Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

TUNGGU SAJA LAH, KATA YAB TG HADI AWANG!!

Semasa di Tmn Melewar dengar ceramah YB Datok Hassan Ali dan Mat Sabu, kami sekeluarga pergi makan sup di sebuah warong. Kami order 4 mangkok ‘mega’. Sedang kami makan, ayah kami berbual-bual dengan taukehnya – seorang yang sudah tua usia. Pekerja-pekerjanya sebok melayan tetamu.

Ayah aku tanya, kenapa tak bukak restauran di KL. MARA ada, Bank Pembangunan ada, Kerajaan UMNO ada nak bagi loan. Duit rakyat banyak kat PETRONAS, tentu kalau Mirzan boleh Mahathir bagi ribu-ribu juta – takkan lah pulak kpd orang Melayu; diorang nak lokek.

Taukeh IKS Warong sup tu menjawab sambil tarik nafas panjang; katanya, “Hai Encik. Kalau kerajaan UMNO kesian kat orang Melayu, tak kan lah seramai ini sangat org berduyun-duyun datang ke Ceramah PAS/BA… Dengar cerita ceramah UMNO/Bn tak samai 50 orang. Nak meniaga pun alang kepalang. Lagi pun UMNO sediakan makan…. Asik-asik tuduh orang Melayu masyakat susidi..!!”

Ayah aku mengeluh juga. Kata Taukeh Warong sup tu lagik, “Dulu saya pergi ke MARA, dia tanya kertas kerja. Udah tu dia tanya mana menteri yang boleh jamin. Komdian dia suruh saya cagar rumah. Org macam saya jaga bisnis tahap warong… mana ada menteri mau jamin, mana ada rumah nak cagar… Rumah kami di Tmn. Seri Setenggan…hehehe …paham-paham sajalah…” Dia ketawa l.agi.

Lepas makan ayah kami kata, “Tengok tu, orang cari makan halal …ketawa banyak, sabar banyak. Tapi dari segi prinsip jangan nak tanding lagi… prinsip diri TETAP. Bandingkan apa Datuk Hassan Ali kata, menteri UMNO sanggup tipu orang cari makan!!..Duit haram!!”

Ibu kami pandang kat ayah… kata ibu, ”Awak ini…kalau cakap politik tak mengira tempat. Padanlah dulu pangkat tak naik.naik…”

Saya tau, ayah tak kira punya orang. Masa kerja dulu dia pernah tempelak Tan Sri Salehuddin KSN, “Tan Sri kalau nak jadi orang berguna kepada orang Melayu, jangan mau dilanyak Mahathir suruh khianatkan Tun Salleh Abbas. Sampai masa, Mahathir tumbang juga…”.

Hari ini baru kita tau, Tun Salleh Abbas sedang menyemak file penyelewengan kerajaan UMNO/BN Terengganu. Malu Mahathir. Mesti terjumpa kes rasuah Mahathir…mana tau, kan? Tunggu saja lah, kata YAB TG Hadi Awang!!

Hhhhhhmmmmmmmm..hehehe!

Mohd Halim Abdul Wahab,
Kg. Padan KL



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com