Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Lanjutan Kisah Mastermind Pendatang Haram di Sabah kini di BTN

Lanjutan laporan yang IB buat beberapa minggu lepas, IB telah banyak menerima e-mail serta panggilan telefon. Ramai yang memberi maklumat tambahan serta meminta IB menulis serta komen lagi berhubung bekas pegawai Jabatan Pendaftaran Negara yang telah dijatuhkan hukuman kini diambil semula sebagai pegawai kanan BTN dan kes-kes yang berkaitan.

Dalam artikel “Mastermind Pendatang Haram di Sabah kini di BTN” (http://tranung.tripod.com/ mac/ib31.htm, http://members.nbci.com/_XMCM/xumno/feu_gelita_ib21.html) IB laporkan “mastermind” dalam kes pemalsuan kad pengenalan Malaysia serta pemberiannya kepada pendatang-pendatang asing tanpa izin di Sabah bagi tujuan menjadi pengundi hantu sekitar awal 1990an.

Beberapa perkara yang menarik ialah kaitan bekas banduan Abdul Raof yang kini sebagai pegawai kanan BTN dengan dua tokoh-tokoh berikut dan rantaiannya kepada dua lagi:

1. Tan Sri Shamsudin Osman, Ketua Setiausaha Negara

2. Gani Patail, pendakwa dalam kes-kes DSAI dan reformis-reformis lain

3. Dr. Ristina Majid, salah seorang saksi dalam kes perbicaraan DSAI

4. Ahmad Nizam Shamsudin, pegawai Petronas

Tokoh pertama dan utama ialah Tan Sri Shamsudin Osman. Beliau menjawat jawatan Setiausaha Persekutuan Sabah semasa Abdul Raof melaksanakan kerja merekrut pengundi-pengundi hantu di Sabah. Selepas Abdul Raof dijatuhkan “hukuman” dan “dipenjarakan”, TS Shamsudin bertugas sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KSU KDN). Tugas beliau ketika itu ialah memastikan “hukuman penjara dilaksanakan” ke atas Abdul Raof (Jabatan Penjara adalah di bawah KDN).

Beliau kemudian diberi tugas seterusnya ia itu membersihkan rekod jenayah Abdul Raof dan membolehkan Abdul Raof memasuki semula perkhidmatan kerajaan. Sebab itulah TS Shamsudin diberi peranan sebagai Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang menjaga segala hal perjawatan dan rekod kakitangan kerajaan. Kini TS Shamsudin dihadiahkan jawatan KSN bagi membolehkannya untuk memegang jawatan pengerusi badan kerajaan apabila pencen nanti.

Gani Patail pula ketika kes pengundi hantu tersebut hangat di Sabah turut bertugas di Sabah. Beliau terlibat dalam kes perbicaraan Abdul Raof. Ganilah yang mendakwa Abdul Raof. (Gani turut terlibat kes mengugut Jeffrey Kitingan dalam kes Yayasan Sabah ketika itu.) Tetapi Gani tidak pula menyuruh hakim mengenakan hukuman maksima terhadap Abdul Raof berbanding dengan permintaannya yang menyuruh hakim mengenakan jaminan RM50,000 pada Ezam Md Nor bagi hukuman maksima yang hanya RM5,000.

Tokoh setrusnya ia;ah Dr. Ristina seorang doktor pergigian. Di rumah Dr. Ristinalah Ummi Hafilda (masih ingat ?) bersembunyi dari ditangkap (?) oleh Polis. Jika saudara rujuk kepada teks perbicaraan kes “rasuah” DSAI, (http://members.spree.com/sip/truth23/news/nov/131198bicara02.html) saudara pasti dapat ingat nama-nama seperti TS Shamsudin dan Timbalan Ketua Polis Negara (TKPN) sekarang TS Jamil Johari yang turut berada di rumah Dr. Ristina ketika Ummi dan Azizan mendapat perlidungan. Sebab itulah pegawai Polis (Mazlan) yang diarah untuk menangkap Ummi tidak berani memasuki rumah Dr. Ristina.

Siapakah Dr. Ristina ini? Beliau adalah ipar kepada TS Shamsudin Osman (ketika itu menjawat KSU KDN). Rujuk http://pages.hotbot.com/diaries/ummi/ristina.html (tapi IB tak dapat akses site ini sebentar tadi) Ketika itu Megat Junid sebagai Timbalan Menteri dan Mahathir menterinya. Aziz Shamsudin (yang kini terlantar IJN – dah nak sembuh pun) sebagai perancang dan pengerak utama.

Seorang lagi nama di atas ialah Ahmad Nizam. Tidak pernah disebut-sebutkan sangat kecuali di link berikut https://members.tripod.com/~mahazalimt/051199xl.html. Ahmad Nizam bertugas di Petronas dan adalah anak kepada TS Shamsudin. Satu ketika dahulu, sebagai pegawai Petronas, beliau menerima ganjaran besar untuk mengerakkan “Kelab Profesional Muda” Petronas bagi mendapatkan sokongan golongan muda bagi menyokong kerajaan BN. Namun projek itu gagal. Dan wang pun lesap. Baca link di atas untuk mengetahui habuan-habuan yang diterimanya bersama ayahnya.

Beberapa mel saya terima dari rakan-rakan beliau di Petronas turut menceritakan kisah terbaru berhubung Ahmad Nizam. Beliau telah diberikan satu kontrak secara runding terus (bagi tempuh lebih 5 tahun) untuk melaksanakan segala projek perniagaan elektronik (e-commerce) untuk Petronas. Mengikut maklumat syarikat yang baru didaftarkan ini telah berikan peranan besar walaupun tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam bidang tersebut dan belum pun lagi mempunyai kakitangan. Seorang rakan beliau mengatakan tidak mustahil jika arahan pemberian kontrak itu datang dari pihak yang lebih atas.

Sekian
Ibrahim Baba
17 April 2001


        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 19 April 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com