Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


TAKBIR! Demo Royalti Aman Dan Berjaya!

Kira-kira 4000-5000 penyokong kebenaran dan keadilan berkumpul hari ini di depan Kementerian Kewangan Jalan Duta di tengah panas terik dan dikerumuni truk water canon, FRU dan Polis.

Acara berjalan hampir dua jam sehingga pukul 11.30 pagi tadi. Laungan REFORMASI dan lagu-lagu semangat seta selawat telah berkumandang.

Polis dan FRU nampaknya kecut perut untuk melakukan apa yang telah mereka lakukan tempoh hari di Jalan Kebun. Masing-masing mungkin takut didakwa dan diambil tindakan oleh para peguam BA.

Memorandum Membantah Rampasan Royalti oleh kerajaan pusat telah berjaya disampaikan pagi ini, walaupun si Daim pengecut itu tidak hadir di pejabat Kementerian Kewangan.

YB Mat Sabu nampak dikawal begitu ketat sebentar tadi oleh para petugas dan bodyguard PAS. Laungan Hidup Mat Sabu! juga berkumamdang sama. Sdr Saari Sungib, Ustaz Ahmad Awang, Ir Khalid Samad, Dr Hatta semua hadir untuk memberikan ucapan.

Insyallah, pihak BA akan terus mengadakan demonstrasi dan perhimpunan yang serupa selepas ini seandainya memorandum rakyat tersebut tidak dihiraukan oleh kerajaan zalim ini!

HC


Petikan FGR


        
Ke atas    Tarikh Artikal : 25 November 2000

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com