Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


Isu Sauk: Cara serangan Umno terhadap PAS

Oleh Fathi Aris Omar
[emel: faomar@yahoo.com]

Umno hanya mampu menyerang PAS daripada tepi atau secara sipi-sipi. Serangan Umno terhadap PAS dalam drama ala 'Mission Impossible' Sauk itu bermaksud menimbulkan kekeliruan, dengan tujuan mengaitkan secara kabur dan sipi-sipi kumpulan Al-Ma'unah dengan PAS.

Kumpulan itu digambarkan begini = merampas senjata = melanggar undang-undang = ganas + sesat = membunuh bukan Islam = hendak tegakkan negara Islam = anti kaum bukan Islam.

Selepas tersebar watak dan ciri-ciri kotor Al-Ma'unah, maka kesimpulannya "sebahagian besar daripada 1,800 ahli Al-Ma'unah terdiri daripada ahli-ahli PAS." Inilah hujah Mahathir. Tidak cukup dengan itu, Mahathir berhujah lagi, kenderaan yang digunakan oleh sebahagian pengikut kumpulan itu di Sauk "menampal lambang-lambang PAS."

Malah, pemimpin tua ini berhujah, "Amin Razali (ketua atau presiden persatuan silat itu) dibesarkan dalam keluarga PAS, tinggal dalam kampung yang didominasi PAS dan dekat dengan penyokong PAS."

Apa hujah ini, Dr Mahathir? Nyanyuk ke? Alamak... tak kan macam ini cara Perdana Menteri dan kerajaan menangani isu "keselamatan negara." Alamak... Najib dan Norian Mai... TOLONGLAH nasihat PM yang tua ni... janganlah meraban, merepet dan melalut sangat....

Kalau pakai hujah PM ni, semua ahli Umno di Terengganu dan Kelantan merupakan ahli PAS!!! Satu penghinaan yang ketara kepada ahli-ahli Umno di dua negeri itu.

Saya cadangkan PAS, KeADILan dan Barisan Alternatif melaporkan kepada polis agar menyiasat PM di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Mungkin sebahagian ucapan Mahathir itu diambil daripada maklumat sulit pihak keselamatan negara yang dikategorikan "RAHSIA."

Kalau berani, cubalah siasat PM.

Kalau polis tidak berani, nescayalah PM itu 'kebal'. Al-Ma'unah dituduh sesat kerana kebal. Mahathir kalau kebal (daripada proses undang-undang) apakah tidak sesat?


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com