Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Cuba memahami PAS

Assalamu'alaikum.

Dah lama tak nulis dengan tenang, akhirnya dapat juga chan malam ni. Maklumlah, lately terlalu banyak benda nak di attendkan, sampai dah tak reti nak nulis lagi. Dah hampir hilang konfident jugaklah. Oh ya, pagi hari Rabu ni ada occasion penting di mahkamah syariah seremban...hehe. Sorang lagi YB ameno nak kiot kot? Orang kesayangan Mat Isa lak tu!

Ambo rasa semua orang dah ulas panjang lebar mengenai isu perbincangan ameno-PAS yang 'entah jadi entah tidak' diadakan itu. Ambo cuma nak ulas sikit jah.

Bagi ambo, ahli dan penyokong PAS tiada masalah besar dalam hal ini. Kebanyakan orang lama dalam PAS memang very committed dengan parti dan dasar parti. Kalau ada pun yang gabra sikit, cuma yang baru saja, itu pun tak ramai. Bukan nak downgrade members baru, tapi itulah hakikatnya.

Kebanyakannya sudah melalui proses tarbiyah yang lama dan memang wujud taat setia bersyarat yang tidak berbelah bagi, iaitu selagi pimpinan parti tidak go against al-Quran dan Sunnah, Ijmak dan Qias.

Bagi ahli dan penyokong keADILan pula, tidak perlulah menganggap perkara ini sampai boleh menjejaskan perpaduan dalam BA. Tak perlulah sampai menyebut tentang faktor kemenangan PAS yang besar dalam pilihanraya dan sebagainya. Semua orang ada saham, termasuklah pendemo yang ditangkap dalam demo tu. Sebanyak mana anggota keADILan di dalamnya, sebanyak itulah juga anggota PAS yang turut kena.

Ambo memang turut serta di hampir setiap demo sejak kes DSAI dulu. Bukan nak bangga, tapi ambo tak rasa langsung bahawa tindakan pimpinan PAS untuk menyahut seruan perbincangan dengan ameno itu boleh menyebabkan ambo merasa pimpinan PAS tidak mengenang pahit getir yang pernah ambo lalui dalam demos' dulu (tak pahit mana pun sebenarnya, seronok lagi ada!).

Ambo mengambil sikap terbuka dengan keputusan PAS untuk berbincang itu, walaupun pimpinan keADILan tidak mahu ikut serta. Macam Wak Amin cakap, tak perlu ramai-ramai pergi bincang (runding), ambo pun rasa buat menyemak saja kalau semua pergi sana.

PAS tahu sangat ameno tak ikhlas, bila tersepit baru nak bincang. Ini memang kes bincang dengan orang kalah. ITU PUN KALAU JADI BINCANG. Sebab ambo pun rasa akhirnya tak jadi bincang jugak. Kemungkinan tak jadi ini pun ambo rasa dah masuk dalam perkiraan PAS. Kemungkinan media mainkan isu ini pun sure dah masuk jugak. Takkan mereka se-naive itu kot macam yang ramai fikirkan.

Kemungkinan PAS juga telah memikirkan kredibiliti media perdana dah jatuh teruk. So apa yang dia cakap, rakyat dah tolak tepi, kalau mereka bacalah. So impact permainan media itu tak lah seteruk yang dibayangkan oleh setengah netters di sini. Lagi pun internet kan dah ada? So, media-wise, suasana sudah tidak serupa dulu lagi.

Apabila PAS nyatakan syarat perbincangan mesti merangkumi kepentingan semua kaum, ambo juga tidak menolak kemungkinan PAS mengambil langkah ini untuk mendapat sedikit mileage dari kaum bukan Melayu yang memang PAS sedia lacking. KeADILan mungkin tidak se-lacking PAS dari segi ini. So, apa salahnya bagi chan kat PAS kutip point sikit dari kaum bukan Melayu dari isu ini. Steady la, bang.

Lagi satu, PAS mungkin berharap dapat membawa satu imej yang 'mudah berbincang' dengan semua pihak. Oleh kerana ameno dah tunjukkan true colors-nya dengan Cina melalui Suqiu, Cina sudah rasa bahawa ameno bukan tempat untuk berbincang, apatah lagi untuk mengadu. So, PAS pun datang dan membawa harapan baru untuk kaum Cina dan lain-lain kaum. Siapa ada masalah meh sini bincang, gitu. Bagus juga kalau PAS dapat bincang dengan Cina pula lepas ini, kan?

Kalau PAS dapat buat yang last ni, maka jadilah PAS bagai "ummatan wasata" atau umat yang menjadi perantara, atau hakam. Bukankah itu satu sifat seorang pemimpin sebenar? Yang sanggup mendengar keluhan rakyat tidak kira dari mana pun datang? Dan menjadi pendamai di antara puak-puak yang bertelagah?

Kalau kita nak samakan perjanjian dan peperangan Nabi SAW pada zaman Baginda dengan isu sekarang ni, ambo rasa tak melekatlah. Firstly, orang ameno tu pada ambo masih Islam pada zahirnya dan ambo tak mau lak nak judge bathinnya. Mereka tu walaupun Islam, tapi berada pada jurang kebinasaan macam orang yang nak jatuh gaung yang dalam. So PAS kenalah selamatkan mereka itu, sesuai dengan prinsip Islamnya. Seperti juga Nabi Nuh as yang nak selamatkan anaknya naik atas kapal, walaupun anaknya tu kafir dan sombong lak tu.

Masalahnya apa kaitannya dengan proposed discussion dengan ameno ni?

Kalau discussion ni menjadi, for sure PAS akan suruh ameno kembali kepada Islam, atau at least selitkan mesej tersebut. Memang ameno tak terima punya kan? Tapi itu bukan kerja kita nak judge jugak. Kalau tak semua pun, at least ada sekor dua pun jadilah. Islam ini, bang, bila dah kuat, musuh pandang pun gerun dan respek sket. Macam Muawiyah masuk Islam dulu lah. Dia masuk Islam ketika pembukaan Mekah, kalau tak silap. Masa tu, Islam dah power. Tapi Islam tak tindas dia pun. Itu yang buat dia syahdu tu. Akhirnya mengucap gak.

So PAS sedar kekuatannya sekarang, of course lah berkat bantuan rakan-rakan BA yang lain. Mungkin PAS juga nak tunjuk power tapi bukan macam ameno tunjuk power dia. PAS tunjuk power secara tawadhuk, memaafkan musuh dan seumpamanya.

OK, secondly faktor media main peranan penting dalam perang ameno dengan musuhnya. Sikap terlau bergantung dengan pembohongan media tanpa ground work yang bersungguh-sungguh telah memakan dirinya sendiri. Sebab once bila rakyat tolak media, payah dah. Kalau dulu ameno ada 4 kaki boleh jalan dengan 4-Mnya sekarang tinggal dua, macam orang lain gak. Mahathir dan Media sudah jatuh. Tinggal Money dan Machinery (polis) saja lagi.

Ambo rasa apa yang cuba diusahakan oleh PAS sekarang ini adalah bukannya perang saikologi, tetapi perang kesyahduan. Ini yang ameno tak boleh buat. Sebab Islam saja yang boleh melancarkan perang kesyahduan ini, dan ameno memang zero dari segi ini. Kalau ada orang tanya apa dia perang kesyahduan ini, ambo pun susah nak explain. Rasa sendirilah.

Kenapa tak bincang dengan KeADILan dulu atau parti BA yang lain sebelum terima seruan ameno tu? Sebab diaorang tak faham Islam? Silap tu, bang. Diaorang faham Islam dan mungkin lebih bagus dari orang PAS sendiri. Tetapi ini bab strategi, mungkin ada susah sket nak explain. Mungkin tidak keterlaluan kalau dikatakan bahawa PAS ada matlamat sampingan/tambahan yang perlu dicapai di samping matlamat bersama dalam BA.

Pimpinan ulamak dalam PAS dah fikir bagus punya sebelum ambil langkah kontroversial ni. Mereka rindu dan kasihkan saudara mereka dalam ameno tu. Mereka menganggap orang ameno tu masih ada harapan lagi untuk diajak kepada Islam. Itulah agaknya beza reformasi di Indonesia misalnya dengan reformasi di Malaysia yang diterajui oleh parti Islam ini. Di sana pakat nak jatuhkan Soeharto semata, tapi di sini di samping itu, mereka nak Islamkan ameno dari luar, mana yang terlaratlah.

Kesimpulannya, walaupun ambo pun rasa macam tak setuju jugak, tapi in present situation di mana PAS sudah tidak defensive macam dulu dan ameno dah tak semakin relevan lagi, I'll go for it. Ambo prefer that we have our own acuan of reformasi. Insyallah, Allah bersama PAS dan BA. Islam pasti menang.

Allahu Akbar!!!

HC

........................................
Petikan FGR


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 16 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com