Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

Dr. AQ - Perpecahan Melayu (Siri 1)

Satu daripada isu baru yang ditonjolkanm dalam akhbar tempatan ialah mengenai "Perpecahan Melayu". Perihal ini telah diketengahkan oleh Dato Seri Dr . Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia. Nampaknya Sultan Pahang telah menyambut pemberitaan tersebut dan akan menjalankan usaha untuk perpaduan orang Islam. Sultan Perak juga memberikan tindak-balas untuk melihat ujudnya perpaduan. Ucapan Maal Hijrah daripada ketua negeri dan pemimpin memperlihatkan bahawa keadaan orang Islam terutama Melayu, tidak "bersatu", dan menasihatkan supaya menghilangkan unsur "melampau" dihapuskan. Bagaimana cara pendekatan yang tulen berdasarkan pada panduan Al-Quran dan Hadis sesuai dengan agama dan orang Melayu Islam, belum lagi dikeluarkan secara resmi oleh pihak berkenaan. Sebaliknya, Dato' Dr. Rais bin Yatim menyatakan bahawa satu pendekatan berupa "undang-undang/akta" akan digubal untuk mengatasi keadaan. Berita tersebut agak berlainan daripada pendekatan agama dan kemasyarakatan yang lebih dekat mencari punca daripada menekan pada "hukuman".

Menanggapi pernyataan Dr. Mahathir yang melibatkan Raja-Raja, Dato' Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan, mencelah bahawa Mesyuarat Raja-Raja yang diadakan baru-baru ini di Kuala Lumpour tidak pernah membincangkan mengenai isu berkaitan perpecahan Melayu. Justeru ia sudah dipancarkan begitu rupa, dan dihadapkan kepada masyarakat Melayu maka penulisan ringkas ini cuba membuka sebahagian daripada beberapa andaian dan pandangan yang mungkin dapat mengarahkan pada beberapa persoalan dari segi kemasyarakatan.

PERPECAHAN MELAYU : Pertama perlu diberi perhatian apa yang dimaksudkan dengan perpecahan itu sendiri. Ada dua unsur yang terlibat. Pertama pecah dan kedua Melayu. Bunyi pecahan tersebut sangat teruk tetapi masih boleh dipulihkan. Ertinya, jika berlaku penceraian antara suami isteri, keadaan mereka masih boleh rujuk. Apa masalah dan bagaimana hendak menyelesaikan bukan perkara mudah. Akar umbi, retak dan belah dan segala kelonggaran sendi masyarakat diteliti dengan cermat. Apakah pengubatan allopathy (pengubatan cara baru) membedah dan "mengerat" bahagian anggota manusia akan dijalankan atau atas memakai pendekatan "kemanusiaan" sebagai cara pengubatan homeopathy atau pengubatan tradisi atau lain akan dijalankan. Pendekatan allopathy biasanya sukar untuk dicantumkan kembali apabila kaki dipotong kerana kencing manisa.

Dalam hubungan perpecahan ini berlaku berbagai pertanyaan dari seorang kenalan kepada yang lain : "apa yang pecah ? mengapa ia pecah ? siapa tukang pecah ? " Jadi orang mencari sebab musabab atau sumber pecah. Ada yang hanya mencari "kambing hitam" untuk dituduh dan dihukum. Dalam politik hampir semua orang tidak mengaku jadi tukang pecah ; masing-masing jadi pengubat dan pembela agama, bangsa dan tanah-air !. Semua pemimpin minta digelar diri mereka sebagai patriotik. Semua kegiatan harian mereka bukan untuk diri sendiri dan keluarga. Persoalannya ialah mengapa berlaku hasad dengki, lapor melapur, tuduh menuduh antara satu dengan lain ?. Jika dapat tahu tukang pecah, ditangkap dan akan dihukum.. Macam-macam jenis hukum yang dikenakan oleh HAKIM. Kemudian suasana undang-undang pula telah menimbulkan persoalan tentang "keadilan" Lantas orang pun bertanya : SIAPA YANG MENGHAKIMKAN HAKIM ? Secara sosiologi sumber berpecah atau bersatu boleh diperhatikan pada berbagai bidang dan institusi masyarakat. Keadaan boleh timbul kerana pembahagian sumber kehidupan terutama akibat daripada falsafah landasan dan beberapa faktor sampingan dalam pelaksanaan ekonomi. Manusia, pada umumnya, menurut "naluri kehidupan" memang lebih menumpukan perhatian pada kebendaan. Semua mata tertumpu kepada "benda" yang menyolok. Manusia berebutan menurut kekuatan dan peraturan permainan. Jika keadilan dinodai, ertinya akan ramai orang menerima akibat dan tinggal pada paras kurang selesa. Dan biasanya secara tiba-tiba akan muncul beberapa keluarga yang mewah dan terlalu mewah.dengan "perbelanjaan menyolok mata" (conspicuous consumption) memberikan akibat kepada nilaitak berimbang kepada masyarakat [ memakai istilah oleh Veblens tentang LEISURE CLASS yang merosakkan "kedamaian" nilai masyarakat Amerikalebih 100 tahun dahulu apabila mereka bermegah-megah dengan barangan dan kemewahan..]

Biasanya ramai orang Melayu yang lebih dahulu sanggup menahan diri, sabar (?), Mereka ti;dak cepat memperlihatkan ketidakpuasan dengan melakukan sesuatu seperti yang biasa dilakukan orang dalam pernyataan sistem demokrasi. Mungkin terdapat dalam bahasa mengejek atau bahasa sindiran (bagi golongan muda sekarang su;dah kurang menggunakan peribahasa dan falsafahnya). Lantas terdengar tuduhan "fitnah", bohong dan sumpah dengan bayaran RM4.00 (empat ringgit) kepada Pesuruhjaya Sumpah. Ada kalangan yang sudah sudah tidak rasional lagi dan "nekad" apa nak jadi, jadilah menurut lirik "whatever will be will be..." asalkan hati puas dan wang pun banyak. Penipuan dalam urusan niaga dan bank pun orang tidak takut lagi. Masuk penjara itu persoalan lain ; ada wang "semua boleh jadi". Namun demikian kurang sekali, terutama golongan tua, mahu protes secara normal, kebebasan dalam sistem demokrasi yang bersih. Mungkin budaya Melayu masih pada satu tahap "bertahan" diri atau menyerah diri.(?)

Dalam bidang ekonomi terdapat berbagai saluran "mencari rezeki". Peraturan dan etika dalam perdagangan menjadi pegangan. Sebaliknya banyak pelanggaran berlaku. Justeru itu timbul rasa tidak puas hati rakyat banyak. Umpamanya tentang usaha minum mendapat untung maksimum atau dengan kata lain berlaku "putar belit" atau kecurangan dalam berbagai projek kerajaan. dan semi kerajaan. Keadilan secara undang-undang, keadaan berlaku bertentangan dengan hak rakyat dan jangkaan. Ertinya, keadilan tidak sebati dengan kebenaran (the truth). Kepincangan hukuman atas satu kes dengan kes yang lain dirasakan oleh rakyat terlalu berbeza merupakan gejala penyakit sosial yang membawa perpecahan.

Budaya dan tingkah laku manusia dibentuk oleh berbagai pengaruh terutama dari luar negara melalui berbagai saluran seperti buku, majalah, televisyen, internet, sukan tertentu, berbagai judi, fesyen pakaian, minuman dan hiburan, secara langsung dan tidak adalah memisah diri perorangan dan kumpulan dari mereka yang mengekalkan pada budaya bangsa. Sahsiah warisan tercermin dengan nilai dan norma mereka yang terlihat sebagai warga bertanggungjawab dan patriotik.

Untuk memahami keadaan orang Melayu yang disebut sudah parah sekarang maka bagi mereka yang hendak mengubati Melayu kena kenal sejarah terlebih dahulu Mereka kena putar mata hati ke belakang atau kembali kepada sejarah perjuangan Melayu yang dibayar dengan perjuangan darah, raung dan linangan air mata. Pahlawan Melayu berjuang sejak zaman Melaka paling singkat ialah dari T.M.1511 sampai sekarang. Mereka berjuang dan berjuang walaupun hendak mendapatkan universiti kebangsaan dan Maktab Bahasa bagi "kedaulatan sejati" bahasa mereka. Orang Melayu tidak dihidangkan dengan perlembagaan walaupun ada hak istimewa termaktub. Setiap ketika mereka kena berjuang dari kedudukan rumah di bandar dan di setinggan ; dari bahasa rasmi kepada pelaksanaan bahasa menempuh berbagai jalan halangan, "cantasan" dan runtuahan. Lihat kembali akhbar lama dan cerita para pejuang yang jujur yang telah meninggalkan kita dan yang sudah tua tanpa gelar dan "cendera cenderi" !

InsyaAllah ke siri 2.
dr_ahmadkamar@hotmail.com



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com

Balik Semula Laman Tranung Kite