Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


SIAPA YANG SESAT DAN SONGSANG ? (2)

NAFSU DAN PERANGKAP

Dalam apa jua pandangan mengenai manusia, kehidupan, masyarakat, negara dan dunia, kita tidak dapat memisahkan faktor dan kesan sejarah. Sejarah bukan sahaja melihat peristiwa masa lampau, masa pertengahan dan sekarang, tetapi juga akan datang. Masa hadapan untuk membuat andaian dan persediaan yang disebut sebagai rancangan.

Ramai orang mengetahui perpecahan manusia dalam kumpulan, masyarakat dan negara, kecil atau besar, disebabkan oleh berbagai faktor. Mereka yang berpecah ; masing-masing berada di dalam kelompok sendiri dan mempunyai alasan sendiri. Sukar untuk mengatakan bahawa kumpulan mereka itu salah. Lazimnya, jika pencuri dan penyangak tentu tidak mahu berkumpul dalam jemaah upacara "igama". Begitu juga sebaliknya, pendakwah igama tidak akan pergi menari-nari di kelab malam. Ini jelas perbezaan nilai dan norma.. Mudah diberi "cap" kesalahan mereka Banyak contoh yang boleh dibezakan dari berbagai latar belakang dan sistem kehidupan masing-masing. Wadah persatuan dan kumpulan sama ada rasmi atau tidak, memperlihatkan bentuk-bentuk "bulat" atau unit-unit dalam masyarakat. Dari segi kefahaman politik, mereka terkumpul pula dalam berbagai parti sebagai wadah . Perjuangan utama ialah merebut kuasa untuk berkuasa di atas masyarakat dan negara. Dengan kekuasaan mereka "berjanji" akan menghambakan diri, berkhidmat dan berbakti kepada rakyat. Dari rakyat untuk rakyat. Ratusan cogan kata yang muluk dikeluarkan terutama sebelum menang dalam sesuatu pemilihan. Dalam menilai diri dan orang lain maka renungan kembali kepada sejarah sangat perlu :

Falsafah sejarah Habil dan Qabil : Ceritakanlah kepada mereka {terutama mereka yang berebutan hendak jadi johan pemimpin] tentang kisah dua putera Adam (Habil dan Qabil) menurut yang sebenarnya, ketika keduanya mempersembahkan korban, maka diterima salah seorang dari mereka (Habil) dan tidak diterima dari yang lain (Qabil). Ia berkata (Qabil) : "Aku pasti membunuhmu" . Berkata Habil : Sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) dari orang-orang yang takwa" seterusnya ikutlah faktor sejarah tersebut yang ada kait mengait dengan keadaan manusia kini.: Ali Shari'ati (terjemahan Hamid Algar), On the Sociology of Islam, 1979) dan ; Ahmad Shabery Chik (ed.), Warisan Shariati,1987. Hamid Algar menterjemahkan (hal.97-98) :

"According to the Islamic school of thgought , the philosophy of history is based on certain kind of historical determination......

The sons of Adam were both men, human and natural, but they were at war with each other . One killed the other, and the history of humanity began. The war of Adam was a subjective, inner one took place within his own essence (or the human race as a whole), but the war between his towo sons was an objective one that took place in outer life. The story of Caine and Abel is the source of our philosophy of man. The war between Caine and Abel is the two opposing fronts that existed throughout history..."

Kebatilan dan kebenaran (haq) bertentangan sepanjang masa. Untuk memberi pedoman maka didatangkanNYa para nabi dan rasul. Nabi Muhammad s.a.w., ditugaskan untuk membawa berita gembira dan berita dukacita kepada manusia supaya beribadah dengan menurut ajaran yang haq iaitu membuat amal makruf dan meninggalkan yang mungkar.

Islam dan "igama" berkitab lain sama percaya pada cerita mengenai Adam a.s. dan Hawa, isterinya. Masing-masing adalah nenek dan moyang atau "bapa dan ibu" kepada seluruh manusia. Adam dan Hawa dikeluarkan dari syurga, dan kemudian diturunkan ke dunia lantaran kesalahan mereka menurut hasutan dari iblis.

Di dunia pula, antara beberapa anak mereka, Habil dan Qabil bermusuhan. Qabil, menurut nafsu, menumpukan kehidupan pada kebendaan. Berkorban secara lokek, berperasaan tamak perasaan tamak dan ingkar perintah Allah dan pesanan ayahandanya Nabi Adam. Justeru kepentingan diri, bukan sahaja menepikan keikhlasan saudaranya, tetapi juga ia sanggup membunuh saudaranya sendiri. Nafsu kebendaan ini telah menurun dari satu generasi kepada generasi yang lain. Ramai manusia dikelolakan oleh nafsu dan "didondang-sayangkan" oleh iblis dengan berbagai keseronokan panca indera*. [ pandangan dan perasaan manusia, tidak kira ia ualama tau pemimpin "besar" atau kecil, pada umumnya seseorang itu akan didatangi oleh lima peringkat "ujian" :

pertama, ia diselimuti oleh gambar atau lukisan yang indah ; kedua, dimainkan oleh "angan-angan" akibat dari lukisan dan gambaran ; ketiga, ia digoda oleh nafsunya sendiri seperti inginkan "sex", pangkat, pujian, kuasa yang dikenal juga bagi pengamal zikr-u-allah dengan isitilah "nasu al-amarah" yang meliputi rasa dan perbuatan tamak, ujub, angkuh, riak dan sejenis dengan kejahatan tersebut : keempat, ia didatangi syaitan, lalu syaitan memperkuat unsur nafsu "tertentu" yang seseorang itu inginkan. Jika ia hendakkan kuasa, maka diberi berbagai jalan terbuka untuknya mendapatkan kuasa. Justeru syaitan yang membukakan jalan, maka tentu sahaja jalan yang di hujungnya sesat yang membawa akibat kepada pengikut dan diri pemimpin itu sendiri. Begitu juga jika ia inginkan harta maka berbagai keindahan harta ditayangkan dalam otak dengan "gambaran" dan sanjungan yang hebat. Jutaan pengikut akan akur seperti Faraun dan Qarun. Peringkat ini sangat sukar dibanteras kerana bukan sahaja mereka yang kurang pendidikan "igama" malahan "ulama" sendiri pun tidak kurang yang terperangkap dengan kuasa, sanjungan dan kebendaan yang indah- indah.

Kelima, satu tingkat yang sukar dicapai bagi orang mereka yang cuai pada prinsip ad-din, iaitu yang dinamakan NATIJAH. Segala kedatangan empat jenis dapat ditolak, dan ia hanya berpegang pada tujuan hidup iaitu "kepada Ilahi aku maksud dan keredaanNya yang aku cari (tuntut)" . Ertinya, ia berbuat sesuatu bukan untuk keredaan pemimpin dan syaitan. Dalam peringkat ini pun masih banyak "maqam" atau "station" yang ia kena lalui. Menjadi insan yang kamil bukan mudah terutama jika seseorang itu terlibat dalam sistem "sekular" yang membuang tauhid.

Sekarang ini, terlihat di keliling kita, gejala dan kejahatan sosial dan politik kian meningkat. Ramai manusia telah dan sedang menolak petunjuk tauhid. Peristiwa sejarah dan pengajaran para rasul tidak dipedulikan oleh kebanyakan manusia. Sejarah yang dipelajari mereka pada umumnya ialah tentang keagungan raja-raja dan para pemimpin politik dengan segala puji diikuti dengan kisah kebesaran, kejayaan dan jasa yang "sendirian berhad". Lihat surat terbuka saya kepada sejarawan, mengingat kembali "amaran" dan dasar penulisan sejarah yang dikemukakan oleh Ibnu Khaldun, 600 tahun dahulu. Penyakit puji dan kenang jasa terbatas tersebut nampaknya berterusan sampai sekarang ini.

Perselisihan faham dalam berbagai aliran dan bentuk tersalur ke dalam berbagai kumpulan dan organisasi. Berbagai "IGAMA" berpecah dalam berbagai "sect". Fahaman politik atau ISME juga seakan-akan serupa dengan "igama/agama/ugama". Malahan KOMUNISME mempunyai unsur "kitab", bernama DAS KAPITA ; "nabi"nya, Karl Marx, dan ia bertuhankan "kebendaan" iaitu masyarakat atau negara tanpa kelas dan tampa penindasan di dalamnya. Ideologi ini, bertentangan dengan KAPITALISME yang memberi kebebasan kepada "rakyat". Sejarah kapitalisme yang menindas rakyat juga terus berlaku sampai sekarang. Jutaan manusia terperangkap dengan "ekonomi subsidiari" dan politik kebajikan (social welfare)". Kebebasan yang dikatakan bebas pada hakikat sebenarnya, dimonopoli oleh segelintir orang atau keluarga yang rakyat tidak tahu bahawa mereka tinggal dalam penjara yang luas. Begitu kedudukan dua ketumbukan fahaman sehingga berlaku perang dingin dan perang hangat.

Dua dunia ideologi ini, satu dengan lain tuduh menuduh sebagai sesat dan menyeleweng kepada prinsip kemanusiaan. Bagaimana pun, bahawa sejarah kelahiran adalah dari hasil pertentangan ideologi pokok. Masing-masing menyatakan bahawa mereka yang unggul untuk dianuti oleh manusia seluruh dunia. Satu hal yang merosakkan dua "nabi agama baru ini" langsung menepikan pengajaran semua "igama" dalam penerapan pembangunan masyarakat. Ertinya, igama hanya untuk hubungan dengan Tuhan melalui upacara ibadah. Ulama hanya untuk pimpinan ibadah sahaja. Isya-Allah bersambung ke penulisan (3) Ogos, 2000.

dr_ahmadkamar@hotmail.com


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com