Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Malaysiakini: Laporan Berita Luar Negara Mulai Minggu Ini

PENGUMUMAN

Malaysiakini: Laporan Berita Luar Negara Mulai Minggu Ini

(1) Akhbar internet harian, Malaysiakini.com, akan menerbitkan laporan-laporan berita luar negara (real time atau masa nyata) sebaik sahaja menerima daripada agensi berita AFP mulai MINGGU INI. Semua berita itu diterbitkan sebaik sahaja sesuatu perkembangan berlaku di serata dunia.

Hanya berita-berita yang mempunyai hubungan atau kepentingan dengan negara ini diberikan keutamaan.

Pembaca boleh mendapatkan berita tersebut di halaman depan (front-page) di bahagian bawah berita tempatan atau klik (tekan) di ruangan "Foreign" di bawah perkataan (masthead) Malaysiakini.

(2) Kepada mereka yang tidak sempat mengikuti berita tempatan SEMALAM, sila klik (tekan) di ruangan "News" atau cari di ruangan SEARCH.

(3) Mulai minggu ini hingga Mei depan, Malaysiakini juga menerbitkan siri-siri rencana, pendapat, wawancara dan laporan khas tentang isu-isu media dan kebebasan bersuara (freedom of expression) sebagai menyambut ulang tahun Hari Kebebasan Akhbar pada 3 Mei depan.

Pembaca yang berminat menyumbang tulisan atau pendapat tentang isu ini, sila kirim kepada editor@malaysiakini.com atau fathi@malaysiakini.com Tulisan bahasa Malaysia atau bahasa Inggeris seelok-eloknya sepanjang 700-900 patah perkataan.

Sekian, terima kasih

Sidang Pengarang,
Malaysiakini
5 April, 2001


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 5 April 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com