Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Jangan menyangka Taliban sudah kalah teruk

Khususnya mengenai fakta bahawa bilangan tentera NA hanya sekitar 15,000-20,000 orang sahaja, mustahil boleh maintain 90 peratus bumi Afghan. Itu belum dikira yang sudah mati dibunuh. Mungkin untuk menang perang agak mudah lebih-lebih lagi dengan bantuan aerial bombardment berbanding untuk maintain kemenangan tersebut dalam jangka panjang.

Sedangkan bilangan tentera Taliban yang dari asalnya 3 hingga 4 kali ganda dari bilangan NA masih kekal utuh dengan bilangan kematian yang mungkin serupa dengan NA. Pengunduran Taliban sebelum bulan Ramadhan secara en mass telah menyediakan bilangan tentera yang ramai untuk operasi gerila terhadap NA.

Operasi gerila ini akan ditingkatkan walau secara sedikit demi sedikit bertujuan untuk mengurangkan bilangan tentera dan kelengkapan NA. Nisbah penulis di atas bahawa 1000 orang untuk menjaga satu wilayah juga menunjukkan betapa NA kekurangan tenaga untuk maintain wilayah yang dimenanginya dari Taliban. Dengan serangan gerila ini, bilangan tersebut akan terus menurun.

Memang mustahil untuk NA menguasai wilayah yang dimenanginya kecuali dengan bantuan tentera asing. Tetapi masalahnya anggota NA sendiri bukannya jenis yang suka kepada orang asing dalam negara mereka. Mereka juga ada maruah walaupun dalam hati mereka merasa malu untuk mengakui bahawa kemenangan ini banyak berpunca daripada serangan bom menggila USA.

Tetapi negara asing sendiri pula tidak seberani itu untuk meletakkan tentera mereka di Afghan untuk jangka waktu yang panjang. British sendiri sudah mula teragak-agak untuk menghantar tentera daratnya secara tetap. Alasan rasminya ialah kerana mereka perlu mendapatkan restu NA terlebih dahulu, yang sehingga kini jelas tidak memberikan restu mereka. Tetapi mungkin juga alasan tidak rasmi mereka berkait rapat dengan kematian tentera mereka yang semakin bertambah yang tidak dilaporkan media perdana.

Sejak awal pertempuran lagi Taliban sudah mengundurkan tenteranya ke pergunungan dan memberikan laluan mudah kepada NA untuk memasuki bandar-bandar utama. Jikalau berita di atas benar, maka strategi Taliban kini ialah menyerang gerila kesemua tentera NA ini sebelum mereka sempat meng-establish-kan kekuasaan mereka di kawasan-kawasan tersebut. Kalau demikian, jelaslah bahawa NA sudah memasuki perangkap yang dipasang oleh Taliban.

Qunduz di utara pula sehingga sekarang belum dikuasai NA. Ia mungkin jatuh juga ke tangan NA akhirnya, wallahu'alam. Apakah Qunduz dijadikan umpan oleh Taliban supaya NA bersibuk-sibuk di sana sementara Taliban menyapu tentera NA di wilayah lain dan akhirnya mereka akan bertemu mata di Qunduz?

Yang jelas, perang belum tamat. Terlalu awal untuk Dr Abdullah Abdullah yang bergaya itu untuk merumuskan satu formula bagi pemerintahan pelbagai puak. Taliban pula tetap bertegas untuk tidak menyertai pakatan tersebut yang dikatakannya sebagai pakatan hitam. Nampaknya Taliban tetap konfiden dan yakin dengan bantuan Allah, sebagaimana jelas dalam kata-kata jurucakap bagi Mullah Omar yang disiarkan oleh CNN dua hari lepas.

Perang akan berterusan di Afghan. Wilayah akan dimenangi hari ini dan akan hilang pula esoknya. Itu sudah adat berperang. Tapi untuk jangka panjang, bilangan tentera Taliban masih ramai dan lebih ramai lagi kalau mahu dikira yang masih berada di dalam Pakistan sendiri dan menunggu panggilan jihad Mullah Omar. Sementara NA akan terus kehilangan tenteranya dalam keadaan mereka tiada pengganti dan pelapesnya.

Salam,

HC






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 24 November 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com