Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

Risikan BN di Sanggang merisaukan mereka

Menurut sumber dalam parti UMNO menunjukkan mereka ketinggalan dalam kajian beberapa risikan jabatan-jabatan kerajaan seperti SB, KEMAS dll.

Sumber yang amat rapat dengan PM Mahathir, yang sempat IB berbual pada suatu malam minggu lepas, menyatakan jentera parti amat gusar dengan perkembangan terbaru ini. Mereka turut risau kerana senarai pengundi baru yang telah disahkan terpaksa digunakan.

Dalam kajian KEMAS, PAS/BA dikatakan mendahului dengan sokongan 51.3% dari pengundi yang layak di DUN Sanggang.

Dalam perjumpaan dengan Pak Lah baru-baru ini beberapa sebab telah dinyatakan mengapa bakal pengundi akan memihak kepada PAS/BA. Itulah sebabnya mereka terpaksa bersetuju untuk menangguhkan mesyuarat bahagian-bahagian UMNO di negeri Pahang.

Antara yang ketara menrisaukan mereka ialah konflik di antara Pemuda UMNO di kawasan itu yang amat tidak bersetuju dengan peneraju kepimpinan negeri dan pusat.

Diberitakan bahawa, di saat-saat akhir Allahyarham Abdullah Kia, sebelum meninggal dunia, sedang rungsing memikirkan permasalahan konflik yang berlaku. Malah, di malam tersebut juga beliau telah bermesyuarat berhubung hal demikian.

Rakan-rakan IB menyatakan, amatlah sukar, puak-puak yang bertelingkah dapat duduk di bawah khemah yang sama dalam usaha mengerakkan jentera parti kali ini. Besar kemungkinan pertelingkahan tersebut akan lebih merebak lagi dengan adanya pihak yang tidak pula setuju dengan pemilihan calun Redzwan.

Sama-samalah kita teliti perkembangan ini.

Yang PASti, kaum Cina yang terdiri dari lebih 30% pengundi di DUN tersebut kini mulai menerima BA dan menyedari pembohongan yang dilakukan oleh UMNO/MCA semasa kempen November 1999.

Beberapa kumpulan kaum bukan Melayu yang telah melakukan lawatan ke Terengganu dan Kelantan bagi melihat sendiri pekembangan di negeri-negeri tersebut kini akan menumpukan usaha mereka untuk berkempen di Sanggang. Mereka akan menceritakan pengalaman manis mereka sendiri.

Insha Allah, dengan berkat usaha yang gigih dan dua yang penuh ikhlas, PAS akan dapat satu lagi kerusi DUN di negeri Pahang.

Sekian.

Ibrahim Baba
14 Mac 2000



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com