Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Penulis Cyber - Jangan terlalu "sandiwara-minded"

Assalamu'alaikum.

Kerap kita menghadapi sesuatu isu hangat, keputusan yang anti-climax dan sebagainya yang menggambarkan seolah-olahnya ameno semakin tenat dengan masalah korupsi. Tetapi oleh kerana kita terlalu dirasuk dengan kehebatan madey men'stage'kan sandwira seperti kes maunah dan sebagainya, dengan mudah kita membuat anggapan bahawa ia bukan satu lagi isu kebangkrutan ameno sebaliknya ia cuma satu lagi sandiwara ciptaan madey untuk sesuatu objektif yang ingin dicapainya.

Kesan pemikiran begini ada side-effectnya, pada ambo.

Memang tidak dinafikan madey bijak mencipta sandiwara, tetapi dia tidaklah sebijak itu untuk mencipta sekian banyak sandiwara. Bila berlaku perhimpunan veteran ameno di PWTC untuk menghentam madey, ada pihak mengatakan ia satu sandiwara ciptaan madey juga. Bila raja-raja tak bertelor memutuskan Islam boleh digunakan untuk nama pertubuhan, ada pihak kata ia juga satu sandiwara ciptaan madey juga. Bila Dzaidin dilantik menjadi Ketua Hakim Negara, ada pihak kata ia juga satu sandiwara madey.

Seorang peguam yang ambo kenali sebagai peguam yang mengendalikan kes janda YB Senaling di N. Sembilan itu pernah bercerita kepada ambo beberapa minggu lalu. Katanya, pihak BA telah mengedarkan banyak risalah kepada masyarakat kampung di sana bertujuan untuk menggambarkan betapa tidak bertanggungjawabnya wakil rakyat mereka itu - kalau rumahtangga sendiri tak boleh jaga, macamana nak jaga rakyat sebuah kawasan - begitulah motif mereka ini. Takpalah, bagi ambo, perkara ini melibatkan seorang pemimpin besar, eloklah diketahui umum.

Tetapi wujud pula sebahagian pihak BA lagi yang begitu advanced pemikirannya yang sehingga bertanya kepada peguam tersebut samada kes YB itu satu kes yang genuine atau ia cuma satu sandiwara Mat Isa sahaja menjelang pemilihan ameno cawangan dan bahagian sekarang?

Wujudnya pemikiran yang "sandiwara-centric" ini memang tidak boleh dielakkan khususnya pada zaman madey sekarang. Tetapi dengan menganggap semua yang berlaku yang membawa disadvantage kepada ameno sebagai sandiwara belaka juga tidak sepatutnya berlaku. Ada yang genuine dan ada yang sandiwara. Di sinilah letaknya kematangan dan kewarasan kita untuk menilai dan distinguish di antara keduanya.

Dengan meletakkan segala yang membawa akibat buruk kepada ameno itu sebagai satu sandiwara (contoh terbaru, isu kemahuan ADUN ameno meletak jawatan di Beserah, juga sebagai sandiwara) boleh membawa satu akibat buruk kepada penyokong BA dan masyarakat awam yang masih baru dalam mengenali politik.

Akibat buruk yang ambo maksudkan di sini ialah gambaran golongan tersebut seolah-olah "everything is under madey's control", bahawa madey masih kuat, bahawa itu cuma langkah "damage-control" madey semata. Kesimpulannya, we are at lost to do anything.

Tidak dinafikan juga kemungkinan bahawa tindakan menyendiwarakan isu yang belum tentu sebagai sebuah sandiwara itu datangnya dari golongan pemikir dan pakar perang saraf madey jua bagi tujuan yang disebut di atas. Oleh kerana itulah pendokong reformasi dan BA tidak boleh terlalu "sandiwara-centric" atau memikirkan bahawa segala yang berlaku itu adalah sandiwara ciptaan madey dan kroninya.

Ada perkara yang madey boleh control dan ada perkara yang dia tak boleh control. Untuk mengetahui "which is which" dan merangka suatu strategi "serangan maklumat" daripada keputusan tersebut tidak juga mudah. Dan sebagai anggota perang saraf tidak rasmi dalam BA yang bergerak di alam cyber, kematangan menilai sesuatu isu itu memang perlu. Kematangan seperti inilah yang perlu kita semua asah supaya akhirnya penulisan yang berjaya, samada berupa pro-sandiwara based atau sebaliknya, adalah yang paling meyakinkan.

Perang maklumat sedang dalam era kebangkitan kini. Siapa yang paling banyak maklumat dan paling matang menilainyalah yang akan berjaya. Jangan sekali-kali under-estimate kehebatan pakar saraf ameno yang berada dalam selimut BA!

Semuga Berjaya!

Salam,

HC


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 31 Mac 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.bizaddress.net/ dan Email : dppkd@hotmail.com