Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


ISU DAN PENDAPAT TENTANG POLITIK MELAYU DAN ISLAM.

Oleh : Dr. AQ

PENULISAN INI DIPADANKAN DARI BEBERAPA PENULISAN LAMAN INTERNET dari kawan dan Al-Qaf..

Banyak sudah isu yang dilemparkan seperti bola ke tengah masyarakat. Lantas orang politik merebut isu dengan tujuan untuk menang. Antara mereka ada yang menendang dan ada yang menangkap bola berkenaan. Malahan ada pula bola isu yang di lambung tinggi dan kemudian "orang mereka" juga hentam dan smesy mendapat "mata" melalui media massa dan ceramah. Satu daripada beberapa isu politik sekarang ialah mengenai ura-ura pertemuan khas antara UMNO dengan PAS di peringkat tertinggi. Dari segi pemberitaan kelihatan bahawa PAS yang bersalah dan "jual mahal" ; manakala UMNO pasang tag "best buy" [ untuk menjual "buku sejarah dan riwayat hidup" terbitan …dilancarkan "I Stoop, You Come and Read then I Conquer".] Ada beberapa pendapat yang bersifat "andaian-sebab" mengenai latar belakang keinginan tersebut dikemukakan. Andaian ini kami kira ada asasnya , dan ia boleh diambil kira bagi PAS mengapa pihak PAS disuruh berwaspada. Namun demikian niat seseorang atau sesuatu pihak itu adalah hal lain kerana tidak siapa yang tahu, selain Allah dan mereka. Bagaimana pun. banyak pihak mengharap semua jujur demi kepentingan rakyat ramai.

PENGENALAN 1

Dalam suasana politik yang agak gawat terutama UMNO sendiri timbul persoalan disebalik cetusan untuk bertemu yang dikatakan "rancangan" tiba-tiba. Lantas ada orang menyatakan gagasan tersebut boleh merupakan satu cara bagi "pengalihan perhatian" atau political safety- valve UMNO. Sebagai "pemimpin" yang memagang kuasa kerajaan, bahawa "pimpinan" sepanjang masa dilengkapi dengan laporan, pandangan dan analisis dari berbagai pihak termasuk laporan dari "luar" yang mempunyai kepentingan politik dan ekonomi. Sebaliknya, kerana orang PAS, Keadilan dan BA yang lain bukanlah terlalu bersih dan bukan mengetahui semua segi seluk beluk politik dan strategi. Kekurangan "informasi", kurang sikap mahu berunding dan bertanya dengan orang yang pakar merupakan satu penurunan dalam segi tuntutan dan syarat yang berubah-ubah. Selain itu, sejarah memperlihatkan beberapa pemimpin tinggi dan pertengahan PAS yang meninggalkan PAS. Antara lain,. Dato' Othman bin Abdullah dan isteri dan pengikut, alm. Dato Asri bin Muda dan isteri dan pengikut, alm. Hasan Adli, Wan Mustafa, alm. Abu Bakar Hamzah, Nakhaie. Dengan peri laku tersebut mereka disebut sebagai pemimpin kurang wawasan dan kurang lasak kerana malahan ada yang disebut "mereka" bersikap seperti ingin mirip kepada cara kerja "mata-mata'.. Allah yang Mengetahui hakikat mereka itu.

KELEMAHAN PAS.

1. (a) kurang berdisiplin terutama pimpinan
    (b) pilihan isu nasional. kurang tepat.

2. Pemimpin PAS suka bercakap sendiri-sendiri, tanpa teks dan tapis menurut prosedur .

3. Pemimpin suka "populariti", layan wartawan tanpa ber"majlis". [tambahan pula memang tabiat wartawan tidak suka bermajlis]. Di Eropah, pemimpin politik atasan tidak melayani wartawan di tepi jalan. Mereka biasanya bercakap dalam majlis.] Jadi, kebanyakan "berita", apa yang dikhabarkan bukan hasil daripada mesyuarat, terutama ketentuan dari Dewan Ulama, bukan ?.

Menurut beberapa pendapat berkumpulan bahawa : "motif" pertemuan mempunyai "kepentingan tertentu. :

1. Latar tujuan terlihat lebih menggambarkan kepentingan untuk mengiktiraf dan memperkuatkan kepimpinan UMNO sekarang. Hal ini semangnya merupakan suatu yang "natural" bagi semua pihak yang mencari pengiktirafan. Bagi UMNO mahu dikenal sebagai pimpinan orang Melayu, manakala PAS sebagai pembela Islam.. Namun demikian, sejauh mana kesahan masing-masing dari segi sejarah perjuangan dan pelaksanaan masih boleh dibahaskan. Pencapaian secara ilmiah, perangkaan dan ukuran yang jujur perlu dibentangkan kepada masyarakat terutama bagi mereka yang berkuasa, UMNO selama ini dibandingkan dengan pencapaian orang bukan Melayu. Media massa biasanya menonjolkan kewibawaan UMNO. Melayu sudah banyak korban bukan sahaja sebelum merdeka tetapi juga dalam "kepuk padi sendiri" ; dan guru-guru agama Islam tidak kurang mempertahankan diri dari berbagai angkara sejak zaman penjajahan. Guru agama tinggal di desa memimpin rakyat dan menjadi perunding yang tidak mengambil upah tetap merupakan satu kejayaan begitu lama bahawa Islam masih ada sampai zaman merdeka..

SYARAT TUNTUTAN PAS SATU DARIPADA TUNTUTAN IALAH MENEKAN PADA PENERBITAN HARAKAH. DARI ISU MULA MENGENAI DIRI DSAI (?} BERTUKAR KEPADA ISU MINTA HARAKAH DITERBITKAN LAPAN KALI SEBULAN. HAL INI MENJADI TANDA-TANYA BEBERAPA PIHAK... ISU HARAKAH ADALAH SATU TUNTUTAN YANG LEMBEK.. SEBABNYA, HARAKAH DAN PAS KETIADAAN :

1 : (a) Wartawan yang berwibawa,
   (b) penulis tetap dan sukarela yang ilmiah dalam berbagai bidang,
   (c) jaringan berita dan penyelidikan
   (d) sikap kurang terbuka bagi jemaah Harakah sendiri selama ini ; dan ketiadaan

2 : (a) LESEN CETAK
   (b) MESIN SENDIRI
   (c) PENGANGKUTAN SENDIRI
   (d) JARINGAN PENJUALAN yang sepatutnya terikat dengan saham dengan HARAKAH.

Harakah pada umumnya, dalam pemberitaan masih bertaraf "biasa" sahaja Kurang berita segar. Malahan beri;ta terlambat dan "jenis pungutan" tanpa follow up, bukan ?].

KUASA POLITIK

Dalam demokrasi apa yang penting ialah kuasa politik. Kuasa politik didapati dari pengundian. Orang Melayu mempunyai bilangan undi yang lebih dan merupakan penentu dalam banyak hal. SEBENARNYA KUASA POLITIK TERLETAK DALAM BUKU DAFTAR UNDI. Bagaimana ia didaftar, siapa yang mendaftar, bagaimana dan di mana ia didaftar ; siapa Melayu yang tidak daftar, dan segala macam cara dan jalan supaya SPR telus kepada rakyat hendaklah diberi perhatian berat. Kerana tuduh menuduh tentang cara pilihan raya dijalankan terutama dalam kawasan Melayu tidak ada gunanya jika perkara ini diabaikan dan jadi mabuk dengan isu lain.

UMNO " bukan kecil anak". Semua bidang "sistem" pemerintahan berada di bawahnya Malahan media massa boleh memainkan peranan perang urat saraf (psychological warfare) dan "turning over" yang berkesan sekali. Laporan dan penyelidikan begitu teratur dan diatur. 'SHE STOOPS TO CONQUER" Kekuatan dan kelemahan PAS diketahui dengan terperinci. Kerja ini, dibuat bukan oleh seorang atau satu kumpulan sahaja. Malahan, penanam modal dari puluhan ribu ringgit sampai berbillion-billion ringgit juga memberi kata "putus" (decision) dan berhati-hati dengan "siapa" (pengganti) yang sanggup menjaga harta dan kepentingan mereka..

Dewan perniagaan China dan India baik yang di MaLaysia, Singapura, Hongkong, Taiwan malahan di negeri China dan di India sendiri pun tidak khayal dengan "mainan" politik. Segala kedutaan asing "tidak mengantuk" dengan lagak UMNO dan PAS. Kenyataan yang langsung atau tidak langsung memberi "attribute" kepada UMNO dan kerajaan. [banyak perihal andaian dari kelaziman yang menekan kepada negara kecil terutama di luar blok Barat, China dan Jepun boleh disebut di sini. Tetapi kerana penulisan ini bukan berbentuk buku maka memadai disebut sedikit. Semoga pembaca boleh faham apa yang saya maksudkan yang tertulis dan yang tersirat di sini. ] Datang, lihat," baca" buku : "I stoop to conquer" dan akur…

PENGENALAN 2.

Telur itik tetap jadi itik walaupun diram oleh ayam.

PAS mempunyai pengalaman dalam politik sejak ia dididirkan. Meskipun ramai penulis menyatakan PAS lahir daripada UMNO iaitu apabila dihubungkan dengan kegiatan Ahmad Fuad dan pimpinannya atau ulama se angkatan dengannya. Ini hanya merupakan kegiatan dalam bentuk organisasi antara UMNO dengan PAS sahaja .; tetapi mereka penulis sejarah politik dan ramai orang PAS sendiri tidak meliat "benih Islam" sejak negara dijajah. Mereka juga tidak mengubung kait unsur perjuangan di dalam gerakan lain berbentuk organisasi politik (Hizbul Muslimin). Malah benih atau semaian perjuangan dalam bidang pendidikan besart sekali. Hisbul Muslimin yang dihidupkan oleh para guru madrasah di Gunung Semanggul, Perak merupakan satu daripada manifestasi perjuangan gu;ru agama (ulama) dalam politik "moden". Madrasah dan sekolah pondok adalah tanah subur bagi perjuangan politik berdasarkan Islam. Selain dari itu. UMNO sendiri dalam sejarahnya telah dipupuk bersxama oleh orang berpendidikan agama (lihat buku oleh Yunus Hamidi tentang nama wakil dan pertubuhan yang menghadiri perjumpaan "Melayu" sehingga "lahir" Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau Pekembar (bahasa Inggeris UMNO). Logik "benih" Islam ini ialah jika ia telur itik maka ia tetap jadi itek, walaupun ia diramkan oleh ayam. Kelemahan PAS ialah kerana kurang menguasai bidang kehidupan yang lain ; terlalu lama tinggal dalam tekanan dan "kecaman". Manakala UMNO terlalu lama berkuasa. Dua keadaan ini membentuk satu sikap yang sangat berlainan.

[Lihat sahaja, umapamanya, sikap seorang sewaktu menjadi calon MP, dengan sikap apabila ia telah menang, sebagai "YB" sangat lain. Ramai yang berubah… Dia mula tunjuk "belang"nya. Ada yang sombong dan tunjuk "kuasa" ; cakapnya pun menggigit.. Hal ini berlaku bukan pada orang UMNO sahaja, malahan seorang tokoh PAS sewaktu bersama dengan BN dahulu pernah menyampaikan jawapan kepada saya melalaui seorang "keluarga"nya bahawa atas teguran saya itu "saya boleh ditangkap".]

Kelemahan perjuangan Islam disebabkan oleh kepimpinan yang tidak cukup "disiplin", kurang persediaan yang ilmiah, tidak tahu mana yang "utama" (priority), suka bercakap tanpa keputusan keputusan mesyuarat. Beliau dan mereka tertentu, buat keputusan dahulu, kemudian baharu mencari alasan untuk nampak agar yang disebut menjadi benar dan sah. [hal ini lebih banyak berlaku dalam UMNO yang berkuasa] ; mereka menepikan manifesto, seperti membuat perjanjian mengubah wailayah, mengizinkan sesuatu yang berkait dengan kepentingan nasional perjanjian sosio-politik dengan rakyat. Dengan kata lain, bahawa perjalanan politik banyak sekali berlaku di luar daripada apa yang dijanjikan kepada pengundi (rakyat). Pemimpin membuat sesuatu seperti harta "bapak" mereka. Tabiat politik begini berlaku dengan terang dalam banyak negara Asia, Amerika Latin dan Afrika.

[Apabila "aku" ada kuasa, peduli apa kepada bantahan kerana semua itu adalah "demi kepentingan rakyat." Inilah yang berlaku dalam banyak "negara kedua dan ketiga".]

APA YANG MEREKA KATA :

Pertama, kerana UMNO sudah lemah kerana tidak dapat sokongan terbesar orang Melayu maka UMNO berikhtiar dengan cara begitu ia dapat memulihkan keadaan. Ertinya, Melayu akan melihat bahawa UMNO merupakan tempat bergantung kuasa politik ;

Kedua, dalam UMNO sendiri, selain daripada ramai yang keluar parti, terdapat pimpinan di berbagai peringkat merasa diri mereka tidak dapat mempertahankan status mereka.. Hal ini terdengar suara dan keluhan dari dalam dan luar berbagai perjumpaan. Akhbar tempatan sering memperlihatkan gejala kurang sihat tersebut ; justeru itu, mereka peluang bagi mereka sekarang ialah "kumpul wang" melalui berbagai projek lama dan baharu untuk dijual. Akibat yang akan berlaku mereka tidak peduli lagi. Dalam hutan sekarang maka mereka mahu melepas pucuk masing-masing.

Ketiga, mereka menyebut bahawa pimpinan UMNO, terutama Dr Mahathir sendiri "dikatakan" mahu mengalih perhatian rakyat daripada terlalu tertumpu pada kelemahannya, dihalakan kepada satu "pola" kepentingan rakyat Melayu iaitu dengan menghulur satu "kapsul" tenaga baharu bagi kekuatan Melayu. Akhbar utama dan media massa lain memainkan peranan tersebut. Kadang-kadang "berita"nya sudah seperti iklan penjual ubat.

Andaian tersebut di atas (faktor) ketiga ini sering bermain di kepala pengamat dan pemantau politik kerana suasana politik sekarang "mencurigakan". Sebenarnya, "kumpulan orang " tertentu memegang media massa ini berkuasa. Pengalihan pandangan {fokus} rakyat boleh dibuat oleh media massa dengan berbagai laporan "perisitiwa" Ada yang bersifat gempar dan hebuh dengan usnur "takut dan menakutkan" ; begitu ketidak-tentuan arah beberapa perjalanan bidang kehidupan menyumbang kepada berjayanya permainan "alih" fokus. Penyulap atau pemain silap mata memang pintar mengalih pandangan penonton supaya sunglapnya tidak ketara.

[Satu contoh, "toeri alih pandangan" ialah apabila Soekarno mengarahkan pandangan rakyatnya ke Malaysia untuk berkonfrontasi. Indonesia di bawah Seokarno memang teguh semangat juang kerana unsur "rasa terikat" dalam wadah nasionalisme terbina iaitu "satu bangsa, bangsa Indonesia : satu bahasa, bahasa Indoensia ; dan satu negara, negara Indoensia". Tetapi kehidupan bagi harapan demi harapan (expectation) tidak tercapai di samping nilai agama dan maruah sosial kian merosost. Jalan keluar secara kebetulan maka meletus "konfrontasi"…gayang Malaysia.]

Keempat, diandaikan lagi bahawa perpaduan tersebut bukan apa-apa, tetapi hanya untuk mengekalkan "kuasa" pimpinan sekarang sahaja dengan maksud untuk terus dapat bertahan selama yang mungkin. Jadi disoalkan : "siapa yang bersatu ? di bawah pimpinan siapa mereka itu bersatu ? mengapa selama ini Melayu jadi begini. Sudah setengah abad Melayu masih merempat ? Lompat-lompat siapa yang dapat dan siapa yang selepat ?".

Pendapat seterusnya : Orang China sesama mereka tidak boleh bersatu dalam banyak hal. Namun demikian, mereka dapat bersatu dalam bidang ekonomi-perniagaan dan pendidikan. Dua bidang utama ini merupakan dasar pegangan mereka, malahan membina kekuatan bagi kehidupan sesebuah masyarakat dan negara. Mereka, sejak berzaman, menumpukan kerja dan usaha pada dua bidang ini. Sebab orang China tahu di Malaysia orang Melayu sukar hendak melepaskan "kepimpinan", ketua, gelar kebesaran, "kehormatan pangkat". Keinginan orang Melayu mahu jadi "raja" dan bergelar tuan, mereka tidak ambil "pusing" ; "mahu pangkat tuan, tuanlah, tetapi asalkan jangan kacau jaringan ekonomi kami ". Sekian lama di bawah UMNO (perikatan dan BN) Melayu masih lemah (bentanglah perangkaan), malahan sebahagian bidang kehidupan tertentu tinggal dalam paras bahaya…Selama ini mereka tidak berdiam diri, "Melayu kena berjuang" walaupun perkara yang sudah tertulis dalam perlembangaan….malahan hendak "mendaulatkan" bahasa Melayu pun, orang Melayu kena berjuang !; ….sehingga ke hujung iaitu apabila 13 peguam Melayu termasuk Tun Daim dan Tun Hussein Onn diminta turun tanda tangan. ; .hendakkan tanah pun kena "berkelahi" dan "tangkap" (antaranya Hamid Tuah) dan teroka hutan secara berani. Ratusan ribu ekar tanah orang Melayu sudah "diambil, belum lagi dikembalikan atau diganti…" Inilah antara lain, apa yang mereka kata dan beri ulasan selari, sambil menghirup kofi hari raya aiddil adhha bersama mereka yang otak terbuka dan yang mulut ternganga.. Maaf zahir bathin..

Mac - Jun, 2001






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 15 Jun 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com