Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


Microsoft dan Kerajaan Malaysia

Umum ketahui syarikat software terbesar dunia ialah Microsoft. Pemilik utamanya, Bill Gates, pun pernah ke Malaysia dan bertemu Dr. Mahathir. Tetapi apakah sebenarnya aktiviti-aktiviti Microsoft di Malaysia? Apakah ianya menguntungkan rakyat keseleruhannya atau ianya juga menjaga kepentingan beberapa kerat manusia di Malaysia sahaja?

Suatu ketika dahulu, apabila persidangan IAP (International Advisory Panel) untuk MSC di adakan di KL, Bill Gates sepatutnya hadir. Tetapi di saat akhir, beliau tidak tiba dan datang beberapa minggu selepas itu khas untuk bertemu dengan Mahathir.

Maklumat dari kalangan rakan IB yang bergiat dalam perniagaan IT ialah, ketika sebelum persidangan IAP tersebut, cadangan untuk tender Kerajaan Elektronik untuk bahagian GOE (Generic Office Environment) yang ditawarkan oleh rakan kongsi Microsoft di Malaysia telah ditolak dan akan diberikan kepada syarikat Sun Microsystems. Khabarnya Bill Gates kurang senang dengan keputusan tersebut dan boikot persidangan IAP.

Pada ketika itu, Kementerian Kewangan telah pun mengeluarkan surat (cuma belum dihantar) tawaran untuk syarikat yang mencadangkan Sun Microsystems.

Tetapi selepas Bill Gates tiba kemudian dan bertemu dengan Mahathir, Bill Gates telah mengumumkan akan membangunkan satu Knowledge Center di MSC dengan anggaran belanja beberapa RM juta.

Selepas pengumuman tersebut, Kementerian Kewangan telah diarah mengubah surat tawaran tadi dari syarikat Sun Microsystems kepada Microsoft. Dan kini, Knowlegde Center itu baru beberapa bulan beroperasi di MSC dengan belanja (wang pelaburan dari Microsoft) setakat ini tidak sampai sejuta RM. Kontrak itu telah pun diberikan dan sehingga kini belum apa pun yang siap untuk dipakai. Wang kerajaan telah pun dikeluarkan.

Kini, berita terbaru dari Kementerian Kewangan ialah Kerajaan akan menanda-tangan dengan sebuah syarikat tempatan (kepunyaan ANAK SAUDARA TUN DAIM) sebagai pembekal segala perisian Microsoft kepada semua jabatan dan agensi kerajaan. Ini bermakna, semua barangan Microsoft MESTI melalui syarikat kepunyaan anak Senawi (Abang kepada Tun Daim) sahaja. Ini bermakna, syarikat ini akan mendapat keuntungan atas angin tanpa perlu lagi membuat sebarang jualan sebab jabatan kerajaan terpaksa mengguna perisian-perisian ini tiada pilihan lain.

Apakah peluang perniagaan untuk syarikat-syarikat kecil yang lain? Apakah mereka membolot semuanya untuk mereka sahaja?

Sekian
Ibrahim Baba
6 September, 2000


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com