Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


ANTARA PEMIMPIN DAN HUKUM ISLAM

Dipetik daripada :
Forum Gerak Reformasi

Kalau dalam keadaan sekarang ini, di mana negara ini bukan negara Islam dari segi hukum-hakamnya, tidak ada beza banyak samada pemimpin itu Islam atau tidak.

Kalau dia Muslim, dia masih memerintah atas dasar sekuler yang ada, begitu juga kalau dia bukan Muslim.

Tetapi apabila negara diperintah dengan hukum Islam, maka wajib pemimpin itu seorang Muslim, bahkan yang dimaklumi akan ilmu dan taqwanya.

Alasannya?

1. Ilmu - Seorang yang tidak tahu secara detail tentang komunisme mustahil boleh memerintah menurut sistem komunis -simple logic. Begitu juga, sistem Islam.

2. Taqwa - Seorang yang tidak begitu patuh dan taat kepada fahaman komunis mustahil boleh dipercayai untuk memerintah atas dasar itu. Begitu juga, seorang Muslim yang diragui ketaatannya dalam ajaran Islam tidak boleh memerintah atas dasar Islam.

Sebab itulah disyaratkan Muslim dan taqwa, among others.

Tetapi dalam keadaan hari ini, sesiapa pun yang memerintah tidak akan membawa perbezaan yang banyak.

Kalau dia kafir, masjid akan terus diperbanyakkan seperti di Thailand. Begitu juga perkara lain seperti universiti Islam dll. Bahkan kemungkinan untuk lebih mengambil hati umat Islam, projek-projek Islam mungkin turut ditambah berbanding sebelumnya. Tetapi tidak sekali-kali sistem Islam akan diwujudkan.

Kalau UMNO perintah, dia takkan buat Islam kerana;

1. Kurang iman walaupun banyak ilmu.

2. Banyak kepentingan duniawi, kerana terikat dengan bukan Islam dari sudut rasuah dan hutang dalam pilihanraya dll.

Kalau kafir memerintah, dia takkan buat Islam kerana;

1. Memang takda iman langsung, apatah lagi ilmu.

2. Kepentingan duniawi mungkin kurang kerana ekonomi dia pegang.

Kesimpulannya, aku tak kisah siapa pun yang memerintah dalam keadaan sekarang ini. Kafir atau munafik sama saja akibatnya. It's not a very big issue to deal with unless you are a racist.

Salam

HC


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com