Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

Pilihan raya ke 10 dan Kesahan Sosiologikal 10

PERUBAHAN Aliran pemikiran Melayu :

Landasan pemikiran Melayu boleh disebut berasas pada "kesultanan" dan Islam*. Namun demikian, keadaannya sering terganggu oleh kedatangan unsur asing yang menggugat dan memaksa. Islam pun kurang dapat bertapak dengan baik kerana kelemahan oraganisasi, penyampaian dan kaedah berkesan dan terbaru yang ilmiah. Justeru itu, landasan menjadi kabur dicoraki oleh sistem ekonomi* yang menonjolkan kepentingan peribadi dan kelompok.

  1. Dari segi sejarah mereka berjuang tanpa mempunyai satu konsep kehidupan yang sepatutnya berdasarkan pada agama dan budaya yang luhur. Budaya luhur yang sesuai dengan agama Islam ialah sistem gotong ruyung*. Sebenarnya gotong ruyung mempunyai makna yang luas dalam kehidupan ekonomi termasuk pemilikan tanah atas nama rakyat. Begitu juga bagi bidang kehidupan yang lain seperti pendidikan, pertahanan, kesihatan dan berbagai jenis pekerjaan. Sistem kerjasama baru (moden) terbentuk dalam koperasi dan konsep "payung". Keunggulan sistem gotong ruyung ialah yang adil, iaitu dengan dasar bukan sahaja memberi keuntungan kepada perseorangan tetapi juga kepada berbagai unit persatuan. Hal ini kurang dimanfaatkan dengan meluas dan bersungguh-sungguh. Dengan kata lain, ia tidak dijadikan sebagai satu "dasar nasional" ekonomi terutama bagi kehidupan orang Melayu yang tertinggal jauh dalam sistem kapitalis bebas. Melayu tidak mampu bertanding dengan jaringan saudagar besar yang menguasai semua bidang perdagangan dan ekonomi bukan sahaja di negara-negara Asean tetapi juga di seluruh dunia. [ "Keluhan" dan keadaan sebenar kedudukan ekonomi orang Melayu (Bumiputera) dapat dilihat antara lain kertas kerja Konvensyen Ekonomi Bumiputera pada 19-22 Mac, 1978, UKM ; Seminar : issues in Islamic economics, 27-29 Dec., 1985 ; dan banyak lagi jika ingin merujuk baik yang lama mahupun yang terbaharu. Untuk melihat jaringan di dunia sebelah sini sila rujuk kepada penulisan Marhaintua@Hotmail.com 28 Feb., 2000 : "ADA GENDANG ADALAH TARINNYA", sub : Siapa Pegang Ekonomi Asean ? ]

  2. PERUBAHAN SISTEM DAN DASAR : Sesudah kemerdekaan peluang naik pangkat begitu melonjak. Pegawai tinggi yang sebelumnya diisi oleh pegawai British dan orang di bawah pengaruh mereka, digantikan dengan orang yang dinaikkan pangkat dengan "lompatan".politik dan kepandaian. Begitu juga mereka yang cergas dalam politik terutama UMNO, menjadi "YB" [Yang Berhormat atau Yang berkhidmat], dapat kehormatan yang sebelum ini tidak dimimpikan. Mereka dapat motokar besar memakai bendera atau "lencana dengan supir atau drebar "chauffeur-driven". Akibat dari itu, kemudian STATUS SYMBOL dalam masyarakat Melayu telah bertukar corak. "Nilai"dan norma mereka berorientasi pada kuasa politik dan sumber ekonomi yang kemudian ramai di antara mula bergelumang dengan ekonomi atau wang [wang mudah]. Status dan norma ini pun berlaku juga dalam masyarakat orang bukan Melayu. Meskipun dahulu mereka lebih menumpukan pada soal "untung-rugi" tanpa peduli kepada kuasa politik tetapi kian lama mereka sudah menguasai banyak sendi strategik masyarakat. Justeru ini simbol, lebih-lebih lagi kuasa politik, membawa untung berganda dan jalan rentas dalam urus niaga ; maka kuasa politik merupakan rebutan dalam berbagai parti politik orang bukan Melayu. [sila rujuk siri kelima tentang peranan Dewan Perniagaan China dan Persatuan pendidikan mereka. "The large financial allocations made available to public enterprises, ostensibly to help develop the economically weak Malays, gave the politically influential access to extensive resources which could be used for patronage. This cahnge the nature of Malaysian politics as these patronage networks extended into the economy and democracy and bureaucracy, enhanced the fact that UMNO was the ruling party. E.T, Gomez, UMNO's Corporate Invesments. 1990. Sila lihat "Mahathir Corporatism Vs Razreleigh's Capitalism...Kajian Masyarakat VI (2) 1988 yang dijadikan bahan oleh Gomez].

  3. Orang Melayu terpaksa berjuang dan berjuang. Sejak merdeka pada tahun 1957, selama 43 tahun, orang Melayu (pemimpin politik atasan dan pembonceng politik atau "piilion riders") masih juga dapat sedikit tempat dalam bidang urus niaga. Peringkat pertengahan dan bawahan, orang Melayu tidak mempunyai jaring tersendiri dalam berbagai keperluan. Niaga nasi lemak pun sudah "dibungkus" oleh peniaga "anak gergasi". Ayam goreng pun susah laku di"telan" oleh restoran besar. [Berita tekini, 11.3.2000 dalam LAMAN REFORMASI menyebut tentang "kontrak makan di sekolah" akan dimonopoli oleh syarikat tertentu] Apa pun jenis dan cara niaga, saiz atasan dan sederhana, kena ada hubungan politik atau derma tenaga kepada BN iaitu UMNO. Jika mereka terdiri daripada PRM atau PAS, lazimnya, permohonan projek mereka sukar diluluskan. [ Malahan dalam UMNO sendiri, mereka kena pandai-pandai melompat dan pilih pohon "perlindungan" yang banyak dahan. Jika cuba hendak jadi orang "elit" ,main golf pun kena pilih padang dan regu. Sila lihat sentuhan yang terdapat dalam siri 5 iaitu tentang kerjasama orang China dan India dengan posisi Melayu sebagai ahli "political sign"/tukang pass]

    Jadi fokus orang Melayu terutama yang aktif dalam politik, bukan lagi untuk agama, bangsa dan tanah air tetapi mereka sudah beralih kepada kepentingan diri dan keluarga.

    [ secara mengejek ada orang berkata : jika hendak kenal "wali Allah" sekarang ialah pertama, mereka yang tersenyum sepanjang har isemasa memandu motokar di Kuala Lumpur; dan mereka berjawatan, terutama dalam bahagian UMNO ke atas, kehidupan mereka yang seperti lama : tidak kaya dan sederhana]. Keadaan tersebut telah mencorakkan tujuan hidup dan kelakuan sosial politik orang Melayu. Nilai budaya mereka mudah digugat dengan "kerja ringan", kehormatan palsu. Dengan kata lain pangkat dan harta menjadi rebutan sehingga terlupa landasan hukum agama.

  4. Pola Kehidupan orang Melayu menurut PERANGKAAN. Hal ini sangat perlu. Penulis belum lagi terbaca tentang perangkaan atau statistics yang menyeluruh iaitu diikuti dengan analisis yang jujur bagi memperlihatkan kejayaan orang Melayu ; dan berbanding dengan perangkaan yang dicapai oleh orang bukan-melayu terutama China. Ketiadaan/ atau setengah pihak berkata "kesembunyian" hal ini, mempunyai alasan tertentu. Jadi baik di pihak Bartisan Nasional mahupun pihak Barisan Alternatif, terutama PAS, ketiadaan usaha membahaskan perangkaan tersebut merupakan satu kelemahan perjuangan yang "vital" untuk menilik diri orang Melayu dan rakyat yang miskin.

    [mungkin kerana orang Melayu lemah dalam bidang matematik ; tidak dapat menjangkau hujah, sebab musabab dan logik dengan baik maka sangat sedikit yang berminta untuk bercakap tentang perangkaan rakyat dan kehidupan mereka, baik dalam penulisan mahapun ceramah dan forum, walaupun perihal berhujah secara ilmiah di universiti ...]

  5. MELAYU : CERAMAH DAN MEDIA : "Perang mulut" (siri 3) telah berlaku dengan hebat antara BN dan BA. Masing-masing menyatakan mereka yang benar. Tuduhan fitnah dan sumpah bersumpah antara satu dengan lain begitu mengerikan. Perang urat saraf yang paling hina telah menyerang seluruh sendi masyarakat Melayu. Keluarga dan kaum kerabat jadi malu dengan berbagai tuduhan dan "gelaran" . Hal ini belum pernah terjadi dalam sejarah apabila seluruh media menyiarkan "tuduh-menuduh" sesama Melayu. Melayu yang jahat : Melayu yang rasu;ah : Melayu yang malas ; Melayu yang penzina dan pelewat : Melayu yang menuduh dan Melayu yang kena tuduh. Seluruh dunia tahu. Mungkin pemimpin dan orang Melayu dalam kubur pun tahu dan mengeluh melihat dan mendengar hal ehwal orang Melayu. Satu puncak "kehinaan" yang paling dahsyat.

Selanjutnya sila baca siri XI, insya Allah.

Dr_ahmadkamar@hotmail.com
12 Mac, 2000



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com