Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


“The Ship/Captain’s Cabin” Berani Mengiklankan Gambar Tidak Senonoh Mereka

IB telah menerima beberapa keping gambar (jpg) dari seorang rakan siber yang kerap mengirim maklumat. Terbaru beliau menghantar gambar-gambar yang beliau ambil dari “papan kenyataan/iklan” depan kedai “The Ship/Captain’s Cabin” di Damansara Utama.

Selepas menerima gambar-gambar tersebut IB telah pergi sendiri memeriksa tempat tersebut bagi memastikan gambar-gambar tersebut benar bagai dikatakan oleh rakan siber ini.

Alangkah terkejutnya IB. Pihak pengurusan The Ship (sebutnya The Shit kata rakan siber IB) dengan berani dan megah menayangkan beberapa gambar aksi-aksi yang berlaku dalam tempat yang pernah diserbu oleh penguatkuasa JAIS.

IB siarkan beberapa keping gambar yang rakan siber tersebut kirimkan (diharap Webmasters dapat menentukan mana-mana gambar yang perlu disunting). Jika saudara pembaca yang tinggal di sekitar Lembah Klang – silalah pergi lihat sendiri gambar-gambar tersebut di depan kedai mereka yang terletak berdekatan dengan Masjid Damansara Utama. Jika pengurusannya masih tetap angkuh, mereka tidak akan menanggalkan gambar-gambar tersebut kerana mereka tahu Pak Lah ibni ULAMAK akan membela kegiatan maksiat mereka.

Bagi mereka yang masih pekak dan buta, memang sah seperti yang banyak difirmankan oleh Allah Azzawajalla bahawa jika diberi apa-apa bukti lain pun mereka akan tetap menutup mata dan memekakkan telinga.

Yang penting bagi kita ialah, tidak harus ada sedikitpun perasaan yang terlintas di hati kita untuk rela mahupun mengizinkan maksiat seperti ini berterusan berlaku. Sesungguhnya paling rendah iman seseorang itu ialah menolaknya sesuatu maksiat itu berlaku hanya di hati.

IB ucapkan syabas dan Jazakallahu khairan atas keberanian dan kesungguhan mereka yang terlibat dalam serbuan JAIS tempuh hari. Mereka melakukan perkara yang diwajibkan ke atas kita semua, yakni membantah kemungkaran.

Sekian
Ibrahim Baba
31 Ogos 2000


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com