Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

Suasana Lebaran Pencetus Minda 3 - BERMULANYA PARLIMEN RAKYAT

BERMULANYA PARLIMEN RAKYAT

Salah satu keseronokan hari lebaran ialah perluang berjumpa kawan-kawan dan saudara mara yang telah lama tidak bertemu di antara satu dengan yang lainnya. Ketika itu, pertemuan yang meyambungkan kembali silaturrahim akan menjadi satu persidangan tanpa agenda tetap. Ia merupakan satu majlis parlimen rakyat yang sungguh menarik dan kadangkala amat menakutkan. Kadangkala persidangan itu lebih menarik dan lebih hebat daripada persidangn di parlimen yang sebenar. Maklumlah, persidangan tanpa agenda tertentu dan tanpa speaker ataupun tuan pengerusi. Apatah lagi bila kita tidak ketahui siapa yang menjadi ketua pembangkang ataupun ketua pihak 'kerajaan'.

Parlimen Marhain

Yang pasti dibincangkan ialah politik dalam negeri walaupun ada sekali sekala terimbas juga politik luar-negara yang disebut sebagai rujukan sahaja. Kalau politik dalam negara dibincangkan akan tercetuslah cerita bagaimana DSAI yang masih lagi merengkok dalam penjara sedangkan semua insan yang bertanggungjawab menjebaknya di tempat itu masih bebas ke sana-sini tanpa segan-silu. Rakyat akan teringatkan Rahim Noor yang pernah menipu mengatakan Anwar dalam keadaan sihat sedangkan ketika itu matanya sudah pun dilutu sehinggakan lebam dan berkematu. Lantas rakyat akan teringatkan seorang menteri wanita yang amat celupar. Inilah orangnya yang sanggup mengatakan lebam mata Anwar adalah disebabkan kesan membengkam sendiri. Tersebut juga nama Azizan Abu Bakar dan isteri barunya yang namanya jarang diingat orang. Inilah sepasang suami isteri yang paling bertuah dalam seantero negeri. Mereka bernikah dan terus berbulan madu dalam bilik berjejari besi. Apakah musim bulan-madu itu dapat dinikmati mengikut tafsiran sebenarnya ataupun ia hanya merupakan kiasan bahasa sahaja; adalah suatu tandatanya yang hanya dapat dijawab oleh warden penjara. Itu pun kalau warden itu seorang yang sanggup membocorkan rahsia tanpa curiga ditangkap di bawah Akta OSA.

Pagi Raya di Penjara

Majoriti rakyat ingin tahu apakah yang berlaku di penjara Sungai Buluh selepas subuh di pagi raya itu. Apakah DSAI dibenarkan sembahyang aidilfitri bersama para banduan Islam yang lainnya dan apakah upacara sembahyang itu merupakan perkara rutin setiap tahun. Benarkah upacara sembahyang raya hanya bermula sejak DSAI dimasukkan ke penjara? Siapakah yang membaca khutbah hariraya dan apakah tajuk khutbah itu? Adakah skrip yang dibacakan di masjid negara digunakan juga di semua penjara? Apakah reaksi para banduan yang mendengarnya? Adakah mereka yang mencemekkan muka dan menutup telinga seperti yang berlaku di Masjid Negara?

Bagaimanakah para banduan berinteraksi selepas sembahyang raya? Dapatkah mereka bersalaman dengan DSAI secara bebas mengikut semangat hari lebaran? Mungkinkah sesiapa yang akan dibebaskan dapat berbual-bual lama dengan DSAI untuk dijadikan bahan menerbitkan sebuah buku; seperti yang ditulis oleh bekas banduan bernama Isma dengan buku yang bertajuk '153 hari bersama Anwar Ibrahim'.

,b>Air di sana, air di sini

Siapakah boleh menyangka bahawa persiapan untuk lebaran boleh hancur punah disebabkan banjir kilat yang melanda di sana sini? Apakah begini jadinya sedangkan semua usaha untuk menyekat fenomena itu sudah dianjurkan oleh Dr. Ting ketika beliau menjadi Menteri Perumahan dulu? Apakah semua rencana untuk mengawal banjir kilat itu sebenarnya satu projek yang sengaja digembar-gemburkan sedangkan kerja sebenarnya tidak pernah dilaksanakan? Apa pula kisahnya dengan banjir yang disebabkan dasar sungai yang semakin cetek ? Kemanakah perginya segala peruntukan untuk memperbaikki parit dan taliair sejak lima tahun yang lalu? Siapa pula yang patut membayar gantirugi kalau setiap kali banjir melanda kawasan PLUS di Batu Tiga dan menyebabkan kenderaan rosak ? Bolehkkah tuntutan gantirugi dibuat terhadap PLUS?

Ucapan Hari Raya oleh MAHAFIRAUN

Rakyat semakin jelak dengan ucapan yang mahukan rakyat berterima kasih terhadap kepimpinannya. Kalau rakyat gagal berterima kasih mereka juga memperlekehkan agama Islam kerana sifat berterima kasih itu adalah "sama dengan sikap umat manusia yang berterima kasih kepada Nabi Mohammad (saw) yang membawa berita gembira daripada Allah" Nauzubillah, bayangkan begitu jauhnya usaha UMNO mahu mempesongkan akidah umat Islam dalam dunia ini. Mereka lupa bahawa ketika junjungan kita mengembangkan berita gembira baginda tidak pun dibayar satu darham pun. Baginda melakukannya sebagai rasul terakhir Sedangkan MAHAFIRAUN dan semua pembolot dalam parti UMNO bukan sahaja dibayar gaji yang lumayan, mereka juga dibiarkan sekian lama menjadi pembelot bangsa yang memberikan amanah kepada mereka.

Bila rakyat menagih hutang

MAHAFIRAUN mempunyai segala infrastrktur pengurusan dalam institusi kerajaan dan juga dalam Barisan Nasional untuk terus mengabui fikiran rakyat. Dia harus ingat, masanya sudah sampai betapa rakyat seluruhnya tidak boleh dibohongi lagi. Ketika negara sibuk menjadi penaja Sukan Kommenwel, rakyat tidak memberikan penekanan untuk menuntut hutang mereka. Lagipun rakyat tidak mahu memburukkan keadaan kegawatan ekonomi yang sedang melanda. Kini, ekonomi dikatakan sudah semakin pulih apakah MAHAFIRAUN akan menarik balik pembekuan kadar matawang negara? Apakah implikasinya kalau perkara ini berlaku ? Kalau beliau masih tidak mahu menarik balik pembekuan itu apakah implikasinya kepada negara?

- Fitnah berterusan terhadap pembangkang

Dalam ucapan hari raya beliau, MAHAFIRAUN telah menyindir parti pembangkang kerana cuba menabur fitnah di masjid dan ceramah-ceramah untuk menggalakkan rakyat membenci kerajaan. Sebenarnya tohmahan MAHAFIRAUN itu adalah satu fitnah bukan sahaja ditujukan kepada parti pembangkang. Ia sebenarnya dtujukannya kepada rakyat jelata. Dengan menuduh parti pembangkang MAHAFIRAUN sebenarnya memperlekehkan tahap pemikiran rakyat.

Tindakan kerajaan mengharamkan HARAKAH dan DETIK sebenarnya bertujuan memperlekehkan pemikiran rakyat. Rakyat tidak akan membeli keluaran akhbar dan majallah seandainya keluaran itu tidak bermutu. Rakyat berhak membuat pilihan apa yang patut dibaca dan adalah sesuatu yang amat mengaibkan negara ini apabila kerajaan yang kerap menabik dada tentang kebebasan bersuara mengekang kebebasan rakyat itu.

- Pengharaman Untuk Menutup Malu

Ada pula segelintir rakyat di negara ini yang berkeyakinan bahawa pengharaman HARAKAH dan DETIK adalah satu sensasi untuk menutup perhatian rakyat terhadap kisah kemalangan yang menimpa Aziz Shamsuddin. "Tujuan sebenar agar rakyat tidak membincangkan cerita chek air mineral yang diterima oleh arwah isterinya itu". Dengan issu HARAKAH rakyat sudah mengenepikan issu terjumpanya cehk itu di tangan orang awam. Apakah ada lagi cek lain yang sudah jatuh ke tangan orang lain? Bagaimanakah Aziz menerima chek yang bernilai itu. Betulkah cerita bahawa chek itu adalah berupa komissen untuk projek tertentu?

- Ekonomi yang semakin pulih

Apakah MAHAFIRAUN memang bersedia untuk melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri seperti yang selalu diucapkannya ketika Sukan Komenwel diadakan dulu? Apakah semua ucapannya ketika itu untuk mengabui dunia luar supaya tidak menuduhnya sebagai pengkhianat bangsa yang menghukum Anwar?

Kini, rakyat mahu menuntut hutang datipada MAHAFIRAUN kerana segala taktik membalun harta rakyat perlu dibayar balik dan dipulangkan kepada khazanah negara.

- Tugas Baru Paklah

Kenapakah Paklah tidak dibenarkan menjalankan tugas Pemangku Perdana Menteri ketika MAHAFIRAUN keluar negera untuk lebih 14 hari?

- Mengelakkan disafina oleh peguam DSAI

Kenapakah MAHAFIRAUN mahu ke luar negara untuk bercuti sedangkan dia sepatutnya berada di Kuala Lumpur untuk menghadirkan diri di mahkamah DSAI?

- MAHAFIRAUN dan Media Massa

Sejak dua minggu yang lalu ketika MAHAFIRAUN ditemuramah oleh media massa kita dapat mengesan satu komplot yang diaturkan oleh orang upahan di media massa. MAHAFIRAUN tidak pun disoal tentang harga barangan yang semakin naik tinggi. Beliau tidak disoal tentang usaha kerajaan membayar pampasan kepada rakyat yang kerugian disebabkan banjir kilat. Malahan tidak ada sesiapa yang menyoalnya tentang cadangan Rafidah dicalonkan ke jawatan Naib Presiden Parti.

Media massa memberikan penekanan ke arah menaikkan imej MAHAFIRAUN. Lihat sahaja cara MAHAFIRAUN manjawab tentang sambutan rakyat ke rumah terbukanya. Kenapakah tidak ada soalan tentang adanya bas percuma yang disediakan untuk pergi ke Putra Jaya? Saiapkah yang menyediakan bas itu? Oleh kerana kos membiayai rumah terbuka itu adalah dari titik peluh rakyat, kenapakah MAHAFIRAUN tidak menyediakan makanan itu di Sri Perdana di Damansara supaya lebih ramai rakyat yang dapat datang menemuinya?

Media massa pun tidak mahu menyoal apakah jadinya dengan Sri Perdana di Damansara itu. Adakah bangunan itu akan dibiarkan sahaja tanpa didiami oleh orang lain sedangkan kos mengawalnya sahaja adalah amat tinggi? Apakah Sri Perdana di Damansara itu akan dijadikan bangunan alternatif sebagai hadiah kepada MAHAFIRAUN ketika beliau bersara kelak?

-Konspirasi Kenaikan Harga Barang Makan

MAHAFIRAUAN jarang sekali disoal akan ura-ura kementerian hal ehwal pengguna yang akan membuat kajian tentang harga barangan hanya selepas Hari Raya China. Kenapakah perkara ini tidak dibincangkan sebelum itu untuk membolehkan rakyat mendapat jawapan yang lebih awal lagi. Apakah benar kenaikan harga ayam satu konspirasi negara untuk membolehkan para penternak mengaut kembali modal yang dilaburkan untuk membiayai MCA di pemilu ke-10 dulu?

Kesimpulan :

Demikianlah secebis kisah yang diambil daripada satu persidangan parlimen rakyat di hari lebaran. Kita yakin beratus lagi 'majlis' yang serupa sedang bersidang dan akan terus bersidang selama tiga puluh hari bulan Syawal ini. Kenapakah begitu panjang sekali sessi parlimen ini? Kerana terlalu banyak issu yang perlu dibincangkan oleh rakyat. Tambahan pula musim ini adalah musim anak-anak pergi ke sekolah dan ibu bapa terpaksa mengetakan talipinggang untuk menentukan bajet yang secukupnya bagi keperluan anak-anak. Di samping itu inilah juga musimnya orang Melayu membuat kenduri kesyukuran ataupun majlis perkahwinan. Kita dapat menjangkakan akhbar HARAKAH akan menjadi rujukan utama setiap sessi parlimen kerana keadilan berita di dalamnya.

Adalah amat malang sekali kerajaan yang begitu angkuh dengan enam saluran TV dan beberapa jenis alat pemberitaan amat takut dengan sebuah majlah dwimingguan. Sampai bilakah pengharaman itu akan diteruskan? Mungkin ia dihalalkan kembali setelah kes penipuan chek air mineral itu diselesaikan? Ataupun Paklah mungkin bertukar angin membenarkan lesen baru diuruskan semula kerana beliau sudah berada di tahap kemusykilan tentang kedudukannya dalam pucuk pimpinan parti?

Kita mengharapkan Paklah akan membuat kajian terhadap tindakannya itu. Dari beberapa sessi parlimen rakyat yang kita telah saksikan, sudah ada semacam satu konsensus di mana rakyat mahu melancarkan satu surat petisyen secara menyeluruh meminta kerajaan menarik balik pengharaman itu. Kalau ini berlaku akan berputiklah satu gelombang baru di kalangan orang Melayu untuk bersatu memperjuangkan nasib mereka. Bayangkanlah apa ironinya apabila orang Melayu membuat petisyen terhadap kerajaan pimpinan orang Melayu untuk membebaskan pengharaman sebuah tabloid berbahasa Melayu?

Jika perkara ini dilaksanakan minggu depan ketika MAHAFIRAUN sedang bercuti di negara yang maju ataupun sedang menghadiri satu majlis konvensyen di Davos, apakah agaknya soalan yang dikemukakan oleh pemberita luar terhadapnya? Apakah jawapan MAHAFIRAUN mengenainya? Apakah MAHAFIRAUN akan menjawab bahawa HARAKAH dan DETIK terpaksa diharamkan kerana ia menguja umat Islam agar membuang peti TV ke sungai? Bukankah itu yang digembar-gemburkannya di New York ketika menarik sokongan kaum Yahudi di sana?

Hubaya, hubaya pemimpin UMNO sekelian!!! Parlimen rakyat baharu sahaja bersidang. Akan terbongkarkah nanti enam ratus kotak rahsia yang membogelkan segala tipu muslihat kepimpinan ketuanan Melayu di abad ke-20 dulu? Hubaya, hubaya pemimpin UMNO sekelian!!!! Buatlah kajian mendalam akan setiap asal usul revolusi rakyat di seluruh dunia ini. Bukankah ia bermula dengan surat petisyen ataupun referendum juga? Kumpulkanlah para pemikirmu sebelum terlambat.

Dengan izin Allah, besar kemungkinanya ia akan berlaku juga. Rakyat marhain akan sedia menantikan kedatangan gelombang kesedaran itu seperti sabarnya mereka memerhatikan setiap taliair kalau-kalau ada TV dan radio yang dihanyutkan seperti tohmahan besar pemimpin agung anda yang berhati syaitan itu.

-MT-
11.1 .2k




Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com