Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

Samseng Jalanraya Apa kata pemimpin UMNO ?

Seminggu dua kebelakangan ini timbul kembali kisah keganasan yang dilakukan oleh samseng jalanraya (road bully). Sebagai contoh, berita yang dipetik dari AFP dilampirkan di bawah (maaf kerana saya selalu memetik sumber akhbar luar dan tidak akhbar tempatan – kerana boikot media).

Saya tertarik untuk mengulas lanjut berita samseng jalanraya kerana ianya sebagai lanjutan kepada artikel saya baru-baru ini; “Jika Anda diPROVOKE”

http://members.tripod.com/~mahazalimtwo/310300saa.html
http://pemantau.tripod.com/artikel/31Mar2000IB2.html
http://members.tripod.com/~doimoi99/dm3103ib.htm

Dalam mana-mana kisah keganasan yang berlaku di jalanraya, sebab utama yang diberikan oleh samseng jalanraya mengapa mereka bertindak sedemikian ialah kerana mereka diPROVOKE. Baca artikel AFP di bawah. Kes pertama, mangsa memotong kenderaan samseng – yakni seolah-olah memprovoke samseng itu. Begitu juga dengan kes kedua, mangsa hanya membunyikan hon sebagai memberitahu bahawa samseng tersebut memandu dengan cara yang membahayakan. Itu pun dikatakan sebagai diprovoke.

Begitulah dalam artikel IB terdahulu (rujuk di atas), IB menyatakan dua suasana yang telah berlaku. Pertama, di mana seorang Menteri Brutal Pahang mengeluarkan aksi lucah semata-mata kerana diprovoke. Tak kiralah bentuk provokasi yang dimaksudkan. Pak Lah kata Adnan diprovoke. Mahathir mengatakan PAS sengaja rancang supaya Adnan bertindakbalas sedemikian (IB tak ingin ulas di sini). Maka sekelian pimpinan Tukang Ampu UMNO pun bergema menyahut sambil menambah-nambah bagi menguatkan pendapat bos-bos mereka.

Yang pokoknya, para pemimpin UMNO menyokong suatu tindakan di luar norma susila seorang Muslim dan ketimuran. Tidak pernah seorang pemimpin masyarakat Melayu mengeluar isyarat yang mencarut di hadapan khalayak ramai. Perhatikan rakaman aksi tersebut, Adnan melakukan aksi demikian di hadapan puluhan pemberita dan jurukamera.

Suasana yang satu lagi ialah kisah mata lebam DSAI dan Rahim Noor. Beliau membela diri dengan mengatakan bahawa beliau diprovoke. Sebagai adat para pemimpin UMNO, mereka semua mengikut membuta sehingga Rafidah memberi sebab Anwar berbekam di mata.

Apakah nanti para samseng jalanraya ini akan menggunakan sebab mereka diprovoke maka mereka boleh melakukan sesuatu diluar norma susila pemandu yang bertamaddun?

Apakah nanti para samseng jalanraya ini akan menggunakan sebab mereka diprovoke maka mereka walaupun berpangkat besar boleh memukul mangsanya yang terkurung dalam kenderaannya dengan pelbagai pukulan maut?

Seperti yang telah IB nyatakan sebelum ini, IB tidak merestui tindakan samseng jalanraya sebagaimana IB tidak merestui tindakan Rahim Noor dan Adnan Yaakob.

IB ingin mendengar komen para pemimpin UMNO apabila samseng jalanraya mengatakan bahawa mereka bertindak sedemikian kerana di provoke.

Sekian


http://news.catcha.com/cgi-bin/news/afpnews.cgi?fr=sg&rq=showIndexAndStory&ct=malaysia&s=000406045230.ar3bcwc6.txt

KUALA LUMPUR, April 6 (AFP) - A Malaysian driver needed 60 stitches in his head after being attacked with an axe in the second recent case of "road rage," a report said Thursday.

The Star said B.P. Teoh, a 34-year-old veterinary surgeon, underwent a five-hour operation for a fractured skull after being attacked on Penang bridge in the north of the country last Sunday following an overtaking incident.

Another "road bully," as aggressors are known here, attacked a bank officer with a golf club in the Kuala Lumpur suburb of Petaling Jaya Monday night.

Police quoted by Bernama news agency said the attacker had tried to overtake dangerously and the victim had sounded his horn.

When the bank officer stopped at traffic lights, the attacker produced a golf club from his car boot and smashed his front and back windscreens.

The officer was injured on both hands when trying to ward off the blows.

Ibrahim Baba



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com

Balik Semula Laman Tranung Kite