PERUTUSAN HAPAK SEORANG ................ II

Suasana Niaga di Tanah Melayu - Peniaga Cekap dan Tekun?

Hampir semua 'pendatang ' kaum China dan India datang ke Tanah Melayu pada satu ketika dulu secara sehelai sepinggang. Mereka telah maju mengharungi dunia niaga melalui sistem monopoli, cara penipuan dan kollusi perniagaan. Tetapi, apabila orang Melayu membuat kajian akan kejayaan orang China, kita diberitahu bahawa mereka berjaya kerana ketekunan berniaga. Inilah satu penipuan yang besar kerana kita tahu perniagaan orang Cina berjaya disebabkan perlindungan yang diterma dari persatuan suku kaum mereka. Kalau mereka naik secara tekun semata-mata kenapakah ramai yang naik itu menjadi bengkrap akhirnya? Kenapakaah apabila sudah untung besar mereka sanggup lari ke negara maju dengan keuntungan mereka?

Tentunya segala keuntungan yang mereka bawa itu adalah satu perbuatan kurang ajar dan lupa daratan. Bukankah perkara itu berulang dan berulang selalu sejak satu ratus tahun yang lalu? Perkara demikian tidak begitu ketara di kalangan orang India kerana mereka datang melalui sistem yang dipanggil "Indenture System" di antara kerajaan British dan raja-raja Melayu. Sistem yang sama telah dilakukan oleh British dengan orang Afrika apabila mereka membawa masuk orang India untuk membuat landasan keretapi.

British telah menggalakkan orang Cina masuk ke Tanah Melayu bagi tujuan membuka hutan belentara untuk penerokaan hasil bumi seperti arang batu, bijih, besi dan emas. Mereka membawa masuk orang India untuk membina jalanraya, landasan keretapi dan meneroka belantara untuk menanam kopi dan kemudiannya getah. Orang Punjabi dan Gurkha di bawa masuk sebagai pengawal keselamatan. Sistem membawa masuk rakyat India ke Malaysaia memungkinkan mereka pulang secara 'Patriation Scheme' yang diuruskan oleh Jabatan Buruh. Mengikut skim ini sesaorang pekerja itu boleh pulang ketika mencapi umur pencen dan menerima pencennya di kampung asalnya di India. (Dari sinilah tercetusnya kisah bagaimana Datok Hassan Ibrahim telah pergi ke India dan mendapati orang yang dikirimkan pencennya itu sudah lama mati tetapi terus menerima pencennya. Perkara ini boleh berlaku kerana si pewaris si mati itu sudah memotong ibujari si mati dan mengeringkannya. Ibu jari kering dan sudah diawet telah digunakan untuk mengeluarkan cap jari untuk tuntutan pencen bulanannya.)

Setiap kali kita membincangkan orang Cina dan orang India kita mesti ingat bahawa bukan semua mereka ini yang mementingkan diri sendiri. Ramai juga orang Cina dan orang India yang banyak membantu orang Melayu dalam perniagaannya. Malahan ramai juga orang Cina dan orang India yang beragama Islam dan mempunyai peralian rapat dengan orang Melayu.

Sebenarnya orang bukan Melayu berjaya dalam dunia niaga kerana peluang yang tersedia ada. Lihat sahaja kepada Globe Silk Store. Ia merupakan satu gedung yang paling popular kerana orang Melayu memberikan tumpuan kepadanya sebagai alternatif kepada mengunjungi kedai Cina. Globe mula bertapak kerana hubungan rapat membeli kain lebih keluaran kilang ataupun 'production overruns' dan juga 'export reject' pada tahun enampuluhan dulu. Orang Melayu berpusu-pusu di situ kerana harga yang murah. Tetapi, apabila muncul gedung kain yang dikendalikan oleh orang Islam seperti 'Mydin', Globe rasa tertekan. Mujur juga sekarang ini, kerana Globe sudah lama bertapak dan mempunyai kilangnya sendiri. Kalau orang Melayu mahu membuat perniagaan seperti Globe Silk Store, ia pasti kantul seperti kantulnya perniagaan MARA seperti itu yang pernah dimulakan di Ampang Park.

Implikasi Pecah dan Perintah Penjajah

Perbuatan British untuk memecah dan memerintah memang ditentang oleh segelintir raja-raja Melayu. Sebagai kebiasaan, raja Melayu pun menggunakan taktik 'War by proxy' seperti menggunakan Dato Maharajalela untuk membunuh Birch. Begitulah juga dengan perjuangan yang dilakukan oleh Mat Kilau, Dato Mat Saman, Orang Kaya Gagap, Orang Kaya Bahaman dan sebagainya. Tetapi, taktik ini amat mudah ditumpaskan kerana inilah taktik yang dicipta oleh British di Afrika dan negara Arab. Yang amat menjadi kehairanan kita ialah bagaimanakah seorang Advisor British boleh menjadi penasihat raja-raja dan mengeluarkan segala bentuk arahan yang diikutkan sahaja oleh raja-raja itu? Kenapakah raja-raja sanggup mengikut perintah seorang 'advisor' dan membelakangkan risikan para pegawai istana dan rakyatnya? Apakah ugutan yang digunakan sehingga membolehkan seorang 'advisor' memberi 'arahan' kepada seorang sultan di negerinya sendiri?

Bila fakta sejarah diputarbelit

Sejarah penjajahan British memang tercatit dengan jelasnya dan boleh dibaca di mana-mana. Ia bukan sahaja ditulis oleh orang Melayu, bahkan ditulis oleh ramai cendikiawan asing kerana peradaban melayu di bawah penjajah British adalah satu peradaban yang amat menarik sekali. Ia ditulis oleh pakar sejarah Indonesia untuk menyorot sejarah peradaban orang Indonesia itu sendiri. Pakar sejarah Brunei menulisnya untuk tujuan yang serupa. Kalau kita baca 'Islam in the Phillipines' tulisan Cesar Adib Majul, kita akan dapat mencermati betapa beliau telah membuat satu kajian yang menyeluruh akan sejarah kesultanan Melayu di seluruh gugusan kepulauan Melayu. Inilah satu kajian ilmiah yang menyerlahkan betapa raja-raja Melayu dapat bertahan begitu lama.

Di Library of Congress di Amerika ada beberapa buku lama yang ditulis oleh pakar sejarah yang bertugas khas dalam pasukan ketenteraan Amerika ketika itu. Mereka menulis secara rengkas sejarah orang Melayu. Malahan ada dua jilid Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Inggeris(Amerikan) yang telah diterbitkan pada tahun 1948.

Kita tidak bertujuan menyorot perutusaan MAHAFIRAUN kerana ia membuang masa kita sahaja. Cuma kita mahu menarik minat para pembaca satu fakta yang tidak pernah mahu ditonjolkan oleh penulis barat. Fakta ini juga tidak mahu diketengahkan oleh MAHAFIRAUN mungkin disebabkan alasan yang serupa. Seperti juga para penulis asing MAHAFIRAUN tidak mahu mengaku bahawa ketahanan raja-raja Melayu di negara ini dan di kepulauan Melayu yang lain ialah disebabkan kepercayaan mereka kepada ajaran agama Islam. Apakah tahap penganutan agama itu sebenarnya, bukanlah patut kita bincangkan di sini. Tetapi, cukuplah dulu kalau kita rakamkan bahawa ajaran agama Islamlah yang menentukan kekalnya singgahsana raja-raja itu sehingga hari ini. Kerana itu apabila Kerajaan Fillipina memperakui Jose Rizal sebagai bapa perjuangan bangsanya mereka terus akur bahawa mereka adalah daripada kelompok Melayu. Kita boleh melihat satu tugu besar seorang perwira yang menungang kuda di tengah kota Manila. Beliau ialah Sultan Sulaiman yang merupakan seorang raja beragama Islam yang telah ditumpaskan oleh Sepanyol.

Kalau Sultan Suleiman tumpas di Sepanyol, sejarah Melayu Filipina telah merakamkan betapa Magellan seorang pengembara terulung Sepanyol telah ditumpaskan oleh Lapulapu di kepulauan Bisayaas. Sejarah Fillipina pada keseluruhannya ditulis oleh mereka yang beragama Katholik. Kerana itu mereka telah melindungi fakta sebenar, terutama sekali kebenaran bahawa Jose Rizal adalah seorang cendikiawan Melayu yang beragama Islam. Kalau kita cermati sajak-sajaknya kita akan dapat gambaran betapa beliau pernah berada di Mekah untuk mencium kaabah. Malahan kalau kita teliti betul-betul akan perkataan Bahasa Tagalog itu ia merupakan Bahasa melayu Kuno ataupun bahasa kedaerahan. Contohnya: Orang sana berkata 'Ano Pangalan Mo' yang membawa makna 'Apa nama mu'. Bukankah 'pangalan' sama dengan perkataan 'panggilan'?

- Putar alam dan Putar Ilmu

Apabila MAHAFIRAUN mengatakan bahawa Kerajaan Melaka tumpas kerana pasukan Portugis sudah ada 'muzzle loaders' kita mampu ketawa. Kita boleh ketawa kerana 'mazzle loaders' tidak pernah tersurat sebagai punca kejatuhan kerajaan Melayu Melaka. Kerajaan itu jatuh kerana raja yang bingong dan dungu. Kita jangan lupa bagaiman raja Melayu telah membenarkan rakyatnya pergi mengembara di lautan-dalam sebagai pembantu kepten asing yang datang berdagang ke Melaka. Tidak terlintas pada raja-raja dan pucuk ketuanan Melayu ketika itu untuk berkongsi sama dengan ketua dagang asing dalam perniagaan antarabangsa. Perakara ini berlaku kerana raja-raja dan orang istana sibuk dengan gundek-gundek yang silih berganti. Apabila pendatang asing mengajar mereka menghisap madat ramailah yang menjadi kaki candu yang sentiasa berkhayal sepanjang masa.

Raja Melayu dan Pereniagaannya

Ketika Melaka dikerumuni oleh pendatang asing, Sultan Melaka sepatutnya bercampur dengan peniaga asing yang berjaya untuk membuat kajian bagaimana mereka boleh berjaya. Dari situ akan terdedahlah betapa pendatang asing itu membuat pelayaran diatas tajaan raja-raja mereka. Sultan Melaka seperti juga raja Melayu lainnya hanya selesa dengan cukai yang dikenakan ke atas peniaga asing itu.

Oleh kerana raja-raja tidak berminat dengan perniagaan, tidak ada seorang raja pun yang sanggup meletakkan syarat kepada pendatang asing untuk mendapat sebahagian daripada keuntungan yang diraih oleh peniaga asing itu. Sebaliknya kita lihat peniaga Islam yang datang telah mengajar raja-raja berniaga sambil membina tapak masjid yang luas. Kebanyakan mereka itu mendapat bidang tanah yang luas bukan sahaja untuk kerja-kerja ibadat, tetapi sebagai tempat mendirikan stor ataupun gudang menyimpan barangan dagang mereka. Di celah-celah stor itu dibina pula beberapa bilik untuk tempat tidur awak-awak kapal mereka. Oleh kerana mereka beragama Islam, mereka pun mengahwini orang tempatan dan mengembangkan ajaran Islam itu. Sebagai orang perantauan mereka tentunya tidak ada masa yang panjang untuk kerja-kerja dakwah, lantas dibawanya imam-imam dan guru agama daripada luar untuk kerja-kerja tersebut. Apabila mereka berangkat pulang ke negara asal, imam-imam tinggal sebagai wakil kepada tuanpunya barang niaga tersebut.

Perkara yang sama berlaku kepada para niaga yang datang daripada Eropah seperti Portugis, Belanda, Inggeris dan Sepanyol. Di tahap awal, Inggeris memberikan penekanan kepada Pulau Pinang dan akhirnya Singapura. Belanda memfokuskan perhatian kepada Indonesia dan ada juga sekejap di Melaka. Sepanyol memberi pehatian kepada Fillipina terutama sekali di tahap awalnya di bahagian selatan yang disebut kawasan orang Moro. Portugis memberikan penekanan kepada Melaka dan Macao.

Melaka menjadi tumpuan besar orang Portugis kerana ia merupakan persinggahan perjalanan terus daripada Brava dan Merka di Somalia. Hanya apabila mahu berdagang di India barulah mereka pergi ke Goa. Di semua tempat persinggahan ini, Portugis telah mengembangkan ajaran Katholik dengan mengahwini orang tempatan. Kesan sejarah Portugis ada di Kampung Mortan di Melaka. Siapakah yang dikahwini oleh lanun-lanun Portugis ini kalau bukan orang Melayu? Kalau kita lihat kulit orang Melayu kita dapati mereka berkulit sawo matang. Kulit orang Portugis pula kebanyakannya mengikut kulit orang putih yang biasa itu. Tetapi kenapakah ada keturunan Portugis yang hitam legam? Jawapannya ialah mereka itu adalah campuran Portugis dengan Somalia ataupun Ethiopia. Mereka dilarikan ke Melaka setelah perkampungan Portugis di Brava dan Merka (Somalia) di serang oleh orang tempatan dan membakarnya samasekali. Dalam sejarah Portugis, kedua-dua perkampungan itu sahaja yang dapat dimusnahkan oleh orang pribumi.

Kalau orang Islam Somalia berjaya menghalau semua suku sakat Portugis yang beragama Kristian daripada bumi Merka dan Brava kenapakah orang Melayu tidak boleh melakukannya? Orang Melayu tidak mampu berbuat demikian kerana ramainya orang bukan Melayu yang sudah lama menetap di Melaka. Mereka ini merupakan keturunan Keling, Cina dan Baba, keturunan Raja Mandeliar dan keturunan berdarah Belanda, Bugis dan Aceh, Mandeling dan Jawa, Minang dan Batak yang menetap di sana.

Disebabkan ramainya penduduk bukan Melayu yang asli di Melaka, raja-raja Melaka yang memerintah terpaksa mengambil langkah berhati-hati dalam mentadbir negara. Perkara ini lebih menekan disebabkan fitnah yang selalu menghantui kerajaan Melayu itu.

Kenapa Raja-raja Melayu Tidak Bersatu

Kalaulah semua raja-raja Melayu bersatu ketika itu, orang Melayu sudah mampu menjadi satu kuasa yang besar di abad ini. Orang Melayu sudah mampu menjadi lebih besar dan lebih kuat daripada Bangsa Jepun. Tetapi itulah suratan. Semua raja-raja Melayu dilaga-lagakan oleh orang yang mendatang agar mereka sentiasa beperang di antara satu sama lain. Singgahsana kesultanan Melayu Melaka semakin tergugat apabila sultan memberi kepercayaan kepada orang yang mendatang daripada Benua India. Sejak itu terjadilah pelbagai cerita karut-marut disebabkan hasutan dan ketamakan yang dicetuskan oleh masyarakat daripada India itu. Perkara ini berlaku kerana dinasti kesultanan Melayu tidak memperlengkapkan anak-anak muda mereka dengan ilmu pengetahuan.

Buku sejarah kerap menyatakan betapa seorang raja sanggup menghantar puteranya ke kampung pendalaman untuk belajar ilmu silat daripada seorang guru. Selalunya guru silat tidak tahu menulis dan membaca, apa lagi yang boleh dipelajari oleh si putera itu? Apabila dia naik takhta dia pun menjadi buta huruf. Kerana itu setiapkali raja dulu menerima warkah daripada raja-raja lain, dia tidak pun membacanya kerana dia sememangnya tidak tahu membaca. Inilah puncanya kemasyhuran penglipur lara, tukang karut dan tukang cerita, dan akhirnya dondang sayang. boria dan dikir barat.

Oleh kerana raja dulu tidak tahu membaca maka budaya membaca itu tidak jadi budaya orang Melayu. Apabila budaya membaca bukannya budaya Melayu ketika mempelajari agama Islam pun raja-raja tidak berminat mempelajari Bahasa Arab.

Kealpaan dan kebodohan yang dicanai pada otak jemala raja-raja dulu dijadikan satu tradisi oleh pemimpin Melayu kini. Kerana itu agenda menjadikan orang Melayu sebagai satu bangsa yang bijaksana tidak ada dalam buku rencana utama pemimpin UMNO. Kalau ini dilakukan terpaksalah semua anak Melayu mempelajari agama Islam itu melalui Bahasa Arab. Kalau Bahasa Arab dikuasai oleh semua anak Melayu akhirnya, apakah peluang korupsi, kollusi dan memperkayakan kroni menjadi amalan pemerintahan yang berkuasa?

Di sinilah liciknya MAHAFIRAUN dalam perutusan alaf barunya itu. Dia telah memutarkan fakta sejarah kesultanan Melayu sebagai bahan ugutan untuk memperlekehkan peradaban Melayu itu sebenarnya. Episod panjang yang membuatkan tercetusnya reformasi rakyat terhadap penubuhan Malayan Union dijadikannya alasan agar orang Melayu berwaspada terhadap penjajah baru di alaf baru. Kerana itu dia telah membina pelbagai struktur sebagai lambang keagongan Melayu sedangkan semua pembinaan itu memerlukan wang yang besar yang sepatutnya disalurkan ke arah pencapaian ilmu pengetahun secara menyeluruh. Tujuan sebenarnya, dia mahukan satu masyarakat Melayu yang berpada sahaja pengetahuannya agar mereka akan terus akur kepada segala arahan yang akan diterapkan oleh dinasti segelintir pemimpin Melayu. Inilah dinasti yang kini berada hanya dalam Kelab Kroni seorang diktator tua. Maka akan wujudlah seorang patriach Melayu berdarah campuran dalam sastera sejarah Melayu moden yang akan penuh dengan dilemmanya. Mungkinkah nanti patriach Melayu ini menjadi bahan rujukan permainan boria, dikir barat dan dondang sayang. Ataupun ia menjadi ukiran lambang kepala kudang kepang?

Sayang sekali, perutusan perdana yang keluar dari mulut seorang pemimpin ulung negara ini tidak membawa semangat baru kepada rakyatnya. Laksana bunga api raksaksa yang ditembak ke angkasa yang gelap gelita, dentuman yang memberikan gegaran itu hanya diwarnai oleh pecahan serbuk besi karat dan debu belerang yang berkelip-kelipan dan berjuntai-juntaian untuk menerangi alam buat seketika. Apabila selesai, kembali gelaplah ruang angkasa itu dengan sejarahnya yang tersendiri.

-MT-
1.1.2000.

(kita akan sambung dan bincangkan; 'Benarkah Globalisasi Mengancam negara?')




Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com