Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

Suasana Lebaran Pencetus Minda 2 - MENITI TANGGA MENGEJAR PELANGI

Di hari terakhir Ramadhan 1420 yang bersamaan dengan hari terakhir minggu pertama alaf baru 2000 satu pelangi gergasi kelihatan melengkung indah di atas bandaraya Kuala Lumpur. Inilah satu fenomena yang memang jarng sekali kelihatan malahan mungkin pertama kali ianya berlaku di mana pelangi itu amat besar sekali bentuknya. Mungkinkah ada jurugambar media massa yang merakamnya adalah sesuatu yang kita mesti nantikan. Yang menarik sekali; pelangi itu menunjukkan warna-warninya hanya di kedua hujungnya yang hampir mencecah garisan bayangan diameter bulatan yang terpendam.

Apakah fenomenanya kemunculan pelangi itu.? Ia timbul hanya untuk beberapa minit sahaja sebelum ditelan kegelapan yang tiba-tiba muncul untuk menyambut seruan azan. Demikianlah kebesaran Allah yang dipertontonkannya dalam sekelip mata bagi sesiapa yang sedar akan fenomena itu. Sesungguhnya ia adalah satu keindahan alam yang membawa seribu makna yang mungkin dapat diketahui detik demi detik mulai hari ini. Laksana bacaan ayat suci Al Quran, keindahan pelangi itu walaupun singkat imejnya ia membawakan kecerian di hati persis pembawaan bacaan ayat suci yang kena pada pengawalan harakahnya.

Pelangi muncul apabila ada matahari dan hujan. Panahan suria yang terang dipantulkan oleh titik-titik hujan mencetuskan sinaran yang berkumpul menjadi satu gumpalan cahaya indah yang berwarna warni. Bukankah pelangi dan kejadiannya merupakan gambaran hidup setiap insan? Demikian halnya kalau kita amati hidup kita orang Melayu masa kini yang penuh dengan pelbagai cabaran. Di sebalik semua tahap cabaran itu ada keceriannya. Kalau kemunculan pelangi itu menggambarkan satu keceriaan, jelaslah bahawa kehidupan orang Melayu masakini adalah satu perjalanan yang amat jauh liku-likunya. Ia akan terus dipanah kepanasan dan memerlukan elemen yang menyejukkan untuk mencetuskan sesuatu keindahan.

Pelangi memang berupaya muncul di mana-mana. Di tempat yang paling tidak disangka-sangka dan dijangkakan. Itulah tugas seorang penulis dan pengamat edaran kehidupan. Makanya ia dicatatkan dalam penulisan ini supaya senang dijadikan bahan rujukan dalam satu masa yang terdekat.

Hari lebaran di puncak nasional tentunya menyaksikan Sri Perdana di Putra Jaya diasak oleh rakyat ibukota untuk merasakan nikmat juadah yang disediakan. Akan tetapi, kita boleh menjangkakan bahawa sebahagian besar rakyat mahu melihat secara dekat apakah yang sebenarnya membuatkan mahligai sorang diktator tua itu satu tarikan.

Lebaran dalam Penyiksaan

Kalau dilihat pada keadaan cuaca dan juga kepada lapuran yang dibuat oleh akhbar-akhbar, kita tentu berasa sedih mengenangkan beberapa ramai penduduk negara ini yang terpaksa merayakan hari lebaran di tempat pemindahan sementara kerana keadaaan banjir yang mengancam keselamatan mereka. Fenomena ini memang telah dialami oleh ramai penduduk bandaraya di minggu terakhir Ramadhan. Bayangkan nasib manusia yang terkandas di lebuhraya PLUS selama tiga jam selepas waktu pejabat. Bagaimanakah caranya berbuka dalam kereta sedangkan anak-anak tinggal sendirian di rumah kebingungan dan tanpa arah kerana menantikan yang tua yang tidak kunjung tiba?

Soalnya sekarang bagaimanakah lebuhraya mudah banjir sedangkan wang dikutip setiap hari bagi tujuan kerja-kerja pengurusan lebuhraya itu? Kalau di negara Eropah kita boleh faham perkara itu kerana keadaan sedemikian memang mudah berlaku ketika gempa bumi, bencana alam dan juga ketika salji menjadi cair secara berlebihan.

Apabila lebaran diganti dengan bencana yang tidak terduga ia menjadi satu peristiwa yang meruntun jiwa kerana ia memerlukan banyak kesabaran. Anak-anak yang tidak merasakan kelainan dalam hidupnya sebelum itu mungkin merasakan sesuatu keseronokan di sebalik bencana itu. Pada si anak-anak itu kemunculan bencana secara tiba-tiba adalah laksana kemunculan pelangi di angkasa yang perlu ditengok lama-lama seolah-olah pelangi itu akan mengubah lengkungnya di depan mata. Semangat lebaran yang dijanjikan oleh persiapan kuih muh, baju baru dan pakaian baru tidak dapat menandingi keindahan bentuk pelangi di awan tinggi yang datang secara tiba-tiba selepas munculnya bencana yang baru melanda.

Namun, bagi golongan tua penyiksaan hidup yang tiba-tiba muncul di waktu akan munculnya hari lebaran membawa beribu soalan. 'Apakah yang tidak kena dalam hidup ini sehinggakan berlakunya musibah pada diri ini secara tidak semena-mena? Apakah kerana banyaknya wang haram yang dibiarkan masuk ke dalam saku dan digunakan untuk mengongkosi segala persiapan lebaran itu?' Demikian, persoalan yang mengerikan mula bermain di otak yang semakin bingung dan menerjah masuk ke dalam kalbu yang semakin kosong. Demikian perjalanan setiap insan yang perlu dikejutkan seperti Allah mengejutkan Nabi Musa daripada khayalannya agar ia mula sedar siapa sebenarnya yang menurunkan Manna dan Salwa. Itulah 'pelangi' yang diturunkan ketika Bani Israel kehausan dan kelaparan di pasir tandus yang penuh cabaran. Apabila manusia dikejutkan dengan ingatan yang tiba-tiba secara mengejutkan itu ia sebenarnya satu rahmat dari Ilahi kerana msih lagi sayang kepada umatnya dengan kiriman ingatan dulu. Kalau tidak, bencana yang menipa tentunya menghiriskan hati dan mengorbankan nyawa.

Bila Meniti Tangga Kehidupan

Setiap kali kita mendongak ke atas di antara berpuluh-puluh bangunan tinggi di bandar besar, kita akan terbayang tangga yang dibikin untuk menghubungkan setiap tingkat ataupun aras bangunan itu. Jarang sekali kita menggunakan tangga itu kerana terlalu selesa dengan lif yang laju dan mesra-pengguna. Kita hanya akan menggunakan tangga-tangga itu kalau didesak oleh kesesakan lif ataupun disebabkan pergerakan lif yang tergendala. Mungkin pula ada yang memang suka menggunakan lif itu untuk berriadah sambil mengurangkan berat badan ataupun sebagai mematuhi nasihat pakar perubatan. Sekali sekala ada juga kita terpaksa menggunakan anak-tangga itu apabila dimestikan oleh operasi 'Fire Drill' kendalian pihak bomba.

Sedarkah kita bahawa setiap tangga itu dibikin dengan jumlah anak-tangga yang sama bilangannya dari satu tingkat ke satu tingkat? Perasankah kita bahawa penyambungan satu tingkat dengan yang lain menjadi demikian dengan adanya pelantar penghubung anak-tanggga di setiap tingkat itu? Pembinaan struktur tangga di Malaysia ini adalah mengikut peraturan British Housing Association. Semua ukuran struktur anak-tangga dan pelantarnya adalah mengikut peraturan yang ditetapkan sebelum negara ini merdeka lagi dan ia menjadi satu amalan setiap pembinaan rumah dan bangunan tinggi.

Sebenarnya kalau kita lihat baik-baik akan struktur tangga itu kita akan mendapat satu iktibar yang amat jelas mengenai hidup ini. Ia pasti memberikan kesedaran betapa hidup setiap insan mempunyai anak-tangga yang perlu dilaluinya secara bersopan dan berhati-hati. Kalau kita naik ke atas, mungkin kita perlu mendongak untuk melihat semada tingkat di atas penuh sesak ataupun tidak. Kalau sesak, kita melangkah ke paling tepi tangga untuk memberi ruang orang lain menggunakannya. Apabila sesak, ataupun kita sendiri keletihan, eloklah berhenti sejenak di atas pelantar untuk berehat dulu. Kalau kesesakan di atas masih meruncing apakah elok kalau kita mencari pintu keluar untuk berehat di tingkat itu buat seketika? Bukankah rehat itu memberikan ruang untuk kita memerhatikan keadaan sekeliling dari satu sudut yang belum pernah kita lakukan? Kalau keadaan masih berlarutan apakah tidak mungkin kita mencari tangga lain yang mungkin masih belum sesak lagi dan meneruskan perjalanan kita ke tingkat atas tadi?

Begitu juga dalam perjalanan kita menurun tangga. Kita tidak boleh melakukannya secara membabi buta kerana terlalu yakin ketika naik ke atas dulu. Kita masih perlu berhati-hati kerana menentukan keselamatan diri. Mungkin ketika turun itu kita berpeluang melihat setiap gerak muka setiap insan yang sedang mahu naik. Ada yang mempamirkan rupa yang ceria, ada pula yang sebaliknya. Ada yang tercungap-cungap mungkin disebabkan denyutan jantung yang tidak tenteram ataupun ada yang mula cakap tergagap-gagap kerana hatinya terasa seram.

Dengan lain perkataan, apa juga yang kita lakukan dalam meniti setiap anak tangga samada untuk naik ataupun turun, pergerakan kita itu memerlukan penelitian agar kita tidak terjatuh. Amat jarang sekali sesaorang insan yang jatuh tangga yang tidak mencederakan anggota badannya. Malahan banyak bangsa dan kaum di dunia ini yang menganggap insiden jatuh ketika memanjat ataupun menurun tangga sebagai satu sialan yang mesti dihindarkan. Kerana itu di zaman dulu, manusia amat berhati-hati dengan tangga sehinggakan ada pepatah warisan Melayu yang berbunyi 'sudah jatuh di timpa tangga' yang membayangkan sialan hidup yang menimpa sesaorang yang sudah pun menderita.

Begitulah cabaran yang disediakan oleh Allah bagi manusia meniti tangga hidupnya. Setiap tingkat kehidupan itu mempunyai ciri-ciri keunikan yang tersendiri yang perlu datangani dengan cermat. Kalau tidak, bahana yang mendatang adalah sesuatu yang mengerikan.

Demikian juga halnya apabila manusia meniti alam politik. Setiap langkah yang diambil untuk naik ke atas adalah mengikut hukum-hukum yang lama tersedia yang perlu diamati akan anak-tangganya. Kalau perjalanan ke atas itu berlaku terlalu deras, adalah lebih mudah kalau kita perlahankan sedikit untuk berehat di pelantar yang disediakan oleh setiap organisasi politik itu. Dari situ ia memberi satu ruang untuk menoleh kebelakang dari satu tempat yang strategik untuk mendapatkan pandangan yang sebenarnya.

Setiap organisasi politik mempunyai ruang yang membolehkan sesaorang itu naik tinggi. Laksana penggunaan tangga, kenaikan dalam politik boleh dilakukan secara bertahap dan bersopan ataupun secara menolak orang yang seiring agar jatuh untuk mengurangkan bilangan manusia yang naik ke atas. Tetapi, kenapakah perlunya perebutan untuk naik ke atas dalam zaman moden ini? Bukankah ada cara lain yang lebih mudah dicipta oleh Allah? Kemudahan ini bukan lagi berbentuk lif yang paling laju ataupun 'escalator-elevator' yang lebih menyeronokkan itu. Kemodenan meniti tangga sudah diberikan alternatif yang lebih canggih lagi - kemodenan berfikir dengan segala ilmu pengatahun yang sudah lama tercipta.

Keupayaan sesaorang menggunakan ilmu pengetahun yang bertahap membolehkannya mengawal tempat strategik dalam hairaki kepimpinan parti. Keupayaan itu berbentuk ciri-ciri positif ataupun negatif yang menaikkannya secara bersopan ataupun sebaliknya. Kalau dia menggunakan segala ciri yang negatif untuk naik, sesaorang itu pasi tidak akan lama bertahan di posisi idaman hatinya. Kalau dia dapat bertahan pun, kejatuhannya itu akan merupakan satu kejatuhan yang mengaibkan. Mungkin juga ia merupakan sesuatu yang mengerikan.

Teori Anak Tangga

Seorang pemikir Melayu pernah mengemukakan teori anak tangga sebagai satu pengajaran bagi manusia dalam menangani liku-liku hidupnya. Sebenarnya dia menonjolkan teorri ini kepada anak muridnya yang mahu mempelajari sekok-belok pergerakan pasaran saham. Tetapi katanya, "Teori anak tangga adalah satu teori yang amat cocok untuk menganalisa pergerakan kehidupan di alam moden. Ramai oang kita yang lupa bahawa ada berjenis-jenis tangga dalam dunia ini. Ada tanggu kayu dan ada tangga batu, kerana itu yang diketahui oleh umum. Tetapi kalau kita fikirkan adanya tangga aluminium maka kita akan terbayangkan tangga yang digunakan oleh orang bomba. Tangga bomba sentiasa boleh dinaikan ataupun dilipatkan balik di dalam susunannya. Sekarang ii sudah ada tanga yang dipanggil tangga teleskopik, kerana ia mudah dilipat-lipat, ditarik dan ditolak mengikut panjang kegunaannya.

"Di negara maju, ada sejenis tangga yang mudah-alih digunakan untuk naik ke loteng. Inilah tangga yang digunakan untuk memasukki pintu yang dibikin secara melubang lantai bukannya dengan melubang dinding. Di Amerika seperti yang terdapat di Harlem, Queens dan beberapa tempat lain di kotaraya New York, terdapat tangga-tangga yang boleh disorong naik ataupun turun yang terletak di bahagian belakang setiap bangunan. Inilah tangga yang dibikin untuk kecemasan tetapi yang kerap digunakan oleh golongan yang membuat kerja-kerja yang kurang bersopan.

"Sebenarnya banyak lagi jenis tangga yang digunakan oleh manusia. Kita perlu memikirkan sesatu situasi itu untuk memikirkan jenis tangga yang sudah tercipta. Seperti juga tangga yang digunakan oleh helikopter ataupun oleh pendaki gunung yang tinggi; tangga-tangga yang pelik-pelik ini adalah untuk kerja yang pelik-pelik belaka."

Penggunaan Tangga Dalam Politik

Kita boleh lihat betapa seseorang itu naik dalam politik. Secara normal, kenaikanya tentulah mengikut tangga yang digunakan oleh orang lain. Tetapi, kalau kita cermati kiasan Teori Tangga Kehidupan, kita akan sedar bahawa bukan semua orang politk yang berjaya menggunakan tangga yang normal. Ada yang naik menggunakan 'tangga bomba', ada yang menggunakan 'tangga helikopter' ada pula yang menggunakan 'tangga sorong-sorong' dan pelbagai lagi tangga yang pelik-pelik itu. Namun, apabila dia sudah naik,jarang sekali manusia lain yang mahu ingat jenis tangga apa yang telah digunakan oleh si polan itu.

Kelemahan orang sekeliling menyedari jenis tangga yang dipakai oelh sesaorang saingan politiknya akan membuatkannya terjebak dengan pengaruh kepimpinan si polan itu. Kesedaran hanya muncul apabila si polan telah naik terlalu tinggi ke atas dan sudah menjadi seorang pemimpin yang mula menekan orang yang bawah. Di tahap itu barulah orang bawahan mahu mula menganalisa jenis tangga yang pernah digunakan oleh pemimpin itu tadi. Tujuan utama mencari tangga itu ialah untuk mengesan orang lain yang kerap menggunakan tangga yang sama digunakan oleh pemimpin tadi. Dengan hal demikian bolehlah dipikat para ahli yang kini bergelar kroni. Apabila para kroni sudah dikenal pasti maka semakin ramailah bilangannya yang mahukan cebisan rezeki yang mungkin ditabur dari atas oleh pemimpin yang sudah pun bergelar 'patriach'. Terlupalah lansung akan anak-tangga yang perlu dianalisa itu tadi kerana taburan 'rezeki' yang datang mendadak sudah mengkaburkan niat yang asal.

Rezeki yang diturunakan dari atas secara bertalu-talu boleh memabukkan para penerimanya kerana rezeki itu bukan yang ditagehnya. Walaupun taburan 'rezeki' itu ditafsirkan sebagai sesuatu yang haram, apabila taburannya itu sudah memabukkan, tidak ada satu ayat Allah pun yang boleh menyedarkan si penerima akan keharaman taburan itu. Kalau ada orang lain yang datang untuk memberikan kesedaran tentang perkara yang sebenar, orang lain itu akan dinyahkan dari tangga rezeki itu kerana tangga itu sudah menjadi tangga hanya untuk para kroni dan untuk kerja-kerja kollusi, korupsi dan penegakan dinasti sahaja. Selagi berkurang manusia yang mengongsi kerja-kerja kolusi, lagi meyakinkan kerja-kerja itu. Llagi mudah membuat keputusan secara konsensus, mungkin.

Mainan Politik Yang Memabukkan

Politik yang memabukkan adalah sesuatu yang patut dibersihkan oleh akar umbi institusi politik itu. Kalau ini dibiarkan untuk terus menghantui pucuk pimpinan, taburan-taburan bahan pemabuk dari atas ternyata haram dan tidak boleh diserap oleh akar-akar yang menunjangi pucuk pimpinan itu tadi. Mana juga akar yang telah menyerap benda haram yang menjijikkan itu ia tidak akan dapat hidup lama tanpa menjadi bahan pemabuk pula.

Inilah fenomena yang menghantui pergerakan institusi politik yang sekian lama terkenal sebagai penyelamat maruah bangsa Melayu. Kini, institusi ini semakin runtuh bukan kerana akar umbi yang semakin reput. Ia adalah laksana sebatang palma yang naik terlalu tinggi mengejar suria sehinggakan tidak ada palma lain yang dapat menandingi pencapaian ketinggian itu. Namun, ketinggiannya tidak pun berjaya mencecah awan. Apatah lagi menggapai pelangi.

Batang tubuh institusi politik ini sudah semakin tercalar kulitnya. Ia sudah membusuk di dalamnya sehinggakan memungkin batang itu akan patah di tengah. Telalu banyak tangga yang diletakkan untuk menaikki batang itu. Kemunculan pelangi yang secara tiba-tiba semakin menekan nafsu setiap insan untuk meniti tanggga yang memang banyak disediakan. Malangnya, pelangi tetap pelangi. Ia adalah ciptaan Tuhan yang dicipta untuk dilihat ketakjuban kewujudannya. Ia bukan untuk dititi untuk menggapai awan. Hujungnya bukan untuk dicantumkan menjadi bulatan dan lengkungnya bukan untuk manusia meluruskannya.

Pelangi muncul apabila hujan turun. Ia tidak pernah muncul tanpa adanya hujan. Tetapi, pelangi boleh juga disaksikan keajaibannya kalau kita pergi ke tempat yang ada air terjun. Di sana pelangi kecil akan muncul dan dapat disaksikan melalui sesuatu sudut yang tertentu. Kemunculannya akan berada hanya di ruang lingkup latar ataupun kawasan air terjun itu. Lengkungnya dan hujungnya tidak akan melepasi ruang lingkup itu kerana kekurangan ciri-ciri saintifik yang menghalangnya. Ada manusia yang pernah menjadi gila kerana mencari pelangi yang boleh timbul lurus bentuknya dan boleh bercantum hujungnnya. Inilah pelangi yang dikhayalkan sepanjang hayatnya sehingga menjadi sewel otak pemikirannya.

Pelangi dalam politik

Pelangi tetap pelangi. Hanya orang politik yang amat memahami keunikan kejadiannya apabila ia dikaitkan dengan pelangi politik mereka. Keindahannya, ketakjubannya dan kuasa tarikannya adalah bersifat sementara sahaja. Hanya yang belum memahami iktibar itu yang akan terus terpesona dan akan terus terpedaya sehinggalah dia faham bahawa pelangi dalam percaturan politik Melayu adalah barangan misteri yang diada-adakan sehingga ia menjadi satu metafora yang penuh dengan metos politik. Inilah kahazanah cerita yang memungkinkan jatuh-bangunya martabat sesuatu bangsa itu akhirnya. Laksana pelangi yang melengkung megah di awan yang luas terbentang, manusia tidak akan berjaya menitinya ataupun meluruskan lengkungannya. Walaupun dengan penggunaan tangga kehidupan yang pelik-pelik itu.

-MT-
8.1 .2k




Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com