Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

Pertemua Mahathir - Wan Mokhtar (Sama tua, Tak Sama Beruntung !)

Baru-baru ini, bekas MB Terengganu Wan Mokhtar sempat bertemu dengan Mahathir. Dalam pertemuan ringkas itu, Mahathir telah menyatakan tiga (3) sebab mengapa BN/UMNO tidak begitu berjaya (sebenarnya kalah!) dalam pilihanraya yang baru lalu.

Mahathir menyatakan bahawa (ini adalah cerita dari apa yang saya dapat dari orang kanan Ayah Wan yang mendengar sendiri dari mulut Wan Mokhtar semasa beliau beraya di rumah bekas MB itu):

Pertama: Isu Anwar. Mahathir mengatakan bahawa dia tidak menyangka bahawa rakyat tidak dapat menerima fakta-fakta (sebenarnya fitnah!) yang telah diberikan. Walaupun keputusan dibuat oleh mahkamah dan sebagainya, rakyat masih menolak BN/UMNO atas isu DSAI.

Kedua, Isu Menghina (Sunnah) Nabi dan Ulamak. Dia kata sebenarnya dia tak tolak ulamak (ya ke?) Dia tak tahu macammana rakyat boleh terlalu terpengaruh dengan ulamak politik nih (???).

Ketiga, Isu iklan pilihanraya BN dalam media. Dia menyatakan dia tidak sangka langsung bahawa kempen itu makan tuan. Mahathir menyatakan sebenarnya iklan-iklan itu (iklan pening kepala, DSWA tak percaya DSAI dsbnya) dihasilkan dan disponsor oleh anak Mahathir (Ayah Wan lupa nama yang mana satu walaupun Mahathir sebut semasa itu - dah nyayuk kot???). Katanya lagi iklan itu dihasilkan dari kajian iklan-iklan yang telah dilaksanakan di Amerika Syarikat oleh agensi-agensi yang terkemuka - iklan seperti itu mendapat sambutan yang amat baik. Dan dia sendiri tidak dapat faham bagaimana ianya memberikan hasil yang amat negatif bila digunakan di Malaysia.

Rakan saya tadi menambah (tapi tidak dikatakan kepada Wan Mokhtar - hanya sekadar berjenaka bila bercerita kepada kami sekelian) bahawa Mahathir lupa nak tambah lagi sebab tambahan khas untuk negeri Terengganu. Bahawa sebab kekalahan negeri Terengganu di samping yang tiga tadi ialah sebab Wan Mokhtar sendiri. Orang Terengganu dah tolaknya. Kami pun semua gelak.

Sekian

Ibrahim Baba
17 Januari 2000




Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com