Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Demo yang aman

Ambo rasa ramai yang merasa boring hari ini kerana tiada tindakan ganas dari polis di pejabat Suhakam pagi tadi. Ambo yang mula sampai pukul 9.00am tadi agak kecewa kerana turn-out tidak sebagaimana yang dijangka.

Memula ambo join sekali dengan the main group yang mampir ke pintu Suhakam. Lepas tu dah mula rimas. Entahlah...kali ini rasa macam anti-climax pulak. Mungkin sebab ambo menjangkakan satu situasi yang paling ganas dalam sejarah reformasi akan berlaku pagi tadi tetapi tidak berlaku.

Kemudian ambo pun naik ke pintu masuk Bank Islam dan tengok dari atas bersama si Putera Jihad. Tunggu punya tunggu, tak jadi apa jugak. Finally ambo ajak dia masuk kereta dan pasang air-cond. Bukan sebab takut pada ujian, tapi memang takda ujian apa pun untuk dihadapi. Boring.

(Seorang bekas komando lalu dan beliau perasankan ambo dalam kereta. Dia ni kawan baik kepada Pak Long bekas komando yang muka dia wanted dalam paper dulu tu. Dia cakap Pak Long tu double agent sebab pernah dia tengok Pak Long makan sekali dengan polis di IPK. Entahlah...mungkin betul gak.)

Mungkin polis tak ambil tindakan sebab pendemo cuma berdemo di bahagian bawah bangunan tersebut dan bukan di tepi jalan besar yang ada audience ramai. Atau mungkin satu helah madey untuk menjustifikasikan tindakan ISA dia => suasana akan menjadi aman sekiranya beberapa pemimpin tertinggi reformasi ditangkap bawah ISA. Cheap trick, madey.

Kita bukan mengharapkan polis untuk ambil tindakan, dan kita juga bukan mencita-citakan demikian. Kalau mereka beri kerjasama, memanglah lebih baik daripada menghentam kita.

"Jangan kamu bercita-citakan pertemuan dengan musuh, tetapi jikalau kamu bertemu dengan mereka, maka tetapkanlah (hati kamu)". mafhum al-ayat.

Kesimpulannya, ambo tak rasa madey nak mengubah style keganasan polis untuk lebih berlembut dengan reformis. Ambo rasa mereka akan menjadi lebih ganas selepas daripada ini. Kalau tidak, mereka tak belilah water canon harga berjuta tu. Pagi tadi cuma satu exception saja.

BSKL yang menjunam mungkin berperanan memaksa madey untuk berlembut. Kalau itulah sebab utamanya, demo mesti digiatkan ketika BSKL sakit tenat ini. DPS atau apa saja mesti diperbanyakkan.

Salam,

HC

............................................
Petikan FGR


        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 15 April 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com