Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Petang tadi di sebuah kedai fotostate...

Sedang ambo berurusan di situ seperti biasa memfotostate dokumen klien, tiba-tiba masuk seorang pemuda mengambil pakaiannya dari kedai itu kerana kedai itu juga sebuah kedai dobi.

Beliau memandang kepada saya, bagi salam dan terus menceritakan sesuatu mengenai tindakan polis menangkap lebih 100 orang BA di Johor beberapa hari lepas, dan dengan begitu bersemangat sekali.

Lagaknya yang seperti sudah kenal lama dengan ambo memang menyeronokkan. Sebenarnya memang sudah beberapa kali ambo didatangi sedemikian rupa oleh orang yang tidak pernah dikenali langsung. Tapi puncanya pun tidak menghairankan kerana di kenderaan ambo ada dua sticker PAS bersinar dan Keadilan dan satu sticker SAY NO TO ISA.

Ambo kata padanya bahawa ambo pun ada terbaca dalam internet lebihkurang 80 orang ditangkap malam itu tapi beliau tetap kata lebih dari 100 orang. Sebenarnya ambo pun kurang ingat jumlahnya. Fakta ini ditegaskan lagi oleh pengakuannya bahawa beliau sendiri menghadiri program ceramah tersebut pada malam itu. Beliau turut memberitahu bahawa orang kampung di daerah tersebut turut bergasak dengan polis.

Itu sahaja. Beliau datang dan beritahu ambo tentang penangkapan dan jumlah orang yang ditangkap menurut kesaksiannya sendiri tanpa diminta berbuat demikian langsung. Ambo sendiri sempat berkata dua tiga patah perkataan sahaja. Lepas itu beliau terus berlalu dengan Wira dan pakaiannya.

Ada dua mesej di sini. Pertama, ikatan ukhuwwah yang didasarkan atas perjuangan yang sama boleh menghasilkan satu kesatuan minda. Dari situ boleh terbentuk satu force yang hebat. Tapi ambo yakin bukan ambo seorang saja yang pernah mengalami kejadian seperti ini, kan?

Kedua, kejadian di Johor itu membuat ambo merenung apa sudah jadi kepada orang Melayu Johor sekarang ini? Sudah berubah angin kah sehingga sedemikian rupa? Kalau kejadian seperti penduduk kampung mengamuk dengan polis ini biasanya kita dengar di Kedahlah kan, tapi kali ini di Johor Darul UMNO Wal Berkarat Biru Tua.

Bagi seorang yang sudah hampir 15 tahun rapat dengan PAS dan pendokongnya khususnya dari Dewan Ulamak dan Pemuda termasuk dengan beberapa anggota "KMM" dan yang dituduh Al-Maunah (adakah pendedahan ini boleh menyebabkan ambo diKMMkan? Ya, silakan! Sudah lama ambo ditakutkan oleh diri sendiri sebenarnya.), walaupun tidaklah seaktif mana, ana memang fenin memikirkan fenomena terbaru ini. Sebabnya pada ketika itu, jangankan kita terfikir orang Johor akan sokong PAS kecuali Dr Daeng Sanusi Mariok saja kot, depa nak dengar nama PAS itu saja pun sudah nak termuntah.

Tapi kini, masyallah, dunia sudah terbalik 180 darjah lah, ya sheikh! Orang Melayu dengar nama UMNO pulak dah nak termuntah. Kami sebenarnya pada ketika itu tidaklah kisahkan sangat akan sambutan orang Melayu yang hostile kepada PAS. Mungkin sebab kami pun mungkin ketika itu seperti DAP juga, setakat nak jadi pembangkang saja di Parlimen. Dan kalau tak menang di dunia, prinsip kami jelas bahawa di akhirat insyallah kami akan menang. Sebab itulah sokongan kami kepada PAS tak pernah pudar setakat ini.

Keberanian orang Johor di dalam beberapa kejadian sejak akhir ini semakin menguatkan pegangan ambo bahawa Islam akan kembali kuat dan akan berkuasa, tidak kira atas nama PAS atau apa-apa jamaah sekalipun. PAS akan jatuh juga satu hari nanti jikalau ianya juga berkorupsi, tapi Islam itu ada penjaganya, seperti Kaabah itu juga ada penjaganya. Itulah yang dikatakan oleh Abdul Muttalib ketika Abrahah mahu menghancurkan Kaabah dahulu lalu turun surah Al-Fiil.

Mereka mahu berperang dengan Allah kah? Dengan Islam kah? Dengan Rasul kah? Sudah gila kah? Maka sedikit demi sedikit kekuasaan mereka dicabut Allah. Dan akhirnya kubu terkuat UMNO iaitu Johor kini di ambang bahaya. Kalau Johor pun sudah nak nazak, umpama Granada lah ia ketika Sepanyol mahu ditewaskan. Bila jatuh sahaja Granada, seluruh Andalusia pun habis.

Tangkaplah kami semua kalau kamu mahu. Haramkan PAS pun boleh. Kami cuma salah satu rantaian kepada kemenangan satu umat. Kami mungkin tewas kini tapi kami redha. Tapi awas, rantaian berikutnya akan datang dengan membawa ombak yang lebih ganas lagi. Kamu juga akan mati seperti kami tapi dengan membawa bekal yang tidak dapat membantu kamu di sana, iaitulah bekalan dosa menzalimi orang Islam dan orang beriman.

Setiap penyiksaan kepada orang beriman adalah pengampunan dosanya yang lalu kalau dia redha.

Teruskan kezaliman kamu!

Salam,

HC

................................................
Petikan Forum Gerak Reformasi






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 28 Ogos 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com