Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


SURAT TERBUKA UNTUK SEMUA CALON YANG MENANG DAN YANG KALAH

Dr. AQ~ SURAT TERBUKA UNTUK SEMUA CALON YANG MENANG DAN YANG KALAH

sekarang ramai yang menjadi YB dan bakal calon.

[. SIAPAKAH LAYAK JADI CALON ?] Tuan dan Puan yang menjadi calon dituntut mengisytiharkan harta. Berapa harta kepunyaan diri (pusaka dan usaha sendiri), keluarga terdekat termasuk anak angkat., harta adik beradik, paman dan mak cik (bapa dan emak saudara dari kedua pihak) dengan penyata dari bank dan cukai pendapatan. Tuan dan Puan hendaklah bersikap tulus dan telus. Niat kena pasang iaitu bukan politik bukan sebagai satu "pekerjaaan" untuk jadi kaya atau lif untuk jadi kaya dan menolong segala keluarga dan "kawan" supaya hidup mewah melangkahi "undang-undang", hak orang dan hak rakyat. Pendeknya, Jika tidak, kami tidak percaya bahawa Tuan dan Puan jujur walaupun kata-kata dihiasi dengan petikan "igama" di tempat ibadah Syarat rakyat adalah sebagai berikut.

1. HARTA : perisytiharan ini hendaklah dibuat kepada pengundi pada setiap akhir tahun disiarkan dalam akbar dan media massa yang lain..

2. MANIFESTO : ialah janji kontrak,selama lima tahun antara rakyat dengan Tuan dan Puan. Ia adalah satu "kontraktor" politik (parti politik) yang tidak boleh dibohongi dengan "mengubah suai" janji. Hal ini lebih-lebih lagi "sesuatu yang dibuat" tidak disebut dalam "perjanjian kontrak" semasa meminta rakyat mengundi parti tuan/puan. Alasan kerana sesudah tuan /puan berkuasa dan majoriti mereka bersetuju, ia masih menyalahi dari segi "kesahan kuasa rakyat" yang tuan/puan ambil. Kuasa rakyat itu bukan mutlak diberikan kepada tuan/puan. Kuasa berkenaan adalah ibarat "sewa rumah", selama lima tahun, dengan syarat yang terkandung di dalam perjanjian, umpamanya : tidak boleh sewakan kepada orang lain, tidak boleh ubah suai atau macam-macam "rancangan terlindung" tanpa merujuk semula kepada rakyat. Begitu juga perihal negeri atau negara. Mentang-mentang menang semua boleh buat : ikut aku, aku yang berkuasa. Bidang pendidikan, pertahanan, kehakiman, hak tanah, hak air, hak api dan hak angin (komunikasi) semua itu adalah kepunyaan Allah. ITULAH NEGARA. Jika tidak ada, salah satu daripada hak tersebut sahaja, maka negara jadi tempang. Lantas, bagaimana jika semuanya disewa atau diswastakan kepada orang lain. Ertinya, rakyat tidak ada negara. Mereka menumpang di rumah sendiri@ @[ Maka terbukti pepatah Melayu menyebut : ayam di kepuk kelaparan ; itik di air kehausan. Pepatah lain : Baik budi Emak Si Rendang : dagang lalu di tanakkan, tiada kayu, rumah dirosakkan, anak sendiri diketepikan, kera di hutan disusukan. Keluhan ini boleh dilihat kembali ke halaman sejarah pertumbuhan pepatah dan perumpamaan dengan peristiwa yang dilalui oleh "bangsa" Melayu dengan kepimpinan mereka.] Justeru yang punya kuasa dan suara adalah rakyat. Maka menjadi wajib dipertahankan agar "perjanjian kontrak sosio-politi" tidak dinodai. Dalam negara demokrasi berparlimen "suara rakyat dan NGO" sangat dihargai. Rakyat memberikan aksi melalui berbagai saluran. Media massa memberikan tekanan pada hak "suara rakyat".Itulah demokrasi yang sebenar. [bukan ikut logik seorang editor "besar" di Malaysia bahawa mereka yang mendapat suara majoriti dianggap "benar dan mesti disokong] Maka jika suara rakyat yang menuntut keadilan melalui persatuan atau surat-menyurat tidak dihiraukan oleh wakil rakayat, tentu sahaja rakyat "berhak menunjukkan perasaan" secara aman. Oleh itu, pihak keselamatan wajib menjaga mereka dengan jujur dan sabar dengan memberi laluan yang sesuai kepada rakyat. Sebab mereka pun makan gaji dari titik peluh rakayat dan mereka sendiri pun rakyat. Rakyat yang tahu pahit maung yang mereka alami. [Hal seperti ini berlaku di negara Barat yang kita ikut cara demokrasi mereka walaupun demokrasi itu masih banyak kelemahannya. Namuin, itulah "kemenangan" mereka mendab ek dada bahawa demokrasi mereka berdasarkan pada suara rakayat (democracy of the people, by rthe people for the people). Apa pun kita "claim" dan tuduh namun bagi rakyat mereka, Amerika dan Britain dua negara contoh di dunia yang rakyat mereka boleh bersuara dengan berbagai saluran bebas]. Forum tentang HAK DALAM DEMOKRASI" hendaklah sering diadakan memantau perjalanan dari masa ke masa.

3. PERBAHASAN : perbahasan (review) diadakan pada setiap enam bulan di tempat umum oleh Anggota Parlimen dan Adun dengan rakyat di kawasan pilihan raya masing-masing, iaitu sebelum persidangan Dewan Undangan Negeri dan Parlimen. Sebabnya, banyak perkara tidak dilaksanakan atau ditokok tambah atau ubah-suai isi "kontrak" seperti yang tersebut di atas. Menjaga pecah amah merupakan satu kewajipan. TUGAS : wakil rakyat ialah menjadi wakil kepada rakyat. Tuan dan Puan bukan menjadi wakil kepada tauke (WAKIL TAUKE) atau orang korporat. Kemenangan dalam politik bukan merupakan satu lesen untuk boleh melakukan sesuka hati.

4. YB : bererti "YANG BERKHIDMAT" bukan YANG BERHORMAT. Tuan dan Puan kena hormat kepada rakyat seperti sekarang "tertunduk-tunduk" dan "senyum simpul" kepada kami "meminta sedekah" supaya mengundi Tuan dan Puan. [Terdapat antara tuan/puan mula sombong dan cakap "menggertak" atau mengejek-mengejek. Biarlah rakyat yang mengejek....kerana mereka yang sebenarnya memberi kuasa].

5. PROFESION : politik, sebenarnya bukan satu ijazah kerja (sekolah atau universiti) atau satu profesion sebagai seorang jurutera, peguam, doktor atau pekerja mahir. Justeru itu, jangan jadikan politik sebagai satu profesion. Penggunaan YB itu sebagai gelar sarjana atau Ph.D. Politik bukan bukan untuk "menimbun harta" diri dan keluarga. Jika mahu jadi kaya berniaga dengan jujur iaitu menurut aturan dan undang-undang. Siapa yang hendak berkhidmat kepada rakyat dengan gaji dan sara hidup yang berpatutan sudah cukup, bukan ?. Jika hendakkan pendapatan lebih maka berhentilah dari "berpolitik" dan gunakanlah ijazah, jika ada, atau dengan kebolehan peribadi. Jika Tuan dan Puan ada pasang niat lain, mahu "menimbun harta" lebih baik jangan bertanding. Menurut pengajaran Islam bahawa wang haram yang menjadi darah daging dan pakain itu seperti minyak yang akan disambar oleh api neraka. Di dunia ia akan disambar oleh berbagai balasan resah gelisah dan berbagai penyakit jasmani dan rohani. Igama lain pun mempunyai pengajaran melarang daripada "salah guna kuasa" (power tends to corrupt" Kami sebagai pengundi, kami berhak membuat tuntutan ini. Bukankah Tuan dan Puan ingin sangat berminat hendak memimpin kami dengan jujur dan ikhlas, bukan ? SELAMAT BERJUANG UNTUK RAKYAT WAHAI YB. INI TERMASUK SUARA DARI KAWAN-KAWAN YANG BERSIH DARIPADA LEPENTINGAN "POLITIK" PERIBADI. . Allah Maha Mengetahui dan Dia tidak tidur dan lupa. Terima kasih dan maaf. Oktober-Nobember, 2000.


        
Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com