Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Negeri Maju Rakyat Miskin

Selangor meletakkan tahun 2005 sebagai matlamat untuk menjadi sebuah negeri maju. Melihat dari kepesatan pembangunan serta industri perkilangan di merata daerah yang digalakkan oleh kerajaan negeri, mungkin matlamat tersebut dapat dicapai.

Tetapi apa ertinya "wawasan" tersebut? Apa erti pembangunan dan kepesatan ekonomi? Mahukah kita capai status negeri/negara maju walhal kebanyakan rakyat masih hidup di bawah taraf kemiskinan?

Akhbar Utusan Malaysia, hari ini (14 Mac 2001) mempamerkan pekung yang selama ini ditutupi oleh media yang sibuk mencerita keburukan orang lain. Lihat gambar muka hadapan (tak payah beli IB dah download gambarnya) dengan notanya seperti berikut: "BEGINILAH keadaan kebanyakan rumah di penempatan setinggan Kampung Medan, Petaling Jaya yang begitu uzur, sesak serta tanpa sistem perparitan. Semuanya ini dikatakan mempengaruhi permasalahan sosiobudaya termasuk mudahnya tercetus ketegangan."

Ayat tersebut telah Allah Azzawajalla tentu dicatatkan secara rasmi oleh akhbar perdana kerajaan. "... uzur, sesak serta tanpa sistem perparitan ..." Jika ini ditulis dan dilaporkan oleh media alternatif - sudah pasti ianya akan cuba dinafikan.

Di akhir tahun lalu, TV telah menghantar Suhaimi (?) untuk membuat liputan khas bagi memburukkan negara Amerika Syarikat dengan menyiarkan masalah mereka yang tiada rumah di kota-kota besar di sana serta menemu-bual beberapa aktivis sosial yang menyuara pelbagai pendapat menentang kerajaan Amerika.

Namun, seperti pepatah Melayu menyebut, "Kuman di seberang kelihatan, gajah di hadapan mata tak nampak". Mengapa tidak masalah tekanan kemiskinan dan kekurangan bekalan asas hidup keluarga-keluarga di Kg Medan ini di ketengahkan terlebih dahulu? Mengapa tidak dipersoalkan kerajaan negeri Selangor apa yang telah dilakukan untuk memberi keperluan asas?

Selain meletakkan wawasan 2005 sebagai menjadi negeri yang maju, Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) turut juga meletakkan matlamat supaya pada tahun yang sama tiada lagi penempatan setinggan di kawasan MPPJ. Apakah usaha yang telah dilaksanakan bagi menjayakan tujuan tersebut? Hanya tinggal kurang 4 tahun lagi!

Apahalnya pula negeri-negeri lain yang masih diperintah oleh BN/UMNO? Apakah itu hasil usaha selepas 40 tahun lebih merdeka?

Kalau sindiran telah berkali-kali digunakan bagi memperleceh kerajaan yang diperintah PAS/BA (Kelantan dan Terengganu) sebagai dua negeri yang termundur di Malaysia. Mereka lupa akan fakta bahawa siapa yang memerintah negerinegeri itu sebelum ini.

Kalaupun Terengganu sebuah negeri yang kedua termiskin selepas Kelantan, bukan sebelum ini ianya sebuah negeri yang TERMISKIN di kalangan negeri-negeri yang diperintah oleh kerajaan Barisan Nasional/UMNO? Apa yang telah dilakukan dengan wang lebih RM7 billion hasil dari royalty minyak selama ini?

Apa pula gunanya sesebuah negeri atau negara itu menjadi kaya dan maju walhal rakyat jelata dan orang awam merempat tanpa kemudahan asas yang diperlukan?

Bukankah inilah hujjah yang pernah Mahathir menggunakan apabila mempertikaikan angka GDP dalam Dollar yang dikeluarkan oleh Amerika ketika membandingkan maju mundurnya sesebuah negara? Mahathir pernah berkata apa gunanya duit banyak tetapi tidak mampu belanja kerana kos hidup yang tinggi ketika dia cuba menunjukkan kos sebenar barangan di Malaysia lebih murah di Malaysia berbanding di negara barat.

Apa gunanya menjadi kaya kalau kuih untuk sarapan berharga RM0.50 manakala di Kelantan dan Terengganu ianya hanya separuh harganya.

Sekian
Ibrahim Baba
14 Mac 2001


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 15 Mac 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com