Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

Respon & Komentar Marhain mengenai tulisannya.

Subject: Kalau ... Bab 8
Date: Mon, 20 Mar 2000 18:28:01 -0800 (PST)

Ini lah cara yang paling "baisc" di dalam sesuatu pemerintahan i.e "Divide and Rule"

Inilah yang sedang dilakukan oleh Mahathir dan kuncu-kuncunya. Selepas kisah Bank-bank di Melaka, ditonjolkan pula isu Raja-Raja Melayu agar rakyat terikut-ikut dengan sentimen ini. Apa pula selepas ini???

Nurul

Komentar Marhain Tua

Saudari,

Terimakasih kerana warkah anda.

Dasar memerintah secara 'devide and rule' atau pecah dan perintah adalah amalan penjajah sejak kita orang Melayu mengenal peradaban bangsanya. Kerana itu kini kita lihat orang Melayu di kampung dan di bandar berada dalam satu keadaan kehidupan yang banyak bezanya. Di tahap awal dulu lagi orang Melayu dibiarkan sahaja di pendalaman untuk bercucuk tanam. Maka kerja pembangunan hutan menjadi perladangan diserahkan kepada orang mendatang. Perlombongan yang mula-mula sekali diusahakan oleh orang Melayu di bawah teraju orang Melayu seperti Long Jaffar diserahkan oleh British kepada orang China sehinggakan industri itu membesar dan mengundang kemasukan dua kumpulan samseng tetrbesar dalam sejarah Tanah Melayu. Kumpulan samseng itulah yang kini menjadi asas kumpulan Triad ataupun kumpulan haram yang terdapat di merata tempat di negara ini. Mereka menguasai pelbagai jenis industri lumayan secara haram. Pelacuran, dadah, rumah urut, karaoke, penempatan sistem secara terancang, perjudian haram dan banyak lagi.

British telah menggalakkan penempatan samseng ini bagi tujuan meraih keuntungan dalam pengagehan industri candu. Dengan cara ini British dapat mengawal orang Cina daripada menjadisatu kumpulan yang berpadu yang berupaya melumpuhkan pentadbiran British itu. Di waktu yang sama bebrapa pegawai British yang rakus hidup bersenang lenang dengan layanan perempuan simpanan yang disediakan oleh TaAiko-Taiko china itu.

Orang Melayu hanya mampu melihat semua yang berlaku tanpa mampu bersuara, kerana sudah diajar oleh British dan juga dipersetujui oleh Majlis RAja-raja bahawa setiap adanya rintihan orang Melayu, ia mesti disalurkan melalui raja-raja. Anihnya, raja-raja bersedia membisu kerana disuap juga oleh kumpulan samseng tersebut. Apa jadinya? Terjadilah satu kumpulan Melayu yang membisu di pendalaman dan tidak hiraukan prosses pembangunan di bandar. Di waktu yang sama pula berlakulah kemajuan di bandar di mana orang Melayu yang berada di bandar itu hanya merupakan golongan yang menonton sahaja. ORang Melayu terus merempat di tanahairnya sendiri kerana kelicikan British itu.

Kalau kita lihat sejarah Melayu, pada satu ketika dulu orang Melayu bersekedudukan dengan golongan yang dipanggil oleh British sebagai orang Asli. Sekali lagi orang Melayu berdiam diri kerana menerima klassifikasi ini. Sedangkan itulah asas 'devide and rule' British itu seolah-olah menunjukkan kepada orang Melayu ketika itu bahawa negara ini sebenarnya dipunyai oleh orang Asli. Tetapi, pada zaman kerajaan Melayu Melaka dulu, Raja Sakai adalah sebahagian pada golongan yang bersepadu dengan raja-raja Melayu. Bagaimanakah raja-raja Melayu sanggup menerima klassifkasi baru tajaan British ini menunjukkan betapa budaya membisu dan angguk yang disogok dalam tekak raja-raja Melayu itu telah diterima bulat-bulat sehinggakan sekarang ini orang asli dipinggirkan sedangkan mereka sebenarnya orang Melayu jati.

Perkara yang sungguh menyedihkan, in masih diterima sebagai kesahihan sejarah Melayu kerana orang Melayu semakin terasa malu apabila melihatkan keadaan orang asli (pada satu ketika dulu0 yang sungguh daif hidupnya. Tetapi, yang sebenarnya penjajah British mahu terus menyembunyikan harta karun yang berada di kawasan pendalaman dana belantara. Dengan cara kelassifikasi bangsa Melayu itu seperti inni, penjajah memikirkan mereka mampu melewatkan waktu ketemadunan orang Melayu itu akhirnya. Tetgapi, manusia boleh merancang, Allah yang menentukan segala-galanya. Kini, orang asli pun sedar akan penindasan minda dan putgaran fakta itu. Ramai yang mula menerap nilai hidup Islam dan menganut agama Islam. Apakah mereka menukar anutan itu atas ransangan kerajaan Barisan Nasional? Jawapannya tidak. RAmai yang masuk dan menganut ajaran Islam di atas kesedaran sendiri dan proses dakwah yang diusahakan oleh orang persendirian. Bukankah malang perkara ini?

Renungkanlah perkara ini baik-baik. Salam Hormat.

-Marhaintua-



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com