Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


SPR memang ALAT BN

Ini diakui sendiri oleh seorang yang berjawatan penting dalam akhbar (arwah) EKSKLUSIF. Beliau yang sudah separuh abad umurnya itu memang gemar bersembang politik. Memang x-hardcore UMNO sebelum ini pun.

Beliau sendiri mengakui di hadapan kami ketika kami bersembang dengan beliau di dalam satu majlis barbeque, bahawa beliau pernah terlibat sama di dalam menentukan persempadanan kawasan pilihanraya yang sengaja dibuat untuk memenangkan BN dahulu.

Ketika itu di zaman 70-an, UMNO/BN menghadapi cabaran pengundi berbangsa Cina. Oleh itu, untuk memenangkan UMNO, mereka perlulah dibahagi-bahagikan sedemikian rupa supaya undi Cina tidak dapat mengatasi Melayu di kawasan-kawasan tertentu.

SPR memang MASIH terlibat sepenuhnya untuk memenangkan BN sehingga hari ini. Cuma hari ini, musuh mereka tidak lagi pengundi Cina tetapi pembangkang yang pelbagai bangsa yang boleh mengugut hegemoni BN. Tidak timbul lagi isu keutamaan bangsa seperti dahulu.

Ambo cukup berbangga dengan petugas BA yang telah berjaya menghalang pengundi hantu yang turut mendapat dokongan SPR di Lunas tempohari. Tetapi kemungkinan besar usaha yang sama tidak dapat dilakukan oleh BA pada pilihanraya umum 2004 nanti. Ini kerana mobilisasi tenaga yang sangat besar diperlukan untuk merangkumi satu kawasan yang sangat luas iaitu seluruh negara, berbanding dengan sesebuah pilihanraya kecil yang tidak sukar untuk mengumpulkan tenaga petugas BA dari seluruh negara.

Oleh itu, ambo tidak nampak peluang yang besar untuk BA berkuasa penuh pada 2004 nanti sehinggalah satu usaha serius dilakukan bagi memulihkan institusi SPR ini.

Polis juga satu masalah besar bagi BA. Ini kerana polis di Lunas itu tidak sebagaimana polis di daerah lain yang kemungkinan lebih terikat kepada kehendak BN. Dikhabarkan kepada ambo oleh seorang rakan di Lunas bahawa polis di Lunas itu ramai yang berasal dari Utara juga. Ramai juga polis itu yang mempunyai saudara-mara di Lunas itu sendiri.

Kalaulah polis di Lunas itu seperti polis di KL atau kebanyakan polis di pantai barat, kemungkinan besar pengundi hantu di Lunas itu akan dibiarkan memasuki pusat mengundi dan dibenarkan mengundi, serta FRU akan ditugaskan untuk menghalang petugas BA daripada menghalau pengundi hantu tersebut. Kemungkinan petugas BA dalam PILIHANRAYA UMUM nanti tidak seramai di kawasan mengundi untuk menghalang kehendak polis dan FRU.

Kesimpulannya, BA mempunyai harapan cerah selepas ini untuk memenangi sebarang pilhanraya kecil di Semenanjung Malaysia, lebih-lebih lagi dengan mood pengundi Cina sekarang, tetapi harapan untuk menang besar pada pilihanraya umum untuk dapat berkuasa amat diragui.

Oleh itu, satu tuntutan yang besar dan serius di pihak BA untuk mereformasikan SPR amatlah diperlukan, kalau pun tidak pasukan polis (kerana ini lebih lagi sukar dilakukan tanpa kuasa).

HC


Petikan FGR


        
Ke atas    Tarikh Artikal : 2 Disember 2000

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com