Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


SUDAHKAH PEMIMPIN PAS SOLAT INSTIKHARAH?

Dr.AQ~ SATU "TEGURAN" : SURAT TERBUKA KEPADA PAS. SUDAHKAH PEMIMPIN PAS SOLAT INSTIKHARAH?

PAS, dalam zaman kepimpinan Datuk Mohammaad Asri bin Muda (termasuk Nik Abdul Aziz (sekarang Datuk)bin Nik Mat, beberapa pemimpin lama yang masih hdiup)telah membuat perubahan bergitu "adventurous". PAS mengalih dasar parti iaitu dari berjuang sendirian kepada berkongsi. Pada mula PAS berkongsi dalam Kerajaan Campuran. Kedudukan PAS adalah "sama taraf" dengan Perikatan (UMNO-MCA-MIC)iaitu PERIKATAN-PAS (UMNO-MCA-MIC)iaItu satu-satu. Kemudian, "entah macam mana" timbul gagasan baru membentuk Barisan Nasional. PAS yang telah ghairah dengan jawatan dan kuasa, telah menerima BN. Lantas PAS tanpa sedar, statusnya turun menjadi sama taraf dengan MIC dan parti lain yang menjadi komponen Barisan Nasional. Ertinya, PAS bukan lagi PAS-PERIKATAN. Kekuatan pada tangan, lima jari hanya tinggal jadi satu jari sahaja.

Faktor Mendorong dan Menarik

PAS masuk ke pihak Perikatan dan kemduian BN ada berbagai "pendapat" dan andaian yang diberikan oleh orang luar dan orang PAS sendiri. Pertama, suasana "politik" sesudah 13 Mei,1969 telah menyedari orang Melayu. Mereka nampak dan merasakan banyak bidang kehidupan orang Melayu yang jauh ketinggalan. Melayu terpaksa berjuang mengeluarkan "darah" dan air mata : berjuang dalam negaranya yang merdeka : bahasa Melayu, ekonomi Melayu, pendidikan Melayu, tanah bagi orang Melayu di bandar dan berbagai lagi kena desak dan desak kepada Perikatan dan BN. Lihat sahaja sejarah perjuangan Melayu dalam "zaman merdeka". Banyak kepentingan Melayu tidak dilaksananakan dengan baik oleh pemegang "amanah Melayu" iaitu kuasa UMNO. Malahan, kuasa politik Melayu sendiri kian merosot. Bilangan terpelajar Melayu jauh ketinggalan Pemikiran Melayu kian gersang ; lemah untuk berhujah kerana kepentingan diri(pangkat, wang, "penghormatan"pura-pura), "kesalahan" peribadi, rasuah dan "dadah"yang melanda keluarga dan masyarakat. Melayu dan amalan agama "tidak dapat" menarik hati orang bukan Islam untuk dijadikan contoh. lOGIK BERFIKIR sudah kering begitu rupa. Melayu seperti kelekatu keluar malam dari kampung dan setinggan melihat lampu di bandar besar dan kecil. Mereka terhibur dengan lagu dan irama beberap jam.

Kedua ialah faktor luaran : Melayu dan "Islamnya" sudah dan sedang di"neutralise", dilemahkan kegiatannya, suaranya dan sejarahnya melalui kelab, sukan, hiburan dan dan media massa aliran perdana dan majlah murahan sehingga mereka jadi orang yang tidak "berbahasa" : Malaysia bukan, Melayu pun bukan walaupun ia seakan-akan. Ramai sudah yang mencemehkan Melayu dan tidak percaya kepada "kebolehan" Melayu. [memang banyak hal dan contoh boleh diberikan di sini bahawa yang Melayu ini tidak boleh diharapkan bekerja dengan bersungguh dan sempurna !.]

Faktor ketiga, justeru Tun Abdul Razak sendiri dalam kepimpinan UMNO dan Perikatan, lebih banyak menumpukan perhatian kepada rakyat Melayu di luar-bandar. Melayu dibimbing secara ekonomi kolektif yang secara tidak langsung sistem tersebut dikaitkan dengan unsur "sosialisme". Pihak luar dan "kapitalis" Melayu dan bukan Melayu tidak suka. Kemudian dan kesegaran suasana itu apabila Tun Abdul Razak meninggal jejak langkah tersebut sedikit demi sedikit ia terpadam atau dipadamkan. Pantai berubah oleh konsep baru iaitu pembangunan ekonomi melalaui industri. Lantas dengan harus wang minyak, kelapa sawit, balak dan "penjualan" itu dan ini dalam bentuk jenama "swasta" dan berbagai kapsul maka desa dengan Melayunya, kian terpinggir. Orang kaya baru muncul secara individu terutama "penumpang" baru UMNO dengan MCA dan MIC terutamanya. Mereka pun mengusai darat, laut dan udara ;

Keempat, Perikatan dalam zaman pimpinan Tunku Abdul Rahman beberapa orang veteran UMNO dengan lantang mengecam pimpinan beliau dan menuntut supaya orang Melayu diberikan hak mereka sebagai "tuanpunya" dan juga rakyat. Suasana kian tegang sehingga meletus perisitwa 13 Mei 1969;

kelima, PAS sendiri lemah untuk memberikan "idea" sebagai "alternatif". Mereka tidak dapat memberikan keyakinan penuh secara ilmiah dalam perancangan dan pentadbiran negara. Bukan Melayu hampir seluruhnya tidak yakin dan "takut" kepada PAS. Di samping itu organisasi PAS sendiri jauh terbelakang jika dibandingkan dengan UMNO yang rata-rata, pemimpin mereka adalah bekas pegawai kerajaan yang berpengalaman dalam pentadbiran negara;

Keenam, fakor "Bapakisme" dalam PAS iaitu rasa terikat malahan "sentimental" kepada ulama tertentu termasuk Nik Abdul Aziz dan guru agama sebagai Tok Guru di Kampung. Malangnya mereka tidak mempunyai pengalaman pentadbiran (tidak tahu general order) selain pada hukum hakam yang kurang diusahakan untuk difahami oleh pemimpin di berbagai peringkat. Kekuatan PAS terkumpul kerana pemimpin UMNO sendiri menjauh diri daripada nilai dan norma kehidupan di kampung. Justeru pengumpulan kuasa dan kesahannya tertumpu pada ulama yang sama tertinggal di desa jadi, jika ulama sudah boleh terima pimpinan Tun Abdul Razak maka pengikut, ramai yang akur;

Ketujuh, faktor presiden PAS sendiri, Asri, dikatakan dalam keadaan yang "lemah", lantas ia "terpaksa"...setuju. (Maaf!Wallahualam)

ISATIKHARAH. Namun demikian, tentangan dalam PAS pun ada. Justeru itu, Asri telah membuat ceramah di berbagai tempat. Antaranya di Universiti Malaya.

ASRI TELAH DITANYAKAN APAKAH PAS sebelum membuat keputusan menyertai PERIKATAN (BN) SUDAH BUAT SEMBAHYANG ISTIKHARAH? Dan dapat "ALAMAT" baik? Lantas beliau mejawab bahawa "sembahyang istikharah" itu bukan dibuat berjemaah; ia dilakukan oleh individu. Itu sahaja yang penulis terdengar.

Dengan isu baharu PAS yang "adventurous" bermain dalam suasana politik yang "boleh" dicari alasan iaitu seakan-akan dengan suasana sebelum dan sesudah 13 Mei, 1969.

dr_ahmadkamar@hotmail.com
01-15 Feb.,2001


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 13 Februari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com