Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

Suasana Lebaran Pencetus Minda 1

Awalkata :

Sempena hari baik bulan baik, sepuluh jari yang tersusun mungkin tidak lengkap untuk menyerahkan diri ini ke pangkuan para Webmasers, pembaca dan para peminat setia. Semoga hari lebaran ini disusuli oleh keberkatan Illahi yang berpanjangan. Insya Allah.

**** *****

MENCARI KERELAAN ILAHI

Suasana lebaran sememangnya satu suasana yang paling unik dan sungguh mistik. Tidak kiralah di mana kita merayakannya. Di tanah air sendiri ataupun di perantauan, syahdu hari lebaran adalah sesuatu yang tidak ada duplikasinya dari satu tahun ke satu tahun dan dari satu negara ke satu negara. Tidak kira juga cara apa kita merayakannya; baik dengan juadah lebaran yang sungguh ekstravagan ataupun hanya sekadar secangkir kopi hitam, hari lebaran tetap syahdu kerana ia adalah satu hari penjanjian di antara insan dengan penciptanya. Lantas, suasana setiap hari lebaran itu tidak ada klonnya kerana itulah lambangnya kekayaan Tuhan.

Apa juga bentuk juadah yang akan dihadapi, setiap hari lebaran sebenarnya memberikan masa yang panjang untuk setiap insan menarik nafas dan merenung jauh akan apa yang terpaut di hatinya di hari yang berlalu; agar ia terus menjadi satu iktibar pernuh nostalgia. Di waktu yang sama setiap suasana yang dilalui itu membawa satu denyutan kecil di lubuk hati untuk memikirkan suasana kehidupan sekeliling kita. Apabila ini berlaku bererti tercetuslah makna sebenar hari lebaran itu.

Sememangnya hari lebaran merupakan satu peluang untuk kita menjana minda menganalisa setiap kejadian alam yang berlaku di keliling kita agar kita sensitif dengan perlakuan itu. Sensitibiti inilah yang akan memperkayakan pengalaman kita sehinggakan kematangan itu melahirkan satu iktibar yang penuh makna.

Fitrah Kehidupan

Kalau kita menghadapi satu dulang juadah yang enak, mungkin kita terkenangkan keadaan sekumpulan famili yang miskin yang kita pernah temui dan pasti menggoreskan perasaan kita. Bagimanakah agaknya keluarga itu menghadapai hari lebarannya? Bagaimanakah si bapa menjawab soalan si anak kenapa tidak ada baju baru, kasut baru dan seluar baru? Si ibu mungkin terpaksa berbohong lagi kalau si anak bertanyakan kenapakah tidak ada juadah yang enak-enak di hari lebaran? Kalau sinario ini datang laksana gambar wayang di skrin pemikiran kita bererti ada sesuatu yang perlu kita lakukan. Allah tidak melakarkan mesej begitu rupa di otak kita kalau tidak ada sesuatu yangperlu kita lakukannya sebagai sebahagian tanggungjawab kita terhadap masyarakat sekeliling.

Kalau juadah yang enak itu adalah sesuatu yang kita usahakan dengan titik peluh kita secafra halal, apakah mungkin secebis daripada hidangan itu disalurkan kepada golongan yang amat memerlukannya untuk hidup? Bukankah makan itu untuk hidup dan bukannya hidup itu untuk makan?

Demikianlah fitrah kehidupan ini. Ia merupakan satu perjalanan yang panjang dan kadangkala ia perlu dilalui oleh seseorang insan itu lebih panjang daripada yang selalu dilalui oleh orang lain. Setiap laluan adalah berbeza dan jarang sekali laluan yang sama akan dirasakan. Itulah kebesaran Allah. Makanya manusia hanya boleh merancang perjalanan hidupnya tetapi yang merestui perjalanan itu agar mengikut plan yang dirancangkan hanya terletak pada yang Maha Esa. Begitu hebat kuasa yang adal padaNya. Keupayaan setiap insan menyedari keajaiban itu akan membolehkannnya merasai nikmat untuk bersyukur kepada penciptanya dan bukannya bersyukur kepada pucuk pimpinan parti yang memerintah negara.

Menyedari hakikat ini hari lebaran tentunya membawa kenangan kita untuk membuat perbandingan taraf hidup diri kita dengan diri insan yang berjiran dengan kita. Lantas secara tidak lansung kita akan membuat perbandingan perbezaan hidup di antara bangsa kita dengan bangsa yang lain. Jikalau kita lihat keadaan hidup orang Melayu yang serba terdesak sekarang ini isu Nepotisme dan Kronisme seharusnya tidak timbul sebagai isu yang paling top dan hangat. Yang patut dihangatkan ialah cara kita menangani masalah yang dihadapi secara sebenarnya masakini. Sudah sampai masanya kita lebih realistik dan mencari kata muafakat untuk memperbaikki diri dan nasib kita secara lebih saintifik daripada lebih memberi penekanan kepada emosi kita.

Kita harus mengambil iktibar daripada apa yang pernah dialami oleh Nabi Musa a.s Beliau pernah mendabek dada setelah berjaya membelah Laut Merah ketika melepaskan diri Bani Isael daripada cengkaman Firaun durjana. Ketika kekurangan makanan dan minuman beliau telah direstui Allah dengan Manna dan Salwa. Kerana itu beliau telah mendabikkan dadanya ketika dipuji oleh pengikutnya. Apabila Allah memperingatkannya akan bongkaknya itu barulah beliau sedar pentingnya akan sikap merendahkan diri sehinggakan beliau disuruh berguru kepada Nabi Khidir. Begitulah juga halnya dengan orang Melayu. Kita jangan mudah melatah kerana dipuji. Di samping itu kita juga jangan mudah gelisah kerana dicaci . Hanya Allah yang maha mengetahui akan segala-galanya. Terlalu banyak budaya lama yang perlu kita ketepikan. Jika ini tidak kita usahakan dari sekarang, jadilah kia laksana si luncai yang erjun ke sungai dengan labunya.

Siang Berpapas Malam Berembun

Kehidupan majoriti orang Melayu kini sudah sampai ke tahap yang menyedihkan. Semakin ramai yang tidak mempunyai rumah tangga. Semakin ramai yang terpinggir dan tidak mampu membayar pendawaian lampu dan telefon. Walaupun status mereka belumlah lagi sampai ke tahap malam bertudung embun dan siang bertudung awan, kita harus akui sudah semakin ramai yang sebenarnya hidup menderita.

Di ibukota Kuala Lumpur, untuk menampung sara hidup yang tinggi dan semakin naik lagi, ramai ketua keluarga yang terpaksa membuat kerja sambilan. Malahan sudah ada sekarang ini pegawai tentera yang mencuri-curi bekerja sebagai pemandu teksi di malam hari untuk menutup keperluan belanja anak-anak yangsemakin membesar. Namun perkara yang sama idak pula berlaku kepada pegawai polis kerana merka mungin lebih pandai berjimat, jika dibandingkan dengan pegawai tentera. Ataupun mereka mempunyai ramai 'godfather' yang sanggup mengeluarkan sabsidi untuk membantu mereka menangani masalah sara hidup yang semakin tinggi. Soalnya adakah sumbangan 'godfather' itu sesuatu yang halal ataupun sebaliknya.

Kita pernah menulis berapa perlunya kerajaan menyediakan rumah kepada setiap penduduk di negara ini. Kita tidak mahukan rumah percuma tetapi kita mahukan rumah yang dapt dibayar denan harga yang berpatutan seperti yang dipraktikkan oleh negara lain ke atas rakyatnya.Desakan untuk mendaptkan sebuah rumah untuk dijadikan milik di hari tua seseorang insan yang bergaji di bawah Rm1500 setiap bulan perlu menyediakan lebih dari tiga puluh persen untuk mencapai hasratnya itu. Ini adalh disebabkanharga rumah yang tinggi, lebih tinggi daripada sesetengah negar yang telah lama lebih maju dari kita. Kerana itu kita telah mencadangkan agar kerajaan memandang keperluan menyediakan rumah kepada setiap rakyat dengan harga yang berpatutan sebagai satu topik yang serius. Berasaskan beberapa cadangan yang pernah kita kemukakan dulu, tidak ada sebab setiap rakyat tidak mampu memilikki sebuah rumah idamannya sendiri.

Hidup Untuk Makan?

Kos sara hidup adalah amat tinggi sekarang ini. Bayangkan apa jadinya kepada sebuah keluarga yang mempunyai pendapatan sebanyak RM1000 satu bulan? Sewa rumah setinggan sahaja sudah menjangkau RM350. Perbelanjaan dua orang anak yang sekolah boleh menelan hingga RM300. Selebihnya untuk makan. Apa yang termampu dibeli oleh seorang ibu dengan duit sebanyak itu? Mampukah si pencari nafkah (si bapa) menyimpan secebis pendapatan bulanan itu untuk dijadikan modal membayar cengkeram membeli sebuah rumah untuk warisannya. Mampukah dia membeli makanan yang berzat untuk keluarganya. KALAU PENDAPATANNYA SEKITAR ITU KOS PERUBATAN KELUARGANYA ADALAH TANGGUNGANNYA. Manakah mungkin dia menyediakan ahli keluarga yang sihat untuk masa tua mereka?

Kalau si bapa tidak berupaya untuk menyediakan asas kehidupan ini, makanya beliau tidak akan berupaya untuk menentukan anak-anak mendapat bantuan tusyen dalam pelajaran mereka yang dapat menjamin kejayaan dalam pelajaran. Lantas si ibu terpaksa mencari kerja juga untuk membantu si suami dan memperbaikki kehidupan mereka. Risikonya, anak yang pulang daripada sekolah terpaksa mandiri tanpa pengawasan si ibu yang teliti.

Bila Anak-anak Terasa Dipinggirkan

Anak-anak yang dibiarkan berdikari ketika usia mereka yang masih muda mudah terdedah kepada pengaruh kawan-kawan sekolah yang mungkin meruntun akhlak mereka yang berlaku secara berdikit tanpa dikesan oleh ibubapa yang sibuk dalam pekrjaan harian. Inilah punca masyarakat bohsia dn bohjan di kotaraya negara ini. Yang paling ekstrim anak-anak itu ketika mereka semakin membesar menjadi satu kumpulan yang memberontak dalam hati terhadap corak hidup yang mereka hadapi lantaran mempunyai ibu bapa yang hanya mampu kais pagi makan pagi dan kais petang makan hati. Fenomena ini sebenarnya telah menjebak sebilangan besar keluarga Melayu Singapura untuk beberapa tahun yang terbelakang sehinggakan ramai anak-anak mereka yang menganut agama Kristian tanpa pengetahun ibu bapa mereka.

Untuk mengelakkan fenomena ini melarat secara meluas, adalah tugas setiap orang Melayu memikirkan bagaimanakah institusi yang menguruskan zakat di negara ini dapat dikawal selia agar memberikan tumpuan kepada penyediaan dan pengawalan anak-anak muda yang memerlukan bantuan untuk menjadikan mereka pelajar cemerlang.

Pemimpin Melayu di negara ini kerap bercakap tentang pentingnya menegakkan maruah bangsa Melayu Tetapi, selalunya orang yang paling kerap menggunakan topik ini tidak pun menampakkan minat yang serius untuk merealisasikannya. Kalau kita lihat sinario yang berlaku di Singapura kita dapati kebanyakan anak Melayu terjebak kepada pengaruh Kristian melalui kelas tambahan ataupun tusyen. Disebabkan pendapatan ibubapa yang sederhana anak-anak Melayu selalunya dijangkakan pulang ke rumah sebaik sahaja tamat tusyen mereka itu. Tetapi, pengaruh kawan-kawan kerap menjebak anak-anak ini untuk menerima pelawaan makan ataupun minum di kedai Kentaki ataupun Emdonal ataupun beberapa tempat makanan segera yang lain yang sejenis dengannya. Kekerapan belanja makan ini akhirnya memaut keyakinan anak-anak Melayu yang tidak berdosa itu kepada mempercayai persahabtan yang terjalin. Akhirnya masyarakat Melayu di Singapura telah pun terbelah dua di mana ada yang beragama Islam dan ada yang beragama Kristian. Malahan sudah wujud satu persatuan Melayu Kristian Singapura.

Dengan terbinanya satu kota kecil yang mempertahankan satu golongan Melayu yang telah terpesong akidah ke Islamannya, maka menularlah pengaruh itu dengan pantasnya ke negara ini dan hasilnya kini telah muncul satu golongan Melayu yang tidak lagi beragama Islam. Bilangannya semakin meningkat dan kita tahu semakin ramai yang sudah meminta agar mereka dapat mendafar penukaran pegangan agama mereka itu.

Bila fikiran Melayu dinoda.

Dengan itu kita sebagai orang Melayu yang beragama Islam perlu menepuk dada dan bertanya iman kita, apakah yang patut kita lakukan? Dalam mencari jawapan ini saya ingin mengambil satu petikan tulisan seorang pemimpin Melayu yang terkenal yang bergelar MAHAFIRAUN yang menulis dalam bukunya "A New Deal for Asia":

........People will move. Geographical or man-made barrier will not stop people from moving from one country to country. They will move in trickles at first but the movement will be massive as the century progresses.

"The single-ethnic country will rapidly disapper. Every country will eventually be multiethnic and therefore multicultural. The different ethnic groups in each country will fight each other at the beginning but eventually they will all be reconciled to living together.

Inilah dia tulisan seorang pemimpin yang diiktiraf sebagai wira dunia ketiga. Inilah tulisan seorang pemimpin yang seminggu dulu amat takut dengan globalisasi, yang mengatakan bahawa sistem pemerintahan ciptaaan barat tidak akan bertahan lama. Inilah dia seorang pemimpin yang menolak konsep Malaysian Malaysia bukannya sebab konsep itu tidak bagus tetapi kerana konsep itu diketengahkan oleh parti pembangkang.

Yang lebih menghairankan kita, beliau terus menulis:...

"They will intermarry or cohabit. Their children will be of mixed parentage, neither black, nor white, nor brown, nor yellow. Tgheir colour will be indeterminate. Their cultures will also mix. For most there will be no religion. There will be a tussle between those who want to keep their religious faith and those who reject any kind of spiritualism"

Apakah yang boleh diharapkan oleh orang Melayu kalau pemimpin agungnya sendiri tidak yakin bahawa bangsa Melayu di alaf baru tidak akan berupaya mengekalkan akidah mereka? Apakah harapan orang tua di kampung akan keselamatan anak-anak gadis mereka di bandar yang berkemungkinan besar tinggal bersekedudukan tanpa nikah kerana seorang pemimpin agung sudah pun meramalkannya?

Apakah bezanya konsep memberikan secara percuma kondom untuk digunakan oleh muda mudi dibandaraya Kuala Lumpur dengan konsep tinggal sebumbung tanpa nikah? Tergamakkah ibu dan bapa di kampung merelakan pemergian anak-anak yang tinggi pelajarannya mengharungi hidupkota yang penuh segala pancaroba daripada kemungkinan dirogol hingga kemungkinan dipikat memasukki agama orang lain?

Perjalanan Pancaroba

Demikianlah perjalanan hidup orang Melayu di negaranya sendiri. Mereka terus berasa dalam satu situasi yang mencemaskan. Dari segi tekanan politik ia mencemaskan kerana pucuk pimpinan yang terlalu berkuasa sehingga memungkinkan satu sistem pemerintahan kuku besi yang mudah bertukar kepada kukutembaga. Apabila ini berlaku semua raja-raja mungkin kehilangan singgahsana mereka kerana singahsini terbaru memang sudah disediakan di Putra Jaya.

Seluruh umat Melayu harus bersatu padu tidak kira apakah fahaman ataupun ideologi politik mereka. Umat Melayu itu sebenarnya sedang terancam. Ia diancam oleh pengaruh yang selalu dikatakan datang daripada luar yang akan menukarkan akidah orang Melayu itu. Matlamatnya ialah menukarkan akidah keIslaman kepada akidah yang songsang. Sudah wujud satu gelombang yang amat kuat yang membuatkan orang Melayu itu berbelah bagi dalam mencapai kata sepakat dalam kehidupan mereka. Gelombang laksana putaran seorang pakar kongfu yang memutarbalikkan kepala naga kertas semakin meyakinkan kita. Kita harus sedar bahawa oang Melayu yang laksana naga kertas itu sudah sampai ke satu persimpangan yang amat bahaya.

Seperti yang kita tulis dalam 'Masadepan Melayu di Alaf Baru' orang Melayu harus bangun dari lena mereka. Mereka harus sedar betapa maruah bangsa sedang tercabar. Ia menjadi tercabar oleh satu cadangan yang nampak kecil sahaja issunya. Keputusan konsensus agar jawatan tertinggi parti tidak diperandingkan sepattunya dikaji semula. Rakyat Melayu tidak kira samada ahli UMNO ataupun tidak harus membuat analisa akan perkara ini semasak masaknya. Jangan mudah terpedaya untuk menjadi golongan atas pagar dalam hal ini.

Keputusan konsensus yang nampak amat bersahaja itu sebenarnya mengandungi satu jenis racun yang amat berbisa. Laksana pelawaan terhadap anak-anak muda Melayu untuk makan percuma, tawaran untuk merelakan keputusan konsensus MT berkuatkuasa serta merta adalah satu rencana untuk menjadikan orang Melayu bertuankan para 'patriacah' dan 'matriach' dinasti yang akan berkuasa dalam sebuah kota bikinan syaitan yang bernama UMNO.

Putarbelit Yang Menakutkan Semua Bangsa

Kalau kita lihat reaksi rakyat Malaysia, kita dapati ramai bukan Melayu yang semakin sedar betapa bahayanya konsensus ini.Mungkin kesedaran itu timbul seelah membaca tulisan MAHAFIRAUN yang dierbitkan di luar negara. Ia amat brcanggah dengan apa yang diucapkannya kepada rakyatnya sendiri. Rakyat Malaysia yang cintakan keharmonian negara amat mengharapkan seluruh akar umbi UMNO akan bangkit mempertikaikan konsensus itu. Sejak tersiarnya keputusan MT UMNO yang mengesahkan konsesnsu itu kita tidak mudah lupa akan apa yang dicakapkan dan ditulis oleh ramai penulis asing. Mereka sudah dapat mengesan betapa maruah bangsa Melayu itu sudah tercabar. Mereka sendiri pun sedar bahawa Melayu yang luka maruahnya adalah satu bangsa yang amat berbahaya. Mereka sudah menyaksikan bagaimana Prebet Adam cuba menyelesaikan masalah peribadinya dengan pihak yang berkuasa. Itu adalah perjuangan seorang insan terhadap apa yang diyakininya sebagai satu penindasan. Tetapi, orang luar sudah melihatkan betapa orang Melayu boleh bersatu mengamuk di Singapura ketika Natrah dilarikan ke Belanda. Perkara itu berlaku tanpa dirancangkan dan tanpa penubuhan satu organisasi untuk bereformasi.

Orang Melayu juga telah bersatu menunjukkan luahan emosi mereka secara kumpulan pada 13 Mei 1969. Rusuhan itu dilakukan secara spontan tanpa ada satu persatuan reformasi. Ia dilaksanakan oleh orang-orang yang datang dari pelbagai ideologi politik mereka. Kini, maruah Melayu sekali lagi tercabar. Ia tercabar oleh keputusan konsensus yang mengikut sebilangan besar orang Melayu bertujuan untuk memperlekehkan pemikiran mereka secara berkumpulan juga.

Tanpa satu pendirian di mana pemimpin adalah imej kehendak pengikutnya, masadepan orang Melayu di bawah neraca institusi UMNO akan mempunah- ranahkan bukan sahaja budaya Melayu bahkan akidah mereka jua.

Sekian dulu dan Selamat Hari Raya. Maaf Zahir dan Batin.

-MT-
11.1 .2k




Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com