Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Keciwa dengan sikap Burhanuddin Rabbani

Dipetik daripada :
Forum Gerak Reformasi

Presiden kerajaan minoriti 5% Afghanistan, Burhanuddin Rabbani, yang telah diisytihar sebagai sebuah kerajaan Pengkhianat oleh YB Ustaz Fadhil Nor sebanyak dua kali, sekali di Taman Melewar dan sekali lagi dalam interview dalam Utusan yang ambo lihat dan dengar sendiri, telah sangat-sangat mengeciwakan ambo.

Caption dalam CNN hari ini menunjukkan Rabbani bertemu dengan Putin untuk merangka satu kerjasama ke arah menjatuhkan Taliban dan menegakkan sebuah kerajaan bersama puak Afghan lain yang Taliban tidak boleh berada bersama di dalamnya. Itu kehendak Putin/ Rusia.

Rabbani telah melanggar hukum syarak dengan memohon bantuan dan bekerjasama dengan puak Kuffar untuk memerangi umat Islam. Hukum ini telah jelas dalam Al-Quran. Lagipun bukankah Rusia itu sebuah negara pengganas yang sebelum ini diiktiraf dunia melakukan keganasan di Afghanistan sendiri dan di Chechnya tetapi kini dunia telah terbalik 180 darjah hanya kerana berhadapan dengan umat Islam. Rabbani kini sudah berada dalam genggaman puak Kuffar dan akan menerima akibat kemurkaan Allah SWT.

Apa yang membuatkan ambo lebih keciwa lagi ialah kerana ambo begitu menghormati perjuangan Burhanuddin Rabbani ini di zaman 80-an dahulu sehingga ke tahap menamakan seorang anak ambo dengan nama beliau - Nurullah Rabbani. Begitulah harapan yang telah ambo letakkan kepada anak ini sempena nama ulamak dan pejuang ini tetapi...nampaknya beliau telah kehilangan kepercayaannya kepada kuasa Allah dan lebih bergantung kepada kuasa golongan kafir harbi.

Sejarah telah mengajar umat Islam yang cuba-cuba memohon bantuan kafir untuk memerangi umat Islam akhirnya akan tewas dengan keadaan yang sangat memalukan. Puak kafir itu akan akhirnya berpaling tadah dan mula memaksa kehendak mereka ke atas umat Islam yang mereka bantu itu. Siapa di antara kafir harbi itu yang mahu membantu umat Islam tanpa sebarang ganjaran balas?

Rabbani telah masuk perangkap musuh yang nyata. Apabila beliau mula berdamping dengan musuh umat Islam paling nyata dan perkakas Yahudi iaitu (kerajaan) USA, kini sebagai syarat mencapai kemenangannya, beliau telah terpaksa atau mungkin dipaksa untuk 'cut a deal' pula dengan Rusia yang hanya menunggu seperti harimau lapar mahu membaham mangsanya.

Rabbani telah semakin jauh lari dari perjuangan asalnya. Sepatutnya beliau tidak boleh meneruskan penentangannya terhadap kerajaan majoriti Taliban secara bersenjata. Sepatutnya beliau lebih baik bekerjasama dengan Taliban atau berdiam diri dalam buangan sahaja seperti Gulbuddin Hekmatyar yang kini berdomisil di Tehran setelah ditewaskan oleh Taliban. Berilah masa dan peluang kepada Taliban untuk memulihkan negara Afghanistan yang telah rosak teruk akibat peperangan.

Taliban mungkin boleh memaafkan Hekmatyar di atas tindakan beliau dahulu ke atas kerajaan Taliban termasuklah tindakan ganas tentera bekas Mujahidin yang melibatkan diri dalam pembunuhan orang awam, pemerkosaan wanita yang tidak kalah dahsyatnya dengan puak Serbia, 'kejayaan'nya menanam popi dan ganja sehingga menjadi antara dua negara pengekspot ganja terbesar di dunia dan bermacam-macam jenayah moral yang lain.

Apakah Rabbani mahu menjadi seperti Yaser Arafat yang terkenal bodoh dan pengecut di kalangan bangsa Arab itu yang hanya tahu ke hulu ke hilir memohon bantuan kafir barat untuk mewujudkan sebuah negara berdaulat? Sedangkan sebuah pertubuhan alternatif Islam lain iaitu Hamas bukan sahaja tidak kebulur dengan bantuan kafir barat, bukan sahaja Hamas setakat mahukan sebuah negara berdaulat, tetapi Hamas menyatakan dengan berani bahawa mereka tidak akan berhenti berjuang selagi KESEMUA bumi Palestin berjaya dimerdekakan, bukan hanya beberapa juzuk sahaja sebagaimana yang diperjuangkan oleh Arafat.

Memang nampak mustahil akan berlaku demikian tetap itulah keyakinan diri yang dipupuk daripada rasa aqidah yang mantap di kalangan pejuang Islam. Segala yang mustahil insyallah akan diperolehi apabila sudah cukup segala syarat-syaratnya. Mereka telah sedari awal menerima hakikat sebuah perjuangan yang sangat panjang yang harus dilalui. Tidak seperti setengah pemimpin seperti Arafat yang mahu melihat 'result' dalam waktu jangka hayat ini.

Dengan tindakan seperti Rabbani dan Arafat ini, umat Islam akan semakin menerima penghinaan demi penghinaan. Semuga menjadi satu iktibar bagi semua pejuang yang mahu berada di atas landasan Islam.

Salam,

HC






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 24 Oktober 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com