Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


KESAH BENAR : BERSALAMAN DENGAN YANG DIPERTUAN AGONG.

Dr~AQ.

Sebagai seorang Islam, ['Alqaf'~ bukan nama sebenar] dengan ikhlas memberanikan diri, lalu mengucapkan salam "Assalamualaikum!" sambil menghulurkan tangan, bersalaman dengan YMM SPB Yang Dipertuan Agong dan berkata, "Ampun Tuanku! patik memohon supaya Anwar [Dato Seri Anwar] dibebaskan/diampunkan." Di dalam deruan angin kipas dan getaran suara jemaah yang duduk dan berjalan, kurang pasti apa jawapan yang disebut oleh YMM SPB Yang DiPertuan Agong, Sultan Sallehuddin ibni Sultan Abdul Aziz. Ada yang terdengar perlahan sebutan "Insya Allah!". Harapkan begitu. Baginda, waktu itu, berada betul-betul di tengah sebuah masjid, (negeri Selangor), sedang diiringi menuju ke baris hadapan, sambil bersalaman dengan beberapa jemaah. Bagaimana pun ramai yang mendengar "rayuan" tersebut. Mereka tidak menyangka bahawa ada pula hamba Allah yang "diilhamkan" untuk menyatakan sesuatu yang menjadi hak Islam kepada ketua agama Islam, secarsa ikhlas dan dengan harapan, di tempat yang mulia, Allah akan memberi rahmat kepada pemimpin yang adil dan isyaAllah bertambah kewibawaannya.

"Kalau saya tulis surat, biasanya disebut orang, kemunkinan surat berkenaan tidak sampai ke tangan Baginda. Jadi dengan salaman dan kata-kata ringkas, maksud dapat disampaikan. Ini sahaja jalan mudah bagi rakyat. Baginda di tempat mulia, waktu itu, tidak ditambat dengan berbagai "protokol" istana. Saya dapat berpegangan tangan, bertentang mata dan melahirkan "ilham" yang didesak oleh keimanan syahadah dan tanggung jawab dalam menyampaikan syariat Islam." Permohonan tersebut dibuat kepada pemimpin negara nombor satu yang datang ke masjid untuk menunaikan fardhu Jumaat." Dan ia menyambung bahawa andai kata ia ketemu dengan mana-mana Sultan di masjid, insyaAllah, ia akan meminta supaya Majlis Raja-Raja dan mereka sebagai ketua agama mengampunkan Dato' Seri Anwar apabila ada rayuan dibuat. Ini bukan kerana hal peribadi tetapi soal prinsip dan keadaulatan Islam itu sendiri dalam Perlembagaan selain daripada Al_Quran dan Hadith. Beberapa orang di keliling mengangguk. Syahadah: Menegakkan Yang Haq dan Membatalkan Yang Bathil.

Islam dengan syahadahnya meletakkan nilai "supremacy", mutlak tinggi di atas segala-galanya. Setiap Muslim, setiap hari, melalui solatnya mengucapkan syahadah, bersaksi, kepada Allah memberikan pengakuan: "Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah, dan aku bersaksi sesungguhnya bahawa Muhammad adalah Pesuruh Allah." Justeru itu, sekaligus syahadah membatalkan undang-undang dan hukuman buatan manusia (mana-mana yang berlawanan dengan pedoman Al-Quran, Hadith, Ijma' Ulama dan Qias). Syahadah meletakkan manusia berdiri di atas hubungan dengan Allah secara menegak (vertical) dan berhubung sesama manusia secara mendatar (horizontal). Hubungan ibadah sebagai fardzu 'ain dan fardzu kifayah untuk mendapatkan kehidupan yang adil atau berperi-kemanusiaan.. Jadi, atas dasar itu, kedaulatan Islam dengan syahadah yang diikrarkan oleh setiap Muslim, wajib membetulkan apa yang terpesong dan bertentangan dengan syariat dan hukum-hakam. Islam dan Pelaksanaannya

Ramai antara orang Islam tidak membaca dan memahami isi Perlembagaan Malaysia, lebih-lebih lagi tentang maksud dan hakikat pengertian Islam dan "agama negara" yang termaktub dalam Perlembagaan. Malahan, terdapat ramai peguam yang hilang punca mengenai "definisi" hakiki, apa dia Islam dan isi syahadah (dua kalimah syahadat atau persaksian) itu sendiri. [Islam bukanya satu "fenomena sosial" atau agama mainan] Islam diambil daripada Al-Quran. Justeru itu, setiap orang Islam, terutama peguam, sesuatu yang berkaitan dewngan undang-undang, kena merujuk kepada Al-Quran. Perlembagaan Persekutuan sebenarnya telah mendaulatkan Islam dalam "ayat": "Islam adalah agama ["igama"-p. dengan perngerrtian yang luas iaitu berhubung dengan peraturan Allah] bagi Persekutuan", tersebut dalam Part 1 di bahagian 3 (1) : "Islam is the religion of the Federation; but other religions may be practised in peace and harmony in any part of the Federation." Ia merupakan satu "hikmah" kekuatan tertinggi atau "attribution of supremacy". Justeru itu, sekaligus syahadah membatalkan undang-undang dan hukuman buatan manusia. Selama ini kita cuai, tidak berusaha secara ilmiah untuk menegakkan kedaulatan "ayat" tersebut secara undang-undang dan kesedaran sosial-politik. Mungkin bagi mereka yang "tidak peduli" ttu merasakan diri dan kepimpinannya tercabar apabila Islam ditegakkan.

[Nota : ada yang sebut termasuk penyokong Pas menulis kepada saya bahawa Islam sudah lengkap, tidak perlu definisi dan "akta" ; dan ada pula yang menyebut bahawa kepimpinan ulama sudah cukup dan minta orang seperti saya cermin diri dulu sebelum menegur ulama.]

Kelemahan kita ialah kerana "sikap" malas berusaha dan berfikir secara mendalam. Mereka kurang bermesyuarat untuk menerima fikiran orang lain. Mungkin kerana acuan pendidikan mereka. Hal ini, lebih banyak berlaku kepada yang berpendidikan sekular. Mereka berjaya di"neutralised" atau di"kembiri" demikian rupa.. Mungkin salurannya itu, selain di sekolah, mereka diserap melalui kelab, melalui niaga yang mendapat keuntungan cepat dan hidup lumayan. Mereka terkawal dan dikawal begitu rupa, sehingga apa juga berbentuk Islam akan di ketepikan atau dimasukan ke dalam kotak yang lain. Itu urusan Majlis Agama atau badan yang berjenamakan Islam. Jadi bagi mereka, Islam hanya dipakai sebagai hubungan dengan Allah, bukan landasan syariat hubungan dengan manusia. Habbulunminannas (hubungan dengan manusia) dipakai hanya untuk nikah dan cerai dan lainnya diperkuatkan atas dasar hukum buatan mansuia sahaja. Peguam dan hakim, terutama mereka yang beragama Islam, kena tunduk kepada hukum Al-Quran sesuai dengan doa iftitah dan syahadah yang ditasdik dan dilafadzkan. Apa hukuman bagi mereka yang ingkar kepada syariat Islam? Ratusan buku lama dan yang terbaru, menyatakan balasan Allah kepada mereka yang zalim dan akhirnya akan melibatkan sama bencana kepada rakyat dan negara.

[Gejala sekuralisme ialah mereka yang terpesona dengannya tidak percaya bahawa segala macam malapetaka dihubungkan dengan "dosa" dan balasan Allah secara langsung dan tidak langsung. Mereka akan cari sebab-musabab dari akibat "masyarakat" dan sifatnya, keadaan udara, bumi matahari, bulan, bintang dan segala cekerwala. Yang ghaib mereka tidak nampak dan tidak dapat dijadikan pedoman ]. Lihatlah nanti. Seterusnya ikuti cerita benar yang lain. InsyaAllah.

Mac, 2001.


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 13 Mac 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com