Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Konspirasi Perlantikan Pengganti Agung

Jika ditanya rakyat umum, pasti jawapan yang diberi ialah Sultan Mizan, Sultan Terengganu dan Timbalan Agung sekarang, akan menggantikan Sultan Salahuddin, yang sedang menjalani rawatan, sebagai Agung. Sememangnya begitu tradisi perlantikan Agung dan Timbalan Agung selama ini, di mana Timbalan Agung akan menjadi Agung selepas tamat tempoh atau berlaku kemangkatan kepada Agung.

Namun, untuk kali ini, Sultan Mizan (SM) tidak boleh yakin dengan tradisi ini. Semenjak perlantikan SM sebagai Timbalan Agung, pihak Istana Seri Perdana kurang senang dengan bakal penghuni Istana Negara itu. Banyak sebab yang tidak disenangi oleh penduduk Istana Seri Perdana dan sekelian hulubalangnya. Pelbagai usaha telah dan sedang dirancang dan dilaksanakan untuk memastikan SM tidak dilantik sebagai Agung.

Kemangkatan Tuanku Raja Perlis memberi peluang terbaik para konspirator ini. Dengan perlantikan Raja baru untuk Perlis telah membuka ruang untuk mereka menyekat SM dari menjadi Agung.

Strategi terbaru mereka tertumpu untuk mencari pelbagai alasan agar Raja Perlis dilantik menjadi Agung dan mengekalkan SM sebagai Timbalan.

Sehingga ini, bilangan Raja dan Sultan yang telahpun menyetujui perancangan mereka sudah mencukupi untuk mempengaruhi Majlis Raja-raja untuk menerima rancang konspirasi mereka. Walaupun tiga lagi Sultan, yang mereka tidak yakin akan menyokong rancangan mereka, telah mereka ketepikan dan hanya menfokuskan usaha mereka untuk mempengaruhi para Sultan yang mereka rasa boleh ditarik-hidungkan sahaja.

Kita tunggu dan lihat

Sekian

Ibrahim Baba
1 November, 2001

Jangan lupa untuk mendu'akan agar Allah memberi kekuatan dan pertolongan kepada para pejuang Islam di seluruh dunia terutamanya di Afghanistan dan Chechnya.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 10 November 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com