Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

Isu Beg Sekolah Berat

Ambo rasa isu ini memang tidak boleh ditangani oleh UMNO lagi. Punca sebenarnya ialah buku yang berlambak-lambak untuk satu-satu subjek tertentu. Buku ini jadi berlambak kerana rasuah yang diberi oleh penerbit buku kepada Menteri berkenaan untuk diluluskan. Sebab itulah bukan sahaja beg jadi berat tetapi buku yang dihasilkan juga tidak berkualiti, kualiti sudah jadi second or third priority. Ini ambo dapat tahu daripada guru besar sekolah anak ambo sendiri yang pro-reformasi.

Kedua, pengalaman ketika menjadi penterjemah dan editor buku dahulu telah menemukan ambo dengan seorang pensioner yang pernah bertugas dalam kementerian pendidikan yang meluluskan buku-buku sekolah dan memberikan tender menerbitkan buku kepada syarikat-syarikat penerbitan swasta. Beliau telah diambil bertugas di syarikat tempat ambo berkerja kerana boss ambo terkenang budi beliau ketika beliau meluluskan tender-tender ini untuk boss ambo dengan mudah. Itu beliau akui sendiri.

So, punca masalahnya ialah rasuah di kalangan menteri berkenaan dengan penerbit buku. Bila nak cari dana lebih, menteri berkenaan akan meluluskan buku-buku yang tidak asasi. Buku itu sebenarnya boleh dibeli di kedai buku sebagai tambahan sahaja. Tetapi sebaliknya telah diwajibkan beli oleh kementerian. Bila dah dibeli, kenalah dibawa ke sekolah!

So, gomen tidak akan mengurangkan jumlah buku yang perlu dibawa ke sekolah kerana masing-masing pihak sudah kenyang dengan duit rasuah, tetapi mereka akan sibuk-sibuk mencari sebab lain yang remeh-temeh seperti membuat beg berat menjadi ringan sedangkan beg tersebut mungkin hanya sekitar 5% sahaja daripada keseluruhan bebanan murid.

Rasuah oh rasuah...UMNO oh UMNO...macam sinonim saja?

Salam

HC



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com