarkan fatwa dalam berbagai isu mengenai berbagai bidang kehidupan yang mencabar. Hal politik mereka membisu seribu kata.

 

c) Kekosongan ijmak ulama merupakan satu kepincangan dalam landasan hukum dan pedoman orang Islam di negeri ini.  Justeru itu keadaan menjadikan orang Islam yang insaf sedih tentang penyelewengan dan kejahatan  sosial yang kian bertambah di kalangan orang Melayu. Ribuan sudah menyebut “good-by  atau selamat tinggal Islam ; ratusan ribu seperti “bangkai bernyawa” atau ketagihan dadah ; ratusan yang baung anak dan jual anak ; ratusan ribu berani melanggar hukum Al-Quran dan hadith sahih. Ramai pemimpin Melayu Islam  terang-terangan rasuah.

 

 [ Ramai orang apabila hendak membeli makanan memilih yang halal, babi jauh sekali ; tetapi mereka tak fikir yang makanan halal tetapi duitnya “haram”. Pergi haji  “ifrad atau tomatok” yang akbar pun  mungkin tidak atas titik peluh sendiri... ].

            

Seterusnya ikutilah  kesimpulan dan rumusan, insya Allah, dalam siri ke ix. Terima kasih.  dr_ahmadkamar@hotmail.com      

28.2.2000.