Subject: MB Pahang ( Taiko Adnan ) tak sedar di sebelahnya ada perogol bersiri
Date: Mon, 27 Mar 2000 01:47:27 +0700
Kenapa MB Pahang beraksi lucah.
Melihat kepada aksi isyarat lucah MB Pahang yang terpapar melalui gambar
di Laman Reformasi kita berasa sangat malu. Tidak kira sama ada kita
rakyat Pahang atau tidak, kita tetap berasa malu. Rasa malu adalah
sebahagian daripada iman. Nabi Muhamad SAW bersabda yang bermaksud:
"perasaan malu itu sebahagian daripada iman" (al-haya'u nisfu minal
iman). Kita yang melihat berasa malu kerana kita ada iman. Tetapi kita
berasa amat terkejut kerana yang melakukannya sedikitpun tidak berasa
malu. Di mana letaknya iman MP Pahang.
Bertambah memalukan apabila Dolah Bedawi dan Khalil Yaakub memberi komen
seoalah-oleh menyokong tindakan MB Pahang ini. Dollah Bedawi kena ingat
beliau anak ulamak dan beliau sendiri lulusan Akademik Islam Universiti
Malaya. Adalah amat memalukan sebagai seorang anak ulamak dan lulusan
agama membuat komen demikian. Mahathir (Pembohong Besar dan Pakar Fitnah
Terulung Abad ini) belum buat komen lagi. Kita fikir Mahathir pasti akan
sokong tindakan MB Pahang ini. Dalam kes perkara-perkara yang rosak dan
merosakkan Mahathir biasanya akan memberikan sokongan yang tidak
berbelah bagi. Lihatlah kes rasuah Rafidah Becok, Daim Soros, Mohtar
Dugong, Rahim Tambhi Kecik (Perogol Bersiri) dan banyak lagi semuanya
mendapat pembelaan yang secukupnya daripada Mahathir. Inilah kelicikan
politik Mahathir menyokong dan menyimpan orang-orang salah untuk tujuan
survival politiknya. Orang-orang seperti ini boleh dijadikan "abdi
politik" bagi Mahathir. Kita jangan terkejut sekiranya beliau juga
menyokong tindakan bodoh dan kelucahan melampau Adnan Yaakub MB Pahang
yang tak senonoh ini.
Adnan Yaakub terkena balasan Allah SWT akibat mulutnya yang celupar.
1-MB Pahang yang seorang ini sangat suka menceritakan kes liwat bekas
TPM yang kita kasihi. Dalam majlis yang formal pun beliau cerita kes
liwat ini. Pernah satu ketika selepas keluar dari kereta untuk
menghadiri perjumpaan dengan wanita UMNO Bentong beliau berkata seperti
ini: "kawan dah khabar dah, Anwar ni tak boleh dipercayai. Lagak warak
bertopengkan Islam tapi perangai macam syaitan. Itu dia dok tutoh buntut
Munawar dan Sukma sampai berdarah-darah" (Nauzubillah) Beliau amat suka
cerita fasal liwat ini di mana- mana sahaja. Sesama orang-orang UMNO tak
usah ceritalah. Seolah-olah beliau nampak kes liwat ini berlaku. (Adnan
patut diambil sebagai seorang saksi untuk kes liwat TPM)
Allah SWT Maha Kaya dan Maha Berkuasa. Adnan tanpa disedari telah
menayangkan buntutnya dan kemudiannya menepuk buntutnya sendiri untuk
tatapan orang ramai. Aib yang tertimpa ke atasnya adalah satu "inzar"
atau peringatan daripada Allah SWT yang Maha Kuasa. Allah nak tunjukkan
pada kamu kerana mulut kamu yang celupar yang amat suka
memburuk-burukkan TPM berkaitan kes liwat ini. Sekarang kamu tunjuk
buntut seolah-olah meminta-minta orang lain liwat buntut kamu.
Hari itu saya bercuti dan turun dari KL hanya semata-mata utuk melihat
"pesta" penamaan calon DUN Sanggang. Memang kita berpuas hati kerana
Adnan telah berjaya menghidupkan suasana pada hari itu.
2-Aib yang menimpa Adnan ini juga adalah balasan sementara di atas
tindak-tanduknya memburuk-burukkan Tok Guru Nik Aziz di dalam kes Novel
SHIT. Beliau bukan sekadar kutuk PAS dan Prof Shanon kerana dikatakan
suka mencarut tetapi kutuk Tk Guru Nik Aziz kerana mempertahankan orang
mencarut. Sekarang Allah SWT tunjukkan balasannya kepada beliau siapa
yang sebenarnya suka mencarut. Mudah-mudahan Tok Gurunya, Tuan Guru Haji
Mahathir Al-Fitnah akan mempertahankan beliau.
3-Beliau berkawan dengan perogol bersiri.
Di sebelah Adnan yang pakai songkok dan bermisai ialah En. Mohd Ali.
Beliau lebih dikenali sebagai En.Mad (bukan maksud gila). En. Mad ini
seorang pegawai JHEOA dan bertugas di Bentong. Beliau berasal dari Kg.
Lakum, Lancang, Pahang. Antara tempat beliau bertugas ialah di Kg. Lebak
dan Gabong. Lebak dan Gabong terletak lebih kurang 10 km dari Bentong
iaitu mengikut jalan untuk pergi ke Chamang Dam. Kedua-dua kampung ini
adalah perkampungan orang Asli. Antara tugas En. Mad ialah untuk
mengajar anak-anak orang Asli di situ. Amat malang bagi seorang anak
gadis orang asli di Gabong ini, beliau bukan sahaja tidak diajar dan
dijaga dengan baik oleh pegawai berkenaan tetapi diperkosa sehingga
melahirkan anak. Ketika gadis tersebut diperkosa umurnya 15 tahun.
Menurut ceritanya, gadis asli tersebut memang cantik. Gadis tersebut
telah mempunyai anak berusia lebih kurang 2 tahun. Ramai orang Bentong
tahu kes beliau beberapa tahun yang lalu. Oleh kerana itu beliau
dinasihatkan berhenti kerja. (dalam perkampungan politik UMNO orang
salah sentiasa dilindungi) Ini perogol bersiri selepas Rahim Thamby
Chik. Sila lihat wajahnya di internet melalui Laman Reformasi (orang
pakai songkok dan bermisai di sebelah MB Pahang.
Orang kata: "kalau kita berkawan dengan penjual minyak wangi tak banyak
sikit akan tercium bau wanginya. Begitu juga jika kita berkawan dengan
tukang besi tak banyak sikit akan tercium bau besinya" Inilah nasib MB
Pahang berkawan dan bersekongkol dengan orang jahat. Tempias kejahatan
itu terkena kepadanya. Jadi tidak hairanlah jika beliau beraksi lucah
kerana di sebelahnya ada perogol bersiri. Malang sungguh nasib sesiapa
yang menjadi rakyat Pahang dan berMenteri Besarkan orang tidak senonoh.
Apa tindakan terhadap orang beraksi isyarat lucah di khalayak ramai.
Ingat tak, pernah di suatu ketika pemain import Abbas Saad menunjukkan
isyarat lucah seperti MP Pahang buat. Apa tindakan yang dikenakan kepada
Abbas Saad. Beliau kena buang padang dan digantung permainan. Kes ini
dalam arena bolasepak. Pemain beraksi dengan isyarat lucah boleh dibuang
padang dan digantung permainan. Dalam arena bolasepak (sukan)
undang-undangnya buang padang, dalam arena politik bagaimana?
Sepatutnya dibuang padang juga iaitu dibuang daripada "padang politik".
Apa harapan kita? Tiada harapan. Kalau kita mahu mengharapkan
undang-undang politik UMNO, alamatnya sampai kucing bertanduk pun
tindakan tidak akan diambil. Dalam undang-undang politik UMNO pesalah
akan dibela. Dalam kes ini MB Pahang pasti akan dibela. Maka bagaimana
kita mahu ambil tindakan buang daripada "padang politik". Jawapannya
sangat mudah. Jangan undi calon BN (UMNO) dalam pilihanraya kecil
Sanggang. Undilah calon PAS. Jika calon proksi dan kesayangan Adnan ini
kalah maka riwayat politiknya mungkin pendek dan berakhir. Tetapi jika
menang, beliau akan terus mengganas di negeri Pahang nanti dan makin
bertambah SAMSENGnya dan perangai tidak senonohnya.
Sumbangan dan jasa paling besar Adnan sebagai MB kepada negeri Pahang.
Belum setahun jadi MB Pahang beliau telah memusnahkan peranan institusi
masjid di seluruh negeri Pahang. Adnan memperalatkan Jabatan Agama
Pahang dan Pejabat SUK Pahang untuk mengeluarkan satu surat yang
bertarikh 10 Feb 2000. Kedua-dua surat tersebut bertarikh yang sama dan
isi kandungan yang hampir sama iaitu TIDAK MEMBENARKAN SEBARANG KULIAH
DAN CERAMAH AGAMA DI MASJID DAN SURAU SELURUH PAHANG. Istilah
"penangguhan" kuliah digunakan sehingga mendapat tauliah dari Ke Bawah
Duli Sultan pahang. Hanya Sultan dengan nasihat MB Pahang saja yang
boleh membenarkan tok-tok guru dan para ustaz untuk mengajar di masjid
dan surau di Pahang.
Inilah jasa dan sumbangan terbesar Adnan Yaakub sebagai MB Pahang selama
hampir setahun. Beliau tidak sedar siapa dirinya di sisi Allah SWT
sehingga tergamak mematikan fungsi dan peranan rumah Allah. Ingat
Adnan....... masjid bukan rumah UMNO atau rumah kamu. Masjid adalah
rumah Allah. Kamu jangan jadi jaguh dari segi membunuh peranan institusi
masjid. Kalau kamu teruskan kerja menentang Allah ini, alamat Pahang
akan jatuh ke tangan PAS tahun 2004 nanti. Kamu yang tidak berminat
dengan soal-soal agama dan masjid jangan menyekat rakyat Pahang untuk
mendapat ilmu di masjid-masjid. Kesihan orang-orang pencen yang sentiasa
dahagakan ilmu agama. Kalau ada tok guru dan ustaz yang menyeleweng,
tangkap dan dakwa mereka di Mahkamah Syariah. Tapi jangan tutup terus
kuliah dan ceramah agama. Kita tak boleh berlagak macam hero dalam filem
Hollywood. Nak tangkap seorang terrorist yang lari masuk kampung maka
dibakarnya satu kampung. Nak marahkan satu dua orang tok guru dan ustaz
janganlah sampai haramkan semua kuliah dan ceramah tok guru dan ustaz
lain. Kamu tak takut azab Allh ke?
Apa nak jadi dengan kegiatan agama di Pahang nanti. Rakyat Pahang suruh
tutup pusat judi yang terbesar di Asia iaitu di Genting Highland dan
pusat-pusat hiburan yang melambak-lambak di seluruh Pahang, bukan tutup
peranan dan fungsi masjid. Apa kamu nak jadikan Pahang ini "role model"
kepada negeri-negeri lain dari segai kehebatan memusnahkan agama Islam.
Orang-orang kafir sedang bersorak kegembiraan kerana peranana institusi
masjid telah berjaya kamu musnahkan. Cuba belajar dari sejarah. Kita
lihat salah satu sebab kehancuran umat Islam di Turki ialah kerana
pemerintah mereka menghancurkan fungsi dan peranan masjid. Ingat, masjid
bukan tempat solat sahaja. (fahaman para pemimpin UMNO masjid untuk
tempat solat sahaja) Inilah bodohnya pemimpin UMNO kerana tak mahu
mengaji agama. Islam mengajar supaya mengimarahkan masjid bukan bunuh
fungsi masjid. Buat apa ada masjid besar-besar kalau sekadar untuk syiar
(lambang sahaja) sedangkan syariatnya tidak dihidupkan. Jadilah masjid
seperti lambang gajah putih atau muzium sahaja. Kerja memusnahkan
peranan dan fungsi masjid ini kerja syaitan dan berdosa. Kamu tak takut
dosa ke? Lepas ini apa pula yang kamu nak musnahkan di Pahang ini.
Kalaulah Allahyarham Tun Razak masih ada beliau tentu menangis melihat
gelagat kamu.
Ustaz D
ULASAN MARHAIN TUA
Asslamuaikum w.b.t.
Saudara yang dihormati,
Tulisan dari hati nurani saudara kelihatan amat ikhlas sekali sehinggakan saya memanjangkkan terus pada waktu 0115 pagi yang shahdu ini. Secara kebetulan saya baru juga mengirimkan artikel saya berjodol 'Yang Lucah, Lucu dan leceh' di mana saya menyindir bahawa gelagat Adnan-UMNo itu seolah-olah terkena badi Bentong Kali. Sebagai orang Pahang, tentu saudara lebih arif akan perangai beliau dan juga sukusakat beliau yang kerap mendampinginya.
Saya lebih memikirkan masadepan orang Melayu di Pahang dan berdoa setiap waktu meminta para pengundi di Sanggang akan bermurah hati mengundi calon BA di hari pengundian nanti. Dengan cara ini Adnan-UMNo akan sear betapa gelagatnya itu adalah tidak cocok dengan jawatan yang disandangnya. Inilah masalah yang dihadapai oleh semua pemimpin UMNO mereka tidak sedar apakah ertinya kepimpinan itu dan siapakah sebenarnya TUAN mereka. Mereka fikir tuan mereka adalah Mamak Mahathir. Sedangkan tuan Mamak Mahathir pun adalah rakyat semuanya. Selagi mereka tidak disedarkan kunci politk ala demokrasi ini, mereka akan hanyut terus dengan segala impian untuk membalun khazanah negara ini. Kerana itu, Sanggang mesti diambil alih oleh Barisan Alternatif. Dari situ rakyat akan bangkit dan akan melakukan apa yang perlu dilaksanakan untuk menghukum Mamak Mahathir atas kedurjanaannya. Selama ini ia fikir rakyat bodoh dan bangang. Dia tidak tahu, apa yang sedang direncana oleh rakyat secara keseluruhannya. Dia tidak sedar bahawa rakyat yang diperlekehkannya selama ini adalah tuannya yang sebenar. Mungkin sudah timbul keresahan di hatinya akan perkara ini makanya dia mahukan raja-raja turun ke padang untuk membantunya.
Besar kemungkinannya Adnan-UMNO berlagak sumbang atas arahan Mamak Mahathir juga. Perkara ini akan kita tahu akhirnya kalau Sanggang terlepas ke tangan Barisan Alternatif. Adalah amat malang sekali kalau Adnan-UMNO terus berlagak seperti itu. Dia harus sedar bahawa Mamak Mahathir sebenarnya sedang menghitung harinya sahaja. Kalau dia takut menghadapi mahkamah dan berdepan dengan Anwar Ibrahim, InsyaAllah dengan kuasa Allah, rakyat akan menentukan dia berdepan juga dengan Anwar satu masa kelak, selagi hayatnya dikandung badan. Perkara ini harus difahami oleh Adnan-UMNo dan juga raja-raja sekelian sebelum terlambat.
Terimakasih di atas keperhatinan saudara. Saya panjangkan artikel saudara itu dengan niat yang ikhlas juga.
Salam Hormat
-Marhaintua-