Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


NEGARA ISLAM : ABDUL HADI TANGKAP BOLA

Politik : Haji Abdul Hadi bin Awang, Naib Presiden Pas, sangat pantas menangkap bola cap "negara Islam" yang dilemparkan oleh Dr. Mahathir bin Mohamad, Presiden UMNO dalam persidangan UMNO pada 21 Jun, 2001. Dr. Mahathir mencabar Pas supaya memberikan ciri-ciri secara terperinci tentang negara Islam yang diperjuangkan oleh Pas. Jawapan melalui wartawan Utusan Malaysia menyatakan bahawa :

(1) Pas akan menyatakan apabila ia berkuasa ;

(2) Pas sudah menyatakan tentang negara Islam di dalam manifesto pilihan raya ke 10 yang lalu ;

(3) contoh negara Islam sekarang ialah Arab Saudi, Sudan dan Iran.

Jawapan dari Al-Qaf dan ahli biasa Pas :

(1) Mengapa Abdul Hadi bin Awang tidak menendang balik bola kepada Dr. Mahathir tentang negara Islam (Malaysia)yang "diisytiharkan" itu ? Atau

(2)Mengapa cepat menjawab tanpa teks yang kemas dan lebih tepat lagi dari satu keputusan mesyuarat walaupun Haji Abdul Hadi sendiri berkebolehan dalam memberi jawapan sepontan. Atau

(3)Diam dahalu sehingga Harakah menyiarkan penjelasan kerana ini merupakan "lambungan" bola yang boleh memberi gol atau "mata" permainan politik.

KELEMAHAN PAS :

(1) Cepat menjawab tanpa menimbangkan "umpan" dari pancing politik ;

(2) Pas kekurangan perunding peguam yang mahir dalam undang-undang perlembagaan;

(3) Pembahagian tugas dan "portfolio" tidak Digunakan dengan baik ;

(4) Semua orang mahu bercakap bagi semua hal.

(5) Kurang mahu mengambil fikiran orang bawahan dan lebih teruk lagi jika fikiran itu datang dari bukan orang Pas. Katakan ia dari Al-qaf dan kawan

KOMUNIS ADA BUKU MERAH. MANA BUKU HIJAU BAGI ISLAM ?

KESAH LAMA :

Sewaktu ABIM bermarkas di Kampung Baharu,Kuala lumpur, dan tengah hangat bersama menyegarkan kebangkitan Islam di kalangan muda-mudi, AQ tahun 1974, telah menemui Fadzil bin Mohamad Nor(sekarang Presiden Pas) meminta ia mengatur persidangan tenmtang perlembagaan Islam di Malaysia atau di Luar Malaysia. AQ sanggup membayar tambang seorang ulama, Abul A'ala Maududi dari Pakistan. Hal ini diminta kepada seorang sahabat Anwar bin Ibrahim supaya Anwar menyediakan kosnep Perjuangan Islam. Sayangnya semua jadi lupa.

Beberapa tahun dahulu AQ telah menulis kepada pemimpin Pas membangkit perihal ini tetapi seperti biasa BERBAGAI SURAT surat CADANGAN DAN KRITIKAN sering menemui keadaan yang bukan sahaja tidak diperbanyakkan, malahan tidak mendapat pancaran mata zahir pun. Apakah ada tangan "hantu" yang menghilangkan surat dan dokumen dari pejabat Pas ? Atau memang sikap dan perangai buruk sebahagian daripada mereka begitu ? Allah sahaja Yang Mengetahui.

Buku tentang masyarakat dan Negara Islam terkenal ialah "perlembagaan" (Perjanjian Madinah). Bagi Pas pula pernah di tulis oleh (Alm.)Ustaz Budiman Radzi, (seorang penulis beberapa buku dan petugas Pas yang rajin di Kedah), Tata Negara Islam.

Banyak buku mengenai negara Islam yang boleh dijadikan dasar dan pedoman. Antara lain umpamanya :

1. Said Ramadan, (seorang pemimpin Ehwanul Muslimin) What is an Islamic State ? ;

2. Imam Al-Ghazali Ghazali (terjemahan dan pengambilan oleh Zainal Abidin Ahmad (Indonesia), Konsepsi Negara Bermoral, Menurut Imam Al-ghazali ;

3. Abdul Hamid Siddiqui, Theocracy and The Islamic State

4. Abul A'la Maududi, The Islamic Law and Constitution Selain daripada itu beratusan buku bagi rujukan boleh didapati bahasa Arab mahupun bahasa Inggeris.

Kesimpulan :

Apa yang menjadi masalah :

Pertama, masalah pimpinan. Masing-masing mahu berkuasa dan bercakap mengatakan bahawa ia "pejuang" Islam ;

Kedua, ialah tentang mereka yang layak untuk dipanggil ulama terutama dalam zaman ini pertandingan dan rebutan kuasa dengan memakai unsur kebendaan pangkat,wang dan harta.

Ketiga, berkaitan dengan kata-kata :Demokrasi dalam negara yang ramai pengundi tidak berpelajaran adalah satu penipuan];

Keempat, Menurut kata sepakat ahli fikah dan diterima-pakai oleh semua orang Islam ialah sumber hukum iaitu diambil dari Al-Quran, Hadis, Ijmak Ulama dan Kias. Dua hal iaitu Al-Quran dan Hadis yang menafsir dan melaksanakan Al-Quran tidak menjadi persoalan. Apa yang menjadi persoalan sekarang ialah Ijmak Ulama yang boleh disebutkan di sini bahawa ia hampir "tidak pernah" diadakan oleh orang Islam, terutama mengenai "negara Islam" secara terbuka luas.

Kelima, ialah siapa itu ulama yang layak duduk dalam Majlis tersebut ? Bagaimana mereka yang mengambil upah (gaji dan sara hidup tetap)? Baca surah Yasin ayat 21 :

"Ittiba-uu-man laa yas alukum ajra wahum muhtaduun" : Ikutilah orang-orang yang tidak mengharapkan upah dari mu itu, sedangkan mereka itu beroleh pertunjuk. Ini memerlukan satu penghuraian lengkap.

Siapakah antara ulama yang layak jadi duduk dalam Majlis Ijmak Ulama ? Begitu, sebanyak 15 pertanyaan dalam Laman Web memohon jawapan. Mei-Jun, 2001 : MANA SATU : FATWA ATAU KESIMPULAN IJMAK ULAMA ? Jun-Julai, 2001.

DR. AQ




        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 25 Jun 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com