Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


SIAPA YANG SESAT DAN SONGSANG ?

Dr. AQ

Perkataan SESAT, SONGSANG, SELEWENG dan segala perkataan yang "sejenis dengannya" boleh ditemui dengan mudah dalam kamus sinonim dan tesaurus. Begitu juga perkataan yang sebaliknya seperti LURUS, BETUL, SAH, SAHIH dan perkataan yang sejenis dengannya. Semua unsur berkenaan terkumpul dalam istilah menurut bahasa yang dipakai. Dalam bahasa Melayu, itulah dua golongan perkataan yang sering dipakai apabila menceritakan sesuatu peri keadaan dan tingkah laku yang terdapat dalam masyarakat.

Apa sahaja perihal yang dilakukan oleh anggota sesuatu masyarakat, jika ia tidak ditegah, maka ia merupakan satu yang "normal". Masyarakat menerima kerana sosialisasi begitu lama, menguatkan kesatuan masyarakat dalam lapangan kehidupan tertentu seperti adab penghormatan, istiadat, gotong ruyung, ekonomi, pertahanan, kesihatan dan sebagainya. Sebaliknya, jika tingkah laku itu merugikan masyarakat, ganjil dan menjadi punca perselisihan maka ia tidak diterima oleh masyarakat. Kelakuan tersebut dianggap salah. Jika ia terus berlangsung dan pihak yang melakukan tidak mahu mengubah atau menghentikan maka ia ditentang atau dipisahkan daripada kumpulan yang banyak. Dengan kata lain, kebanyakan anggota masyarakat menyatakan bahawa kumpulan berkenaan itu songsang dan menyeleweng. Ertinya, kelakuan dan perbuatan kumpulan berkenaan bertentangan dengan nilai dan norma kebiasaan IGAMA, tradisi dan kebiasaan harian. Sebagai contoh, bagi orang Timur terutama Islam, bercium-ciuman di khalayak ramai, walaupun antara

suami isteri, dilarang oleh adat dan dianggap biadab. Malahan lakonan berunsur "sex" baik dalam filem, lebih-lebih lagi di pentas, masih dianggap sumbang. Sebaliknya, orang Barat walaupun bukan muhrim, kelakuan itu diterima sebagai "normal". Malahan "bersekedudukan" sehingga mendapat anak, dan ibu sebagai "ibu tanpa kahwin" (unmarried mother) tidak menjadi salah dan dosa besar. Nilai dan hukum "igama" sudah diketepikan. Di dunia sebelah sini meskipun tidak sebebas Barat tetapi angka kemungkaran kian bertambah. Berbagai kes telah berlaku di sana sini. Mungkin sudah terlalu ramai orang melakukan "kerja" itu maka lantas ia dihalalkan. Keadaan penyakit sosial kian merebak, ramai orang terlibat dalam zina dan rasuah. Ada hakim yang rasuah, ada polis yang rasuah, ada menteri yang jahat dan imam yang ditangkap basah.* Lantas, orang sering bertanya : SIAPA MENGHAKIMKAN HAKIM ? SIAPA YANG MENILAI PENILAI BERKENAAN ? SIAPA YANG MEMIMPIN PEMIMPIN ? SIAPA TEGUR SIAPA ? SIAPA MEMBERI TAULADAN DAN TAULADAN YANG B

BAGAIMANA ?

Kita yang tidak punya kuasa sering dihujani dengan pertanyaan kerana kebanyakan cogan kata yang indah berhakikat palsu.

*[ Sebuah kesah bagaimana Nabi Isa, a.s. pergi ke tempat kumpulan orang mengerumuni seorang wanita yang dituduh sebagai pelacur, merosakkan pengajaran igama. Apapbila mereka melihat Nabi maka mereka meminta dan mendesak beliau mengambil batu dan melemparkan kepada wanita tersebut. Lantas Nabi Isa, a.s. membongkok, mengambil sebiji batu. Baginda berdiri dan berkata kepada mereka bahawa sesiapa antara mereka yang tidak berdosa maka lemparkan batu tersebut kepada wanita itu . So when they continued asking him (Jesus), He lifted up himself , and said unto them, he that is without sin among you, let him first a stone at her- John 8 : 7 Sila lihat Ahmad kamar, Islam Tercabar : satu pandangan terhadap perjuangan PAS, 1979] Jadi ukuran nilai dan landasan kehidupan itu sangat penting untuk sesuatu masyarakat untuk menerima atau menolak nilai yang lama dan yang baharu. NAMUN demikian, sesuatu norma kehidupan yang lama lebih berharga daripada yang baharu. Sebab, norma yang lama terutama mengenai sosial dan budaya sudah diuji dan telah menguntungkan ; manakala sosial-budaya yang baharu, belum teruji dan belum tahu untung dan ruginya. Hal ini terutamanya jika kita hanya pandai meniru dan tambah di sana sini tanpa berasaskan pada nilai dan hukum igama. atsau addin bagi orang Islam dan juga berigama lain. Ad-adin [Islam] atau igama dengan pengertian hukum Tuhan, atau rujukan pada agama dengan pengertian peraturan kehidupan awam dan ugama dengan pengertian budaya yang mencakup adat istiadat. Begitu juga peraturan yang berupa paksaan di bawah pimpinan diktator. Semua saluran norma kehidupan perlu diteliti dan dibahaskan dengan terbuka oleh mereka yang pakar dalam setiap bidang. Keadaan ini hendak diambil kira supaya apa juga yang dijalankan diterima dengan baik bukan sahaja oleh masyarakat berkenaan tetapi seluruh umat manusia yang tamadun.

MENCARI SEBAB MUSABAB SESAT

Sebaliknya, masyarakat sekarang menghadapi bertambah banyak suasana dan keadaan yang negatif. Banyak peraturan, norma dan nilai kehidupan yang janggal dan berlawanan dengan kebiasaan atau warisan. Dasar premis dengan kesimpulan sesuatu kes sudah tidak logik lagi. Logik matematik iaitu A = B ; B = C ; makan A=C sudah dipakai untuk premis dalam bidang lain terutama kes sosial dan undang-undang. Ia menjadi : A itu makan ayam ; ayam makan tahi ; maka si A juga makan tahi

Keadaan ini bukan sahaja merugikan mereka yang kena perintah, rakyat banyak, tetapi juga, akhirnya pemegang kuasa pun akan terperangkap dalam cara berfikir demikian. Apa pun suasana dan alasan pemegang kuasa tetap dipersoalkan tentang segala macam keterangan yang kabur dan premis yang goyah. Lazimnya, semua penguasa berkata "demi kepentingan rakyat". Sebaliknya sejarah dan apa yang berlaku di hadapan mata rakyat banyak penyelewengan berlaku. Terbongkar apabila kuasa menyorok tidak berdaya lagi. Di Indonesia, di Filipina dan beberapa negara lain telah terbongkar "gua harta" dan segala macam kemungkaran sejumlah pemimpin dan keluarganya, seperti cerita 40 penyamun.

[Kejayaan hal yang mungkar, walaupun rakyat dikatakan dapat merasa kemajuan, tetapi ia bukan suatu bukti bahawa apa yang mereka lakukan itu semuanya "benar". Sebenaranya, pada hakikat mereka sedang berada dalam suasana "istidraj". Isitidraj secara umum bererti bahawa Allah membiarkan kemungkaran mereka sesat di hujung jalan bergaung, sehingga mereka nanti jatuh paling dahsyat, dan rakyat penyokong mereka baharu sedar dan insaf tentang "ketololan" dan bangang selama ini ; tidak berani membuat makruf dan menegah yang mungkar].

Di mana-man dunia ditonjolkan dengan kemajuan kebendaan yang menakjubkan iaitu dari hasil dari usaha manusia terpelajar. Mereka mengenal peraturan dan undang-undang alam yang disediakan oleh Allah. Jumlah manusia terpelajar dalam berbagai bidang meningkat. Jurutera menemukan berbagai undang-undang alam. Mereka boleh menerbangkan besi di udara, di jalanan dan di atas air ; doktor menemukan ubat dan pembedahan dengan alat ganti bagi pesakit. Begitu juga dalam bidang pertanian, marin, angkasa dan lain. Malangnya ramai yang lupa bahawa Allah adalah yang ALIM, Maha Mengetahui. Pendidikan dan sistem kehidupan manusia sudah membuang tauhid sebagai landasan.

Orang yang sedar akan hakikat perjalanan kehidupan dan melihat jauh, akan bertanya : "untuk apa semua ini ?" Dia menjawab : "untuk kesejahteraan hidup manusia. Memudahkan segala urusan demi keperluan manusia itu sendiri".

Manusia sudah begitu pintar, otak dan "minda" bergeliga. Begitu banyak sekolah dan universiti, begitu ramai pelajar dan mahasiswa, begitu ramai profesor, begitu banyak alat direka, bukan ? tetapi, tetapi mengapa begitu ramai yang tertindas, hidup di bawah taraf haiwan dan teraniaya ?. Manusia yang "pandai", terpelajar, bertukar jadi zalim, pembolot kuasa dan harta. Mereka itu jadi penipu dan "gila" dalam bentuk "moden". Apakah rangkap nyanyian : "Dia bercakap seperti malaikat, berjalan seperti malaikat tetapi dia adalah syaitan yang menyamar". atau ".He talks like an angle ; walks like an angle but he is the devil in disguise" merupakan satu kenyataan kehidupan terkini ? Syaitan kian ramai dengan kawan baru dan lama.

Banyak kes dan isu tidak ada logik lagi. Dua kali dua sudah tidak jadi empat. Jika penguasa berkata bahawa jawapan tiga,. Jika dikatakan bahawa dua kali dua jadi 5, maka ada orang sanggup cium tangan dan kata itu benar kerana yang lebih satu itu mereka dapat "habuan".

Lantas dengan keadaan yang tidak norma begitu apabila menyatakan salah dan khilaf lantas Sebaliknya, lalu mereka itu memusingkan fakta dengan menyatakan bahawa pihak yang menuduh itulah yang menyeleweng, sesat dan songsang. Tuduh menuduh terus berjalan di atas "siapa kuat" maka "dia" yang benar. Logik berfikir manusia sudah begitu rupa seperti tidak dapat membezakan, bukan lagi antara kaca dengan intan yang kena hati-hati melihatnya, malahan antara yang hitam dengan putih pun sudah ramai yang kelabu, dan pura-pura tidak "sedar" salah pilih. Banyak manusia sudah berkelakuan seperti robot mudah diarah. Keadaan di tempat kita dan di sekeliling juga kita kian parah. Sama ada kita ikhlas mengakui keadaan parah atau menolak atas kepentingan tertentu peribadi, tetapi apa yang sedang berlaku, itulah "dia".

Persoalan : siapa yang sesat lagi menyesatkan ?
Siapa yang bersih lagi membersihkan ?

Siapa pula berani menepuk dada mengatakan bahawa mereka yang sesat atau yang bersih ? Zaman sekarang ramai orang berani menuduh dan menghakimkan sesuatu kes. Mungkin timbul satu macam "pengajaran" bahawa untuk mengelak diri daripada dituduh, kerana ada sesuatu yang dia membuat salah, maka dengan cepat ia menghukum orang lain terutama lawan mereka itu sebagai pesalah dengan kelakuan yang songsang atau menyeleweng. Mengalihkan pemikiran orang lain atau rakyat dari satu isu kepada isu baru, secara politik merupakan satu daripada alat perang urut saraf. Keadaan ini dikenali sebagai "safety valve" iaitu "injap-alih" yang kadang-kadang berjaya dimainkan oleh media massa tertentu. Untuk memahami kedudukan nilai dan norma kehidupan bagi masyarakat dan negara malahan dunia ini, pertama sekali, kita harus kembali kepada sejarah Adam dan Hawa, Habil dan Qabil, seruan para rasul dan nabi dan warisan. Perpecahan terus menerus berlaku apabila ilmu sudah dipisahkan daripada landasan tauhid kepada ilmu untuk kebendaan.

ikuti seterusnya (2) Insya Allah. Ogos, 2000.

dr_ahmadkamar@hotmail.com


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com