Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

PARLIMEN KAMI DIBAWAH POKOK KETAPANG!!

Saya ni bukan seorang sasterawan, jauh sekali seorang cendekiawan. Kalau cerita kat internet ni, cuma boleh cerita kesah apa yang saya nampak, dengar dan alami sendiri.

Kesah kat warong kami, tempat saya selalu belanja beli sarapan kat Kg. Pandan ni, memang banyak yang melucukan. Kalau kira-kira, inilah dia parlimen orang Kg. Pandan. Warong bawah pokok ketapang ni.

Sebut Parlimen, kami boleh kata tak kurang juga warong Kg. Pandan kami sini macam Parlimen. Tak habis-habis ada debat pasal politik. Kadang-kadang canggih-canggih juga hujjah diorang. Ya lah, bagi orang yang menghayatinya saja. Tinggal lagi, kat Parlimen ada orang yang ‘jelir lidah’ bila kalah debat. Tapi kami kat warong ni tak pulak gitu. Orang-orangnya semua orait…!! Belum ada yang sewel!! Hihihih..!!

Sana tu ada Melayu, India, Cina dan Benggali. Kan itu saling tak tumpah macam wakil-wakil rakyat kat Parlimen juga kan? Sebab, kat Palimen ada Karpal, Kit Siang, Dolah Bedawi, Syed Hamid, Tuan Haji Fadhil Nor, Dr. Hassan Ali…dll. lah!! Mahathir tu kira ‘orang atas’ lahhhh..!! Hahaha…Mahathir tu “orang atas dari boss”..!!

Masa dekat p/raya dulu, warong inilah yang paling sebok. Sebabnya, sambal tumis udangnya memang yang terbaik. Kualiti standard. Lebih standard dari hotel 5-Bintang.

Tersebut kesah, semua pekerja parti politik tumpu datang makan lunch kat warong ni. Maklumlah kan? – politik tu politik juga, tapi bila lapar orang politik mesti makan. Cuma satu saja bezanya, pekerja UMNO/BN bila bayar keluarkan note RM50. Tapi pekerja BA, keluar duit note RM2 ringgit saja. Itu biasalah. Orang politik UMNO mesti makan lebih…!!

Tu kita fahamlah. Tak usah kita ungkit lah pasal rezki. Masuk UMNO mesti rezki lebih. Memang kita tahu, waktu pilihanraya memang UMNO tabur duit juta-juta. BA apa ada? Terbalik pulak, Rakyat yang derma seringgit dua bila ceramah. Harap itulah saja.

Tersebutlah kesah si Mamat “UMNO” terjumpa kawannya si Yob “BA”. Berpeluk-peluklah diorang berdua. Maklumlah, tak sangka jumpa kawan lama. Yang si Yob “BA” komen sikit kat si Mamat “UMNO”, “Hei…..kau ni loaded jerr aku tengok…. Amacam? Gemuk nampaknya dompet ko, yek?…Hehehehe…”.

Menjawab si Mamat “UMNO”, “Hehehe…..cari makan, beb!! Kita kerja, cari duit. Tapi bila undi nanti, itu RAHSIA!” katanya sambil tersengeh.

Si Yob “BA” ngangguk. Betul jugak, katanya dalam hati. Duit semua sama, tak semestinya, kalau dah kerja dengan UMNO kita mesti undi UMNO. Undi itu hak peribadi. Itu Hak Asasi…..!!.

Saya yang dengar pun dapat pelajaran berguna juga. Bila saya pulang, saya cerita petang tu masa minum kopi sama-sama ayah dan ibu kami.

Ayah kata,”Itu satu prinsip yang baik. Rezki Tuhan bagi. Bukan UMNO bagi. Orang UMNO pun dapat rezkin Tuhan bagi. Hak kita pun Tuhan bagi. Kalau rasa tak betul, kalau hak kita tergugat, LAWAN MESTI LAWAN!!..”.

Ibu kami sengeh saja. Dia tau sangat perangai ayah. Kalau ayah rasa dia betul, dia LAWAN..!! Itu sebab dia masa kerja gomen dulu tak naik pangkat.

Ayah pernah komen dulu, katanya: “Dalam gomen, terlampau banyak ‘boss-boss’ yang kaki bodek “orang atas”. Kalau kita fikir nak puaskan hati boss, sampai mati kita tak akan berkhidmat untuk rakyat. Orang atas tu cuma nak kenyangkan tembolok sendiri. Dah tau Rafidah tu rasuah, ada bokti – kalau “orang atas” kata ‘no need to prosecute’; langsung buat deeeeekkkk jer lah. Itu macam adil ke?” Ayah dah mula lekcer..hehehe!!

Terfikir saya dalam hati, itulah sebab Agustine Paul boleh hidup. Tapi Tuan Syed Aidid kena suruh berhenti. Dia sanggup letak jawatan. Sebab, Syed Aidid seorang Hakim yang adil; bukan saja kepada negara dan masyarakat – lebih-lebih lagi dia mahu berlaku ADIL kepada dirinya sendiri!!

Berapa ramai Hakim-hakim yang adil kepada diri sendiri?

Ayah sambung lagi baca Utusan tentang kes DS Anwar yang dituduh ‘meliwat’. Kepalanya menggeleng manjang…..!! Masyaallah, katanya sambil menarik nafas panjang. Saya dah agak, ayah geleng kepala sebab Anwar kena hukum atas perentah “orang atas” yang suruh!! Tak tau lah. Cuma Allah saja yang tahu!

Sesungguhnya, HANYA Allah jua yang Maha Adil lagi Maha Bijaksana!! Manusia ni asik-asik nak kenyangkan tembolok saja..!! Nah! kayalah awak di dunia. Tapi jaga….jaga; entah-entah MUFLIS di Akhirat!!

Hihihih…itu bukan Fatwa!!

Mohd Halim Abdul Wahab,
Kg. Padan KL.



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com