Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


KESAH : ANTARA HAQ DAN LAKONAN.

KESAKSIAN DAN KEHAKIMAN MANUSIA BERSIFAT TERBATAS.

Zaman sekarang disebut "zaman canggih" dalam serba segi kehidupan. Manusia pun sudah ramai berubah perangai menjadi dua sifat, iaitu pertama ia bercakap benar dan kemudian, sifat kedua ia "berlakon". Lihat sahaja bagaimana seorang pelakon dalam filem. Itu bukan sebenar sifat aslinya. Ia berlakon dengan status arjuna atau pun perompak atau pemfitnah. Tujuan besar ialah kehidupan yang mewah atau sudah terperangkap yang ia tidak boleh elak lagi, meneruskan pembohongan.

Macam cerita benar, separuh benar dan rekaan semata-mata. Cerita mulut pun begitu. Jika ada pemimpin terkenal maka ada sahaja cerita yang disampaikan oleh yang terlibat atau yang mengetahui.

1. Umpama si "Pak Ngah" belajar di "Tanah Hujung", waktu itu, ia disebut mempunyai teman wanita China. Entah apa yang telah berlaku Allah dan mereka sahaja yang tahu. Lantas, sewaktu si Pak Ngah mula terkenal jadi pemimpin, dalam satu majlis perkahwinan, dalam mereka bercerita itu dan ini, berkatalah si "Amoi" yang sudah berumur itu, bahawa si dia itu dahulu kawan rapatnya.… Dengan demikian, jika mahu dilanjutkan mungkin boleh cari bahan atau ditambah dengan berbagai kaitan Lantas sumber berkenaan menjadi satu cerita yang menarik. Musuh politik mendapat modal untuk merendahkan kedudukan kepimpinan Pak Ngah, bukan ?..

2. Dan cerita tersebut boleh ditambah menjadi "bukti" dengan fakta dari keberanian si peguam wanita dalam arena politik BAHAWA ia akan membuka "rahsia" tentang wanita yang mendekati dan didekati si"PEMIMPIN" berkenaan. Untuk menjatuhkan nama "baik" Pak Ngah, jika berusaha, boleh menjejaskan "kebersihan" yang dianggap suci. Sekurang-kurangnya menyedari pengikutnya bahawa zaman akhir ini, sedikit sekali terdapat orang bersih dan yang muqarribun.

3. Cerita benar~MEMBUAT PENGAKUAN . Taib Alqaf (bukan nama sebenar) menyatakan bahawa fitnah itu mudah sekali dilakonkan melalui adegan "sex". Filem India banyak menggambarkan tentang skandal. Dalam masyarakat di dunia sebelah sini, orang mudah ghairah dan mengambil perhatian berat. Ia adalah cerpen suka-ramai dan topik hangat di warung kopi. Jika hal rasuah, walaupun kerananya negara akan jadi telungkup, mereka kurang peka dan kurang minat, terutama di kalangan orang Melayu.. Mungkin mereka termasuk lingkungan suku sakat yang terlibat,. Mungkin kerana orang Melayu yang punya kuasa politik dan pentadbir, ramai yang rasuah. Jadi cerita tentang rasuah kena batang hidung sendiri. Manakala cerita tentang sex, walaupun hanya "bahan ketawa", menarik ramai peminat kerana ia "mengghairahkan" pendengar.

Taib Alqaf sering keluar berjalan dengan teman wanita pada waktu siang dan malam bagi satu ketika. Kemudian Alqaf telah dituduh "membuat mulut" tentang teman wanita tersebut, memfitnah sesuatu. Wanita itu yang menyampaikan berita. berkenaan. Padahal, menurut Alqaf, ia tidak pernah cium pun atau melakukan "apa-apa" selain daripada pegang tangan wanita berkenaan. Kemudian setelah lebih dua puluh tahun berlalu, wanita yang sudah pun lanjut usia meminta maaf atas fitnahnya itu. Jadi jangan mudah percaya tentang pengakuan seseorang.

Sebenarnya dalam hal sex cerita dan sumpah, tidak dapat dipegang. begitu mudah. terutama bagi orang melihat jauh pada beberapa segi kehidupan dan sifat man;usia itu sendiri. Justeru itu ISLAM membatasi saksi dan kehakiman. Islam mensyaratkan kesaksian yang mutlak sah. (benar). Lihat sahaja apa ada di "sebalik belakang" politik, getaran kuasa, kepentingan diri dan kumpulan, suasana, motif dan berbagai segi, Allah sudah mengetahui tentang "kelemahan" hujah manusia. Jadi, bagi mereka yang hendak mencari dan menegakkan yang haq kena kaji tentang QAZAF : KESAKSIAN dan PENTAS LAKONAN manusia dengan nafsu al-amarah (sifat mazmumah) kepentingan peribadi dan kepentingan politik sesuai dengan tuntutan kebendaan yang memeluk kebanyakan manusia termasuk diri kita sekarang.

4. Cerita benar Alqaf : seorang kawan waktu mudanya pergi ke rumah pelacur di Johor Baharu. Dia mahu "menggadai" terunanya, tetapi kerana darah muda, tidak sempat "apa-apa" lagi, sewaktu wanita langganan mendedahkan pahanya, berahinya terlepas…basah di cadar. Si kawan "terselamat". Jadi, dalam hal tuduhan bukan suatu perkara mudah. Namun jika hendak menuduh ia berzina boleh sahaja. Buktinya ada di cadar dan di tubuh perempuan berkenaan, bukan ? DNA sah tetapi perbuatannya tidak berzina, bukan.

5. Cerita benar~kenalan Alqaf pernah tidur se katil dengan teman wanitanya di sebuah hotel, tetapi ia tidak "mengapakan".wanita berkenaan. Esoknya masing-masing pulang ke kampung.

Menurut pengamatan psikologi bahawa manusia sekarang mempunyai sikap yang berubah-ubah. Malahan ada yang boleh berlakon dengan hebat dalam tutur kata dan kelakuan. Jika seseorang boleh mengubah "sifat" dan biologi jantina begitu rupa mengapa pula tidak ada manusia yang lain membuat pengakuan. Penyakit jiwa atau syaitan telah menguasai dirinya sehingga boleh membuat pengakuan itu dan ini dengan bukti hampir mutlak, bukan ? Allah telah menyekat fitnah dan kecerdikan syaitan dengan qazab dan ketetapan dalam hukum jenayah yang berdasarkan pada sumber Al Quran dan Hadis.

MENGALIHKAN FOKUS DENGAN PENTAS LAKONAN

Satu daripada berbagai cara mempengaruhi pendengar dan pembaca ialah mengalih perhatian "salah" kepada diri atau kumpulannya kepada lawan atau orang lain. Ada yang benar dan yang berlakon. Berbagai cara lakonan, cerita dan aksi dilakukan. Pada umumnya, dalam suasana politik zaman ini, iaitu tempat suburnya kebendaan dan ketamakan, maka fitnah dan pembohongan, mudah sahaja dibuat untuk terlihat benar-benar berlaku. Jadi, KETETAPAN hukum Allah diselubungi dengan lakonan dan "fakta rekaan". Justeru itu orang mula lupa tentang HAKIKAT. Mereka sebenarnya membuat zalim, sadisme, penyelewengan fakta dengan berbagai macam taktik kotor.. Apa yang diperlihatkan bertubi-tubi kepada umum ialah "kesalahan" sebelah pihak sahaja. Jadi, tertutuplah apa yang menjadi dasar isu sebenar. Siapa yang salah itu satu hal tetapi bagaimana bukti untuk "menghukum" orang dan jenis hukuman adalah sebenarnya perihal yang terpenting Namun demikian maka keputusan alih fokus itu mengharapkan :

1. Diri penuduh jadi putih bersih.

2. Terlindung segala kesalahan diri dan pengikutnya

3. Orang ramai jadi terpengaruh dengan fakta rekaan/ benar/ separuh benar

4. Mereka yang terpengaruh putar haluan

Kejayaan alih fokus ini berlaku dalam dunia sekarang begitu cepat. Sebabnya yang boleh mengalih fokus ini biasanya melalui alat media yang dikuasai oleh pihak berkuasa.

"Sesuatu yang benar atau hak tidak teratur maka ia akan gagal manakala yang batil atau palsu tetapi diatur dengan rapi maka ia akan berjaya" begitu kefahaman yang dituturkan oleh Saidina Ali.

Sesungguhnya inilah dunia. Sekarang ia dipenuhi dengan lakonan dan pengalihan perhatian yang hak. Banyak cerita negeri yang pembaca boleh baca tentang lakonan politik dan jenayah di berbagai tempat oleh pihak yang mempunyai kuasa, terutama Kuasa Besar terhadap perjuangan Islam yang berdasarkan kebenaran dan keadilan manusia sejagat. ~APRIL 2001

Dr. AQ


        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 14 April 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com