Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

Memang betul pemimpin umno bongok

Subject: memang betul pemimpin umno bongok
Date: Wed, 22 Mar 2000 01:39:07 +0700

Assalamualaikum,

Teringat saya akan peristiwa Guru Besar saya pada awal 70 an. Ketika itu saya masih sekolah rendah. Dalam kelas saya ada seorang rakan yang yang agak bodoh. Air liur sentiasa meleleh. Satu hari Guru Besar(GB) masuk dan mengajar mata pelajaran tawarikh (mata pelajaran sejarah hari ini).Dia tanya siapa yang mencipta telefon. Rakan saya itu tak dapat jawab. Lalu ditampar oleh GB dan dilemparkan dengan kata-kata yang cukup hina. "awak ini bodoh, tolol, bahlul, bangang dan bongok tahan sikit pada kucing, kucing makan ikan mentah awak makan ikan bergoreng. Itulah beza awak dengan kucing"

Kata-kata ini saya quote kerana masih segar dalam ingatan saya. GB saya ini orang berbangsa Kampar yang berasal dari Indonesia. Dia sangat garang ketika mengajar. Anaknya sendiri sekelas dengan saya ditampar sehingga minta ampun dan maaf dengan ayahnya. Saya juga biasa ditampar. Oleh kerana takut saya belajar bersungguh-sungguh dan akhirnya berjaya dapat A mata pelajaran tawarikh dalam peperiksaan Penilaian Darjah 5. GB dan rakan saya itu kedua-duanya sudah meninggal dunia (al-Fatihah untuk mereka)

Saya cerita peristiwa ini bukan nak ungkit tentang GB saya. Saya berterima kasih kepadanya. Kerana garang dan ketegasan beliau saya dan anaknya serta rakan-rakan yang lain berjaya hingga ke Universiti. Saya cerita ini nak bandingkan kata-kata arwah GB saya dengan para pemimpin umno hari ini. Memeang mereka sangat bodoh, bahlul, tolol, bangang dan bongok tahan sikit pada kucing. (meminjam kata-kata arwah GB saya terhadap rakan saya) Apa hujahnya kebodohan dan bongok mereka.

Contoh KM Melaka Ali Rustam. (KM - baca Kaki Merapu). Kita ingatkan dia cerdik pasal muka nampak macam cerdik tapi sebenarnya bongok. Cuba kita lihat kenyataannya di akhbar arus perdana. Sudah beberapa kali dia mempamerkan ketololanya secara melampau. Tak payah ulas semua orang tahu isu ini. Lihat pula Taiko Adnan MB Pahang (MB - baca Menteri Brutal) sudahlah sentiasa mempamerkan gaya tidak cerdiknya kemudian tunjuk pula melalui kelakuan tidak senonohnya. (malas nak cerita sebab teruk sangat yang terbaru semasa penamaan calon DUN Sanggang dia tunjukkan isyarat lucah beberapa kali melalui tangannya) Masya Allah malunya siapa yang jadi rakyat Pahang.

Ini bukan kerana apa. Semuanya kes "ampu bodek" secara berlebihan. Nak tunjuk pada Mamak Tongkang mereka hebat dan nak dapat tempat MT Mei nanti. Kalau nak ampu bodek biarlah berpada-pada. Ibarat macam orang jack kereta kerana tayar bocor dan nak tukar tayar lain. Biasanya orang jack kereta sekadar membolehkan tayar untuk dikeluarkan dan ganti tayar lain. Tapi kalau kita jack tak henti-henti kereta boleh terbalik dan menghempap kita.

Inilah budaya baru umno. "Ampu bodek" berlebihan dan "setuju sokong". Akhirnya para pemimpin yang dibodek jatuh dan yang membodek pun jatuh sama. Kalau kita jack kereta berlebihan kereta terbalik dan kita pun kena hempap sama. Nasib tak baik boleh mati. Orang yang menegur dan mengkritik dianggap sebagai pengkhainat negara, pembelot, agen asing, tali barut, tak setia pada negara dsb. Inilah cara Mamak Tongkang melabelkan sesiapa yang menegurnya.

Rakyat khususnyanya orang umno diajar dan diajak memuji pemimpin secara berlebihan. Saya merasa takut kadang-kadang pujian itu sudah menjadi pujaan pula. Bayangkanlah pemimpin dipuja mengalahkan nabi. Berasa gerun saya apabila kita dikerah untuk hadir bagi meramaikan majlis PM dan TPM secara rasmi. Kadang-kadang MB/KM berucap hingga 15 minit memuji dan memuja Mamak Tongkang. Kita merasa bimbang dari segi iman dan akidah mereka. Ingat kata-kata Sayyid Qutb: "iman pada tubuh badan seseorang amat mudah terlucut, lebih mudah daripada melucutkan sepasang pakaian"

Manusia boleh terlucut iman dengan sebab tiga perkara pertama perbuatan, kedua perkataan dan ketiga iktikad. Terlucut iman dengan sebab perbuatan contoh seperti masuk agama kristian, hindu, menyembah patung, berhala dsb. Terlucut iman dengan sebab perkataan contoh memperlekehkan hukum Allah SWT, menghina Sunnah Nabi SAW, mencerca alim ulamak, memuja manusia dsb. Terlucut iman dari segi iktikad contoh mengatakan alam ini terjadi dengan sendirinya, beriktikad bahawa tiada hidup sesudah mati, tiada pembalasan syurga dan neraka dsb. Kita bimbang para pemimpin umno yang bongok memuji Mamak Tongkang sehingga tahap memuja macam dia maksum (tak buat salah dan dosa). Apalah sihir yang digunakan oleh Mamak Tongkang ini hingga ulamak umno pun jadi bongok. Kekuatan sukarno pada songkoknya, kekuatan Tun Razak pada tongkatnya dan kekuatan Mamak Tongkang ini pada Hasmahnya. Kalau tiada Hasmah mungkin kekuatannya akan hilang dan lumpuh sama sekali (wallahhua'lam)

Cuba kita lihat tafsiran Surah al-Fatihah atau Fatihatul Kitab atau disebut juga Umul Kitab. Lihat Syyid Qutub - Tafsir Fil Zilali Quran, Prof Dr Hamka - Tafsir al-Azhar , Tafsir Ibnu Kathir dan Tafsir Ahmad Sondhaji Haji Muhamad tentang ayat "alhamdulillah hirrabil alamin". (segala puji bagi Allah SWT tuhan sekalian alam) Apa tafsiran mereka. Sebagai ahli Muffasirin mereka berpendapat bahawa segala puji-pujian hanya untuk Allah sahaja. Ini bermakna untuk manusia kita tidak layak memuji apa lagi memuja mereka. Kepada manusia, Rasulullah SAW mencadangkan supaya berdoa ke atas mereka. Bukan memuji ke atas mereka. Maknanya kita tidak berhak untuk mendapat pujian apa lagi pujian secara berlebihan. Orang mungkin tidak bersetuju pendapat ini. Mereka ini ahli Muffasirin, kita ini siapa. Cuba lihat matan ayat sahaja "alhamdulillah" maksudnya segala puji bagi Allah. Sudah cukup jelas dan terang segala puji hanya untuk Allah SWT. (dalam ilmu tafsir matan ialah makna ayat secara terang/kasar - mafhum ialah makna di sebalik ayat, yang ini perlu kepada tafsiran untuk lebih jelas atau yang tersirat di sebalik ayat)

Cuba kita lihat budaya pemimpin umno yang bongok tadi mereka puji dan puja Mamak Tongkang secara melampau yang boleh membawa kepada terlucut iman melalui perkataan. Saya tidak kata pemimpin umno seperti ini murtad, tapi ini hanya sebagai penjelasan dan buatlah penilaian sendiri tentang pemimpin umno yang bongok ini. Orang bongok tidak ada kekuatan lain melainkan mengampu. Sebab itu Mamak Tongkang cari orang seperti ini. Mana ada pemimpin umno yang cerdik lagi. Semua habis kena buang. Yang tinggal hanyalah yang bodoh, bahlul, tolol, bongok, rasuah, jahat dsb. Mamak Tongkang simpan mereka sebab boleh diperkudakan macam kuda kepang. Sebab itu orang kata "dalam masyarakat yang semua buta orang bermata satu boleh jadi raja". tak hairanlah Mamak Tongkang ini boleh jadi raja di kalangan para pengikut yang bongok. Secara tak langsung budaya "divide and rule" (pecah dan perintah) dapat disuburkan dalam perkampungan umno. Kalau kita kaji secara terperinci kita akan dapat mengesani taktik pecah dan perintah ini. Memang hebat. Inilah kelicikan Mamak Tongkang. Orang umno tak nampak mereka sedang dipecahbelahkan. Yang kita bimbang pecahbelah dalam perkampungan umno akan membawa pecahbelah orang Melayu keseluruhannya. Kita suka kalau umno hancur tapi kita bimbang orang Melayu akan hancur juga.

Raja Mendeliar berjaya pecahbelahkan orang Melayu dengan mencucuk raja dan bendahara Melaka. Akhirnya raja tak percaya bendahara, raja bunuh keturunan bendahara. Melaka jadi lemah. Orang Portugis yang telah sedia ada di Melaka menunggu kesempatan seperti ini. Mereka serang Melaka ketika orang Melayu Melaka sedang lemah dan berpecah belah. Itu cerita sejarah. Bagaimana dengan orang Melayu hari ini. Apakah sejarah ini akan berulang lagi. Mudah-mudahan tidak. Mungkin Allah SWT nak jatuhkan umno. Maka dibiarkan umno dipimpin oleh orang bongok. Mungkin dengan kehancuran umno Islam akan bangkit di negara tercinta ini. Zaman umno sedang mengganas dan dipimpin oleh orang bongok, sesiapa yang hendak berpegang pada Islam macam menggengam bara api. Mereka sedang berusaha melumpuhkan aktiviti masjid dengan pelbagai cara dan kaedah.

Ustaz DBA

ULASAN MARHAIN TUA

Assalamualaikum wbt.

Saudaraku,

Saya bersyukur ke hadrat Illahi saudara sudi menulis kepada saya sepanjang yang diterima.Daripada isi warkah saudara nyata sekali saudara melepaskan sesuatu yang lama terpendam. Teruskan. Inilah yang akan dikumpulkan oleh para Webmasters dan tergolong sebagai sumbangan saudara kepada Koleksi Sastera Rakyat yang akan dikaji dan dinilai oleh rakyat jelata, akhirnya. Inilah perjuangan yang akan kita serahkan kepada pelapis kita. Inilah warisan kita mengikut yang temampu. Semoga warisan muda kita akan mengambil iktibar daripada penulisan saudara itu. Saya panjangkan warkah saudara kepada semua webmaster dengan harapan mereka juga memendamkan identiti saudara yang sebenar. Salam Hormat dan semoga Allah memberkati saudara seisi keluarga.

Salam Hormat
-Marhaintua-


Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com