Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Beranikah Mahathir haramkan PAS?

Bismillah.

Ambo nampak secara peribadi, agak sukar untuk Mahathir mengharamkan PAS dalam keadaan dan mood seperti sekarang. Mari kita lihat senario sekarang.

Kalau PAS diharamkan seperti mana skrip konspirator UMNO dan menurut kaedah dan rentetan peristiwa sebelumnya di mana akhirnya PAS akan diharamkan secara politik dan kemudian dengan kaedah militan kerajaan, kesan negatifnya mungkin terlalu fatal untuk negara dan seterusnya kuasa UMNO itu sendiri.

Bagi PAS sendiri, kesan daripada pengharamannya mungkin akan menjadikan parti itu terpecah dari sudut perbezaan pendapat. Ada yang menyokong kaedah berkonfrontasi secara militan dan ada yang masih terus mahu berdiplomasi, walaupun kemungkinan besar PAS tidak akan dibenarkan masuk pilihanraya lagi selepas itu atau selagi UMNO berkuasa.

Ketika itu, seperti kata YB Mat Sabu dalam isu pengharaman nama Islam PAS dahulu, "kita pemimpin mungkin tidak dapat mengawal lagi penyokong dan ahli daripada bertindak menurut kemahuan mereka". Silap-silap haribulan, pemimpin yang ada akan diturunkan untuk digantikan dengan seorang yang mempunyai ciri dan citarasa militan tulin.

Kalau ini terjadi, barulah bertemu buku dengan ruas iaitu bertemulah satu pasukan militan polis dengan pasukan militan yang lain yang tidak akan memalingkan lagi pipi kirinya untuk ditampar setelah yang kanan ditampar.

Potensi wujudnya satu kem militan dalam mana-mana jamaah Islam di dunia tidaklah menghairankan. Ia akan terjadi setelah peluang dan ruang untuk berdemokrasi ditutup akhirnya dengan pengharaman parti tersebut dari proses pilihanraya. Perbezaan pendapat di kalangan kepimpinan parti itu akan bertambah jurangnya, apatah lagi di kalangan ahli dan penyokong biasa.

Rasa tidak puasahati pun boleh wujud di dalam kem Saidina Ali dalam peristiwa Karbala sehingga wujud tiga kem yang besar selepas itu, apatah lagi dalam sebuah parti yang bukan dipimpin oleh Sahabat Besar seperti S. Ali.

Rasa tidak puashati ini pada mulanya akan memanifestasikan dirinya dalam bentuk tentangan kecil-kecilan sebelum ianya menjadi satu gerakan yang kuat dan tersusun, sebagaimana yang diidam-idamkan oleh Mahathir dengan sandiwara KMMnya, cuma kali ini ianya bakal menjadi satu realiti dan mimpi ngeri buat beliau.

Penindasan kerajaan akan bertambah kuat tetapi semakin ditindas, kumpulan ini menjadi semakin kuat. Dan akhirnya pasukan tentera akan dipanggil untuk menyelamatkan keadaan yang tidak dapat dikawal lagi oleh pasukan polis, walaupun pada mulanya pasukan polis inilah yang menjadi dalang yang memulakan segalanya.

Di sinilah masalah besar Mahathir, iaitu anggota tentera mungkin sudah ramai yang berpihak kepada PAS dan BA secara senyap-senyap. Lihat saja bagaimana keputusan pilihanraya di Lumut dahulu yang majoritinya dimenangi dengan undi tentera sehingga mencecah puluhan ribu tiba-tiba boleh turun sehingga satu ribu lebih sahaja pada 1999.

Kejadian kecil bagaimana ahli keluarga tentera yang menyokong perarakan kereta untuk ke Sungai Buluh dan turut sama memberikan sokongan moral dan berentap mulut dengan polis dan SB turut menjadi indikasi kepada hakikat ini. Kalau sahaja mereka dibenarkan keluar daripada pagar kem untuk menyerbu polis-polis itu, entah apa yang mungkin terjadi pada hari tersebut.

Berdasarkan kepada sokongan anggota tentera kepada BA sejak beberapa tahun kebelakangan ini, mungkin sukar untuk Mahathir melepaskan mereka untuk berhadapan dengan pasukan PAS yang sudah menjadi militan itu dan mungkin sudah bertukar kepimpinannya pula ketika itu. Namanya pun mungkin sudah menjadi KMMPAS (sebut: KEMPAS).

Kalau dilepaskan anggota tentera ini, kemungkinan mangsa yang akan dicari oleh mereka bukannya pasukan KMMPAS itu, tetapi anggota polis dan SB yang selama ini begitu kurang ajar kepada rakyat. Habislah pasukan polis nanti akan dikerjakan secukupnya oleh anggota tentera yang berjiwa rakyat itu.

Mahathir mungkin boleh membeli dan melembikkan sesetengah kepimpinan ATM yang di atas sana sebagaimana polis, tetapi sangat mustahil untuk melakukan yang serupa dengan anggota kelas menengah bawah dan bahawan yang ramai itu. Inilah golongan yang akan turun padang sebenarnya sebagaimana mereka turun padang pada hari perarakan kereta di Sungai Buluh tempohari, walaupun tanpa dirancang. YA! SEMUANYA AKAN BERLAKU TANPA DIRANCANG! Pada hakikatnya, ia berlaku menurut perancangan Allah SWT.

Apakah mungkin Mahathir mahu mengharamkan PAS seharam-haramnya kalau tidak kerana anggota ATM yang menyokong BA itu? Mungkin juga sejak akhir-akhir ini kerajan mula memberikan berbagai-bagai insentif kepada anggota ATM untuk tujuan konspirasi meganya ke atas PAS itu? Entah dari mana mahu dikoreknya lagi wang untuk membeli ATM itu?

Tetapi ambo rasa sudah terlambat untuk Mahathir melakukannya kerana pasukan ATM tidak sekorup pasukan polis yang saban hari melakukan kerja korupsi di kalangan rakyat marhaen. Mahathir perlu mengkorupkan dahulu anggota ATM dari bawah sehingga atas selain dari memberikan insentif kepada mereka.

Pasukan pegawai KAGAT atau Kor Agama Angatan Tentera yang pro-PAS (kerana ramai daripada mereka merupakan graduan fakulti agama baik dari universiti tempatan mahupun Timur Tengah yang diketahui umum 99% adalah kader-kader PAS) juga perlu dilumpuh dan ditiadakan kerana mereka inilah yang selama ini menjadi pakar rujuk untuk anggota tentera kepada apa jua isu agama yang disandiwarakan oleh kerajaan. KAGAT perlu ditiadakan sebagaimana tiadanya pasukan seperti ini dalam pasukan polis.

Jadi kesimpulannya, masih banyak yang perlu dilakukan oleh Mahathir sebelum beliau mahu mengharamkan PAS. PAS akan hidup lebih lama lagi selagi ATM berpihak kepadanya. Tetapi seandainya ATM boleh dibeli dan berkuasa penuh sebagaimana ATM di Turki, Mahathir bolehlah berpeluk tubuh. Tapi kemungkinan besar juga beliau sudah tiada lagi di dunia ini.

Salam,

HC

................................................
Petikan Forum Gerak Reformasi






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 28 Ogos 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com