Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Syabas Mahathir! Jalur Gemilang sinonim dengan kamu!

Oleh kerana Madey sudah berjaya mensinonimkan bendera Malaysia dengan diri dan peribadi beliau, secara tidak langsung segala perlakuan zalim terhadap rakyat dan agama Islam tergambar pada jalur tersebut. Tambahan pula jalur itu tidaklah gemilang sangat sekarang ini kerana suasana politik dan ekonomi yang suram dalam negara.

Maka banyaklah usaha dijalankan oleh kerajaan untuk memujuk rakyat memasang "jalur gemilang" @ "wajah madey yang berjalur" itu pada kenderaan masing-masing. Antaranya rakyat diberi jalur itu secara percuma oleh pelbagai jabatan dan badan berkanun termasuklah oleh stesen minyak.

Kalau dibandingkan tahun 1997 dan sebelumnya, tak payah badan-badan tersebut nak beri percuma dan tiada juga kerajaan perlu memperuntukkan sejumlah wang untuk tujuan tersebut kerana rakyat akan beli secara sukarela samada dipremis tertentu atau di tepi jalan sahaja. Ambo yang ketika itu baru setahun dua pulang dari luar negara pun begitu takjub dengan semangat rakyat Malaysia yang begitu patriotik sekali ketika itu.

Tetapi dengan kuasa Allah jua, setahun sahaja selepas itu, keadaan boleh berubah sekelip mata. Sehingga ke hari ini, suasana pada 1997 itu rasanya tidak akan kembali lagi seperti demikian. Bayangkan kalau rakyat dibiarkan sendiri untuk membeli dan memasangnya (bukan budak stesen minyak yang pasangkan), agaknya kenderaan milik ahli UMNO sahaja yang terkibar jalur tersebut, itu pun setelah diberi notis kot?

By the way, apa jadahnya maka bendera Malaysia itu ditukar namanya kepada jalur gemilang pulak? Ada sesiapa yang tahu? Apakah apabila keadaan dalam negara tidak gemilang pun ia akan dinamakan jalur gemilang juga, seperti sekarang ini? Polis mesra, walaupun hakikatnya ganas dan jalur/bendera pulak gemilang, sedangkan keadaan politik penuh dengan tregadi pelanggaran hak asasi manusia, ekonomi hancus.

Jadi ringkasnya jalur itu akan terus digelar gemilang walaupun keadaan negara tidak gemilang supaya rakyat boleh dibuaikan dengan rasa syok sendiri dan rasa patriotik yang kosong dan tepu, betul tak? Untuk menambahkan kebohongan tersebut, digalakkan pula pasang benda itu atas kenderaan, lagi besar saiznya lagilah banyak pahala sunatnya, kan?

Sebenarnya kerajaan tidak perlu meningkatkan kesedaran rakyat untuk memasangnya, sebab kalau rakyat sudah sedia memiliki kesediaan jiwa untuk melakukannya, mereka akan melakukannya secara sendiri dengan duit sendiri lagi. Inilah satu keadaan pathetic yang dapat kita lihat sekarang. Agaknya mungkin selepas tahun ini, setelah tiada sambutan sukarela dari rakyat, satu peraturan akan dikeluarkan supaya rakyat wajib memasangnya. Apa macam?

Kalau dulu, kita tuduh orang Cina kurang patriotik sebab kurang sangat kenderaan mereka yang pasang jalur itu, tetapi sekarang orang Melayu pun sudah kurang patriotik. Betulkah begitu? Ataukah jalur itu bukan lagi satu lambang patriotisme sebagaimana sepatutnya?

Apa sudah jadi kepada bendera Malaysia? Ops..jalur gemilang?

Salam,

HC

..............................................................
Petikan Forum Gerak Reformasi






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 20 Ogos 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com