Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

Ulasan MT - Jangan anda tidak sedar.....

Surat ini memang penuh sensasi dan ada unsur-unsur misteri, kerana ia dihantarkan pada hari cuti am. Saya teringatkan satu emel yang memberi keterangan betapa satu surat keluaran kerajaan Pahang, berkenaan budget untuk pilihanraya di Sanggang. Walaupun Mahazalimtwo telah menyiarkan salinan surat yang dikatakan ditandangani oleh Setiausaha Kewangan Negri, saya pula menerima surat yang mengungkitkan kesahihan surat tersebut. Sedangkan saya tidak pernah menerima salinan surat yang asal. Hanya selepas saya menyiarkan jawapan emel pihak yang bekenaan, Adnan-UMNO ada menceritakan hal surat itu. Ini menunjukkan memang ada satu konspirasi melumpuhkan pengaruh PW Laman web pro-reformasi.

Di sinilah letaknya kebijaksanaan seseorang yang menerima surat semacam ini. Saya beri contoh bagaimana seorang bernama Sandy Thomas telah memperlekehkan kewibawaan saya tentang tafsiran 'Associate Professor'. Dia kata saya tidak tahu bahawa tafsiran Professor Media adalah salah. Sepatutnya saya maksudkan Professor Madya. Sebenarnya dia tidak tahu cerita yang sebenar. Yang menulis Professor Media bukannya saya tetapi, Ejatepat edisi 97 yang saya gunakan. Lagipun artikel saya itu memang tidak diedit lagi kerana ada urusan awal yang perlu dibereskan dengan Polong Cyber. Menyedari bahawa Sandy Thomas adalah seorang pengintip gampang, saya pun jawap suratnya dengan berhemah. Samada dia faham akan sindiran saya yang tajam itu bukan soalnya. Yang penting dia menggunakan nama wanita untuk cuba menjolok kita. Dia fikir orang Melayu tidak mampu menulis mengikut keupayaan yang saya tunjukkan. Dia fikir golongan yang rapat dengan si diktator bedebah sahaja yang mampu menulis panjang-panjang.

Menyedari hakikat ini dan berdasarkan keadaan politik semasa, saya ingin mengsyorkan agar saudara 'stay cool' dalam menangani surat seperti yang ditulis oleh dipthrot@Yahoo.com ini. Saya ada banyak lagi emel yang lebih hebat daripada yang saudara terima itu. Hinggakan sampai 900K. Tetapi, saya tenang sahaja kerana saya fikir kita tidak perlu terburu-buru mendedahkan sesuatu yang kita fikir mempunyai satu elemen kepalsuan. Biarlah perkara yang sebenar (kalau itu yang sebenarnya yang akan muncul) tersembul keluar secara mendadak. Kalau kita berpegang kepada tali Allah, kebenaran akan tetap tersembul keluar tanpa kita menjoloknya.

Tiga minggu yang lalu ada satu berita mengenai penempatan 'Tamil Tigers' di Bangkok. Di waktu yang sama saya ada menerima satu emel yang mengatakan betapa ada satu kumpulan manusia yang berusaha mendapatkan satu kumpulan Tamil Tigers bagi tujuan mengadakan rusuhan persis pembunuhan Rajiv Ghandi. Rencana yang ditulis begitu professional sekali dan dikirimkan kepada saya daripada satu alamat emel yang meyakinkan. Malahan ada salinan surat rasmi yang meyakinkan perkara itu sedang di tahap 'realiti'. Saya gempar seketika dengan penerimaan emel itu. Tetapi, saya akhirnya membuat keputusan untuk menghambakan diri kepada Allah di tikar sembahyang. Dari situ saya menerima satu kesedaran bahawa adalah lebih baik bagi keselamatan bangsa saya dan juga negara saya agar emel seperti itu saya bakul-sampahkan dan tidak diedarkan. Malahan, saya membuat sekatan kepada emel daripada alamat yang saya fikirkan si bedebah itu. Bayangkanlah kalau saya dedahkan emel itu hanya beberapa hari sebelum pengundian di Sanggang, bukankah bahan cerita itu berpanjangan. Bukankah saya hampir terbabit dengan kerja-kerja fitnah?.

Namun demikian, setelah meneliti surat yang saudara terima itu saya lebih bekeyakinan, ia mempunyai satu perangkap untuk menjebak website saudara kerana sebab-sebab yang saudara sedia maklum. Lainlah kalau surat seperti itu diterima oleh website yang tidak berpaksikan pertubuhan politik.

Sebagai penutupnya, besar kemungkinan "jangan anda tidak sedar", bertujuan membawa satu kesedaran palsu yang boleh mengkucar-kacirkan suasana politik di negara ini. Kita harus ingat Mamak Bendahara merasa kecewa apabila suruhannya agar Sultan turun padang dipandang sepi oleh rakyat marhain walaupun ada sultan sewel yang termakan umpan beliau itu. Sebagai rakyat takkan kita mahu bangsa kita ikut sewel seperti mereka?

Sebagaimana yang saya baru tulis dan kirimkan kepada saudara, bukan sahaja Mamak Mahathir berada dalam keadan tersepit sekarang ini. Orang sekelilingnya yang lebih tersepit kerana mereka belum cukup membalun seperti yang telah dilakukan oleh tuannya dan juga oleh panglima beliau yang terkenal. Inilah masalah yang mereka hadapi sekarang. Kalaulah para balaci belau sudah kenyang, keselamatan beliau sndiri tidak terjamin lagi. Salah seorang jongos dan balaci itulah nanti yang menghapuskan beliau. Apakah kemungkinannya surat yang saudara terima itu dijadikan bahan kempen oleh sekumpulan balaci yang sekarang masih lapar dan rakus dan mahu menonjol naik dalam heiraki pengaruh terhadap mamak tua ini?

Satu bangsa yang didtakdirkan menjadi Bangsa yang Besar, sepatutnya tidak mudah melatah dengan gambaran sensasi yang murah lagi murah seperti yang saudara terima itu. Walaupun mungkin ada sekelumit kebenaran dalam berita yang saudara terima, mengikut hukum syarak ia patut difremkan di depan mangkuk tandas sahaja.

Semoga ia dapat dijadikan bahan pelicin dari luar yang memcepatkan proses pengeluaran apa yang saudara sendiri tentu faham itu. Kalau tidak perlulah tanya Pak Shahnon semula.

Saya lebih berkeyakinan adalah lebih baik surat semacam itu saudara hulurkan kepada webmaster yang lain untuk mendedahkannya daripada saudara lakukan di laman web anda. Di waktu yang sama catitkan sahaja nama pengirimnya. Untuk rujukan sahaja, walaupun catatan itu akhirnya tidak akan membawa sebarang makna. Jauh di lubuk hati saya, surat yang saudara terima itu adalah langkah awal yang berusaha untuk mengaibkan Paklah juga. Mungkin ada baiknya disiarkan oleh website yang bukan pengendalian saudara.

Cuma bersedialah kalau selepas ini saudara terima pula cerita akan kedatangan gerombolan Yakuza, Tamil Tigers, Red Army, Mafia Russia dan sebagainya. Cerita seperti ini sudah lama saya terima dan saya campakkan jauh-jauh sekali. Kesian Md. Aseh. Mentang-mentanglah Azizan Abubakar tidak ada masa lapang, beliau pula yang menjadi mangsanya. Mungkinkah berita yang baru saudara terima itu satu hadiah istimewa sempena Maal Hijrah ?????

Salam Hormat.

-MT-



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com

Balik Semula Laman Tranung Kite