Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


SISTEM EKONOMI DAN PERANAN ISLAM

SISTEM EKONOMI di dunia pada hari ini dicetuskan oleh dua ideologi politik perdana. Pertama, ia disebut sistem sosialis dan kedua sistem kapitalis. Dua sistem ini, dikatakan bertukar ganti dari satu ke zaman. Pendulum bergerak dari kiri ke kanan dan kemudian ke kiri semula. Gerak batu pada jam dinding itu menurut kekuatan politik sesuatu negara. Banyak negara komunis, sekarang ini telah memilih kapitalisme sebagai dasar sistem ekonomi mereka. Di samping itu ada pula memakai sistem ekonomi yang bercampur antara sosialis dengan kapitalis. Hongkong dan China merupakan dua sistem yang bercampur aduk untuk menyalurkan barangan dan wang keluar masuk.

Negara-negara Afro-Asia dan Latin Amerika belum mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara Eropah dan Amerika. Sebab, dari segi tenaga dan kekuatan intelektual, terutama sains dan teknologi "kita" masih jauh ketinggalan. Budaya kerja, budaya sosial dan wibawa kepimpinan, terutama tentang pemisahan kuasa eksekutif, legislatif dan kehakiman (trias politica) iaitu pemisahan kuasa (separation of powers) masih kabur. Namun demikian, .baik sosialisme mahupun kapitalisme yang bermatlamat untuk memberi "kebahagiaan" atau kemakmuran mata benda iaitu hidup mewah kepada rakyat tidak dapat dicapai. Lihat sahaja perangkaan tentang jenayah, penindasan dan kemiskinan yang berlaku dalam berbagai negara.

Bagi orang Islam tidak kurang yang terpengaruh dengan sistem tersebut. Malah ada yang telah memakai sistem sosialis di samping banyak yang memakai sistem kapitalisme.

Bagaimana pun pemikir dan pejuang Islam yang percaya kepada dasar kehidupan yang berlandaskan pengajaran Al_Quran antara lain memberikan landasan terhadap kehidupan manusia antara lain :

Pertama, memperkenal haq Allah dan Haq manusia iaitu dan makhluk yang diciptakan ;

Kedua, tujuan hidup manusia (diciptakan) dan dihidupkan di dunia ini untuk beribadat kepada Allah atas nilai dan "hukum" atau undang-undang alam yang ditentukan ;

Ketiga, status dan peranan sebagai "khalifah" iaitu yang arif (mengenal Allah) ;

Keempat, mengawal nafsu dengan panduan nilai utama iaitu halal, haram, makruh, sunat dan harus.

Bidang kehidupan yang diajarkan ialah : Ibadat, Munakahat, Muamalat dan Jinayat. Semua itu mencakup kehidupan manusia sepanjang hari.

Persoalan ekonomi (muamalat) seperti bidang lain adalah berkaitan satu dengan lain dan tertakluk kepada nilai yang ditetapkan iaitu jalur haram, halal, wajib, makruh, sunat dan harus yang tersebut di atas.

Dari pengalaman dan pemerhatian penulis dan beberapa orang kawan bahawa sistem ekonomi yang baik ialah :

Pertama, hendaklah berlandaskan pada nilai utama tersebut di atas ;

Kedua memakai mana-mana unsur daripada dua sistem iaitu sosialis dan kapitalis yang tidak bercanggah dengan nilai utama Islam ;

Ketiga, menetapkan bahawa haq atas tanah, air, api (eletrik, gas dan seumpama itu) dan angin (komunikasi dan angkasa) adalah haq negara. Ertinya ia tidak boleh disyarikatkan atau dimonopoli oleh penguasa politik dan ekonomi ;

Keempat, mengurangi monopoli dalam semua keperluan rakyat terutama "keperluan asas" seperti beras, air, minyak, gula, garam dan perusahaan rakyat kecil-kecilan seperti kerja tangan dan makanan di desa.

PELAKSANAAN :

1. Mengambil pemikiran dari semua pihak yang terlibat dalam ekonomi terutama yang berilmu khusus seperti pensyarah dan pegawai yang berpengalaman ;

2. Sering mengadakan mesyuarat dengan mereka terutama pakar dalam bidang koperasi. Malahan diangkat mereka jadi perunding utama. {Bagi Kelantan dan Trengganu yang ingin mencerminkan ekonomi dengan pendekatan Islam kena mengambil mereka secara terbuka. Prof. Ungku Abdul Aziz, umpamanya boleh dilantik sebagi penasihat yang berwibawa].

3. Memberi bantuan "kerja", kemudahan, saham syarikat, projek, kawasan balak dan berbagai sumber kewangan kepada berbagai pertubuhan. Antara lain semua masjid, Persatuan IBU Bapa (sekolah) ,maktab, universiti, persatuan peladang, persatuan nelayan, persatuan tentera, persatuan polis, syarikat kerjasama. Pengawasan selain daripada jawatan kuasa maka kerajaan hendaklah mengawasi. Ketelusan perjalanan persatuan yang berkenaan hendaklah dibuka seluas yang mungkin. ;

4. Membeli tanah, harta dan perusahaan secara kolektif atau berkongsi. Malahan tanah kubur pun boleh dibeli ratusan ekar dengan melibat setiap keluarga untuk membyar Dahulu untuk dirinya atau orang lain yang perlukan lot.

[ Di Singpura satu lot dikenakan bayaran sebanyak Sing$350.00.; dan bagi orang miskin ada Islamic Trust Fund yang boleh menanggung bayaran !.].Begitu selintas fikiran yang dapat dikumpul selama ini.

Insya Allah dapat disambung -

Julai, 2001.
Dr.AQ






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 7 Julai 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com