Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Barat gentar isu WTC akan jadi peletus Perang Salib

Itulah yang digambarkan secara bersungguh-sungguh oleh Tony Blair dan penasihat tentera Amerika. Blair dalam ucapan beremosinya laksana seorang salesman direct-selling sangat ingin supaya umat Islam jangan menyangka bahawa rancangan penyerangan Barat ke atas Taliban adalah satu isu keagamaan. 'Ini isu penghapusan keganasan dan bukan isu Barat lawan Islam', katanya dengan riak muka yang sangat serius.

Umat Islam khususnya di Pakistan kini tidak peduli lagi. Pedulikan dengan niat kamu itu, kami akan terus mempertahankan bumi ini kerana ia bumi umat Islam. Kamu masuk, kami serang, itu saja bargain yang ada.

USA dan sekutunya begitu maklum apa akan jadi jikalau rancangan ini dilihat oleh umat Islam sebagai satu lagi pengisytiharan Perang Salib. Yang jadinya ialah umat Islam akan bangkit dengan satu solidariti baru selepas era Afghan-Soviet. Seluruh jentera umat akan dimobilisasikan sekali lagi bagi menghadapi tentera kafir di bumi umat Islam.

Mereka kini sedang membilang berapa beg mayat tentera kafir dan munafikin yang akan diterbangkan pulang ke USA dan Eropah, dan mungkin Pakistan sendiri. Masing-masing begitu ghairah untuk menyertai perang baru ini, kalau ia meletus. Suasana di Pakistan kini umpama pesta perang, seperti yang tergambar dalam telivisyen.

USA sejak awal telah mengingatkan seluruh rakyatnya bahawa negara akan kehilangan darah jikalau berlaku peperangan. Cara mereka menyebutnya seperti orang berat lidah tidak boleh berkata. Inilah bangsa yang mahu hidup seribu tahun lagi. Gambaran kematian yang mengerikan sudah terbayang di mata para tentera mereka, walaupun pada zahirnya bukan main lagi menayangkan aksi patriotisme.

Ahlan Wasahlan, wahai tentera Amerika di bumi Pakistan dan Afghanistan!

Sesungguhnya angka kematian di pihak Islam tidak begitu penting bagi umat Islam. Mereka kalau boleh memang ingin supaya angka tersebut berganda-ganda banyaknya supaya bilangan para syuhada juga berganda banyaknya. Inilah beza paling ketara yang dapat dilihat di antara kedua-dua pihak ini. Yang satu cintakan dunia dan mahu hidup lebih lama, sementara yang satu lagi mengidamkan syahid pada Allah dan keampunan dosa.

Lambaian syuhada sudah hampir, KALAU BETUL USA BERTELUR UNTUK BERKAMPUNG DAN BERPERANG DI SINI!

Dari kejauhan, ambo dapat merasakan angin itu dan merindukan suasana itu. Suasana perang dan syahid. Ya, aku gila perang dan gila syahid!

HC






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 18 September 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com