Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

Pencetus Minda 8 - YANG MENGEMAS DAN MENGEMIS

Persidangn parlimen rakyat yang semakin banyak berlansung di bandar-bandar terlah bergegaran apabila para ahlinya berdebat tentang pengharaman yang dikenakan ke atas HARAKAH. Kini penjualannya terhad kepada ahli PAS sahaja dan penjualannya dibuat di pejabat PAS. Kita pernah bincangkan perkara ini dalam 'Harakah, Harakah, Aina Barakah' dan juga 'Harakah Digugat, Pak Lah Disagat'. Seperti yang kita katakan nampak sangat Paklah sengaja melepaskan geram seorang diktator tua dengan pengharaman HARAKAH itu.

Kita juga pernah memberi ingatan pada Paklah agar jangan mudah masuk perangkap yang disediakan utnuknya. Apa maknanya pengharaman HARAKAH sedangakan akhbar itu masih boleh dibeli oleh ahlinya dan kemudinnya memberikan peluang kepada teman-temannya yang bukan ahli PAS untuk menikmatai isi kandungan itu? Di waktu yang sama HARAKAH On-line boleh dihubungi dengan nombor websitenya: http:/members.xoom.com/harakah2/a20000107/1147b3e04.html.

Dimanakah keberkesanan penghararam kerajaan itu? Apakah tujuan sebenar pengharaman mengikut aturcara yang dikenakan?

Kita telah lama menjangkakan bahawa sebarang sekatan ataupun pengharaman ke atas HARAKAH adalah satu tindakan yang 'politically motivated' yang datang daripada pihak tertentu yang tidak senang dengan kejayaan HARAKAH memikat pembaca daripada berbilang bangsa di negara ini. Malahan, ramai pembaca luar negara yang amat berminat dengan perkembangan HARAKAH. Pada satu ketika dulu beberapa akhbar perdana telha menjadi bahan rujukan penulisan akhbar asing. Tetapi, kalau kita lihat pada kebelakangan ini HARAKAH telah dijadikan bahan rujukan mereka. Kalau kita hubungi para petugas kedutaan di Kuala Lumpur dan pinjam akhbar terbitan negara mereka kita akan lihat betapa HARAKAH kerap disebut sebagai sumber berita akhbar itu bersama dengan BERNAMA. Kenapakah perkara ini berlaku tentunya disebabkan hapraknya laporan beria-berita perdana yang lain itu.

Penderaan Orang Yang Ketandusan Idea

Kenapakah HARAKAH menjadi sasaran utama sedangkan berapa sangat berita yang boleh dicetak untuk keluaran dua kali seminggu? Soalnya sekarang bukannya berita yang dimuatkan dalam HARAKAH. Itu soalan gampang. Yang menjadi isu sekarang ialah kewujudan HARAKAH yang telah memesongkan perhatian ramai daripada membeli dan membaca Utusan Melayu, Berita Harian dan tabloid lain. Inilah percetakan yang mencanangkan agenda UMNO dan juga Barisan Nasional. Kalau kita teliti amalan penerbitan, sepatutnya HARAKAH boleh dibaca oleh semua lapisan masyarakat tidak kira samada mereka ahli PAS ataupun tidak. Tetapi untuk memuaskan nafsu seseorang yang berkepentingan, HARAKAH terpaksa dimangsakan kerana ia harus mengikut anyaman tipu muslihat yang telah direncana. Cuba kita renung faktor berikut:

  1. Ura-ura pengharaman HARAKAH untuk bacaan bebas berlaku selepas HARAKAH menayangkan gambar-gambar perilaku muda-mudi warga kota ketika menyambut ketibaan mellinium. Ia berjalan serentak dengan penahanan beberapa personaliti Barisan Alernatif. Untuk menguatkan deraan yang dikenakan ke atas mereka, pengarang Zulkifli Sulong terpaksa ditohmahkan juga.

  2. Dengan pengharaman itu pihak yang berkuasa telah mengharapkan bahawa HARAKAH akan pincang dalam penyaluran maklumat terkini secara bebas. Dengan anggapan itu, segala taktik kotor yang akan dilaksanakan terhadap beberapa personaliti BA tidak dapat 'coverage' yang meluas dan jelas daripada HAARAKAH kepaaa ahli-ahli BA.

Inilah faktor strategi yang telah dibocorkan kepada umum sebagai memperkuatkan alasan kenapa HARAKAH mesti diharamkan. Apakah itu yang sebenarnya dirancangkan? Kita mempunyai pendapat yang berlainan daripada 'rahsia' yang telah dibocorkan ini:

a) Pengharaman HARAKAH terpaksa dilakukan secepat mungkin sebaik sahaja Aziz Shamsuddin mengalamai kemalangan kereta yang mengorbankan isterinya. Ini berikutan pendedahann betapa sekeping chek bernilai Dua Puluh Lima Ribu Ringgit yang dikatakan dikeluarkan sebuah kilang pengeluar air mineral. Pelbagai andaian telah dicerna oleh mesin desas desus UMNO dan sembang di kedai kopi yang mengatakan bahawa chek itu adalah lambang pembayaran imbohan kepada pihak tertentu dalam pengagihan kontrak menyediakan air mineral untuk berkempen. Pendedahan chek ini telah mula diberikan ruang yang jelas oleh The Star. Tetapi, HARAKAH telah mengambil kesempatan untuk mengulang perkara yang negatif setiap kali perkara itu timbul. Tentunya akhbar utama tidak akan memberi ruang kepada cerita seperti itu kerana menghormati sesaorang yang mempunyai kedudukan dalam kabinet BN.

b) Sebagai Menteri Dalam Negeri, Paklah telah serbasalah dengan arahan mendera HARAKAH. Dia sendiri tentu bingung kenapakah HARAKAH mesti diharamkan selepas pilihanraya? Kenapakah HARAKAH tidak didera sebelum pilihanraya ke-10 dulu?

Kita diberitahu HARAKAH dikenakan sekatan tertentu selepas 8 Januari 2000. Ini menunjukkan tidak ada sebarang kes yang berat terhadap HARAKAH ketika kempen pemilu-10 dulu. Kalau ada pun tentu sekali pengharaman telah dibuat sebaik sahaja keputusan pemilu itu diketahui.

c) Satu kempen besar-besaran sedang dilancarkan di telivisyen, di akhbar perdana dan juga di radio tentang apa yang dikatakan sebagai 'salahlaku dan salah-tadbir' kerajaan PAS di Kelantan dan Terengganu. Kedua-dua tuduhan itu adalah palsu dan tidak benar. Malahan tidak berasas. Namun, kerajaan pusat terus berkempen memburukkan kerajaan PAS itu dengan harapan rakyat kedua negeri akan membencikan PAS. Tindakan Kerajaan PAS Teerengganu menamatkan khidmat para pekerja yang bertugas di bawah kerajaan BN secara kontrak dulu adalah bertepatan dengan janji- kerja mereka yang sudah selesai. Tetapi, kenyataan ini tidak diterima sebagai satu hakikat dan pihak UMNO masih menganggapnya sebagai satu penindasan. Demikianlah tipu daya pihak UMNO. Apabila kerajaan Isa Samad dan Abu Hassan Omar menghentikan khidmat imam dan ahli jawatankuasa masjid di beberapa masjid di Selangor dan Negeri Sembilan, tidak ada pihak akhbar yang mahu membesarkan berita itu.

d) Kerajaan Terengganu pimpinan Tuanguru Haji Hadi sedang merencana satu sistem pentadbiran yang baru berlandaskan hukum Islam. Bukannya kerajaan pimpinan Ayah Wang dulu tidak melakukannnya. Akan tetapi, ada perbezaan tentang penglaksanaanya yang amat ketara. Titik perbezaan yang ketara inilah yang merunsingkan pihak UMNO. Sebagai permulaan, kerajaan PAS Terengganu telah menamatkan kontrek pekerja tajaan UMNO dulu yang sebenarnya merupakan projek menampung tukang ampu jentera parti yang tidak pun mempunyai tugas-kerja yang tertentu. Kalau tugas tidak ada, tentulah itu bukan dinamakan kerja. Buat apa orang semacam itu diberi gaji percuma?

Projek Kemas-mengemas Kerajaan BN

Salah satu jentera UMNO untuk mengabui fikiran orang di desa ialah aktibiti KEMAS yang dipergiatkan setiap kali sesuatu projek kerajaan mahu dilaksanakan. Dengan lain perkataan, KEMAS merupakan satu jentera yang khusus untuk kepentingan UMNO. Segala projek yang dilaksanakan adalah merupakan topeng semata-mata. Pada satu ketika dulu, pernah terjadi bilamana Saudara Datuk Seri Anwar Ibrahaim mahu menyerapkan KEMAS di bawah Kementerian Pendidikan. Dia berpendapat kalau aktibiti KEMAS berpusat kepada projek pendidikan anak-anak di peringkat pra sekolah, aktibiti itu seharusnya dinaungi oleh Kementerian Pendidikan dan bukannya oleh Kementerian Luar Bandar. Usul saudara Anwar itu telah dibawa ke kabinet ketika MAHAFIRAUN berada di luar negara. Malangnya ketika itu, kabinet dipengerusikan oleh Tun Ghafar Baba yang terus menolaknya dan mendapatkan 'sokongan' ahli kabinet yang lain.

Semua orang tahu apa aktibiti KEMAS itu sebenarnya. Kalau kita lihat akan perwatakan dan kelulusan orang-orang yang menerajui KEMAS di kampung-kampung kita sudah tahu bahawa KEMAS adalah merupakan satu jentera parti yang amat berkesan, untuk sekian lama. Samada ia akan terus berkesan selama-lamanya adalah satu tandatanya yang elok kita sendiri pasak di otak kita agar kita dapat menyaksikannya secara teliti kerana KEMAS sudah ternyata semakin pudar sekarang ini. Sejak berakhirnya pemilu-10 dan sejak tergulingnya Anuar Musa, KEMAS diberitakan perlu satu proses kemas-mengemas juga. Maklumlah, kalau dikirakan perbelanjaan yang dicurahkan merata negara untuk mempertahankan kota-kota keangkuhan UMNO di kampung dan desa boleh terjejas. Ada kota yang roboh dan banyak pula yang semakin runtuh. Rupa-rupanya wang ringgit yang datang berbuih-buih tidak boleh menjanjikan kemenangan yang lama diraih. Sehingga kini kita belum mendengar rombakan besar-besaran kepada struktur pentadbiran KEMAS. Ia tentu akan dilakukan secara besar-besaran sebagai satu proses pembetulan serampang yang sudah tidak berkesan. Saya meramalkan KEMAS adalah dalam proses diserap ke dalam Kementerian Pendidikan untuk membolehkan satu pembetualan struktur oraganisasi yang berfungsi seperti satu sayap pergeraakan UMNO yang lebih berkesan. Adalah tidak mustahil kalau KEMAS distruktur mengikut perjalanan Parti Bath yang dipimpin oleh Saddam Hussein di Iraq. Hanya masa yang akan menentukan ramalan ini. Besar kemungkinannya KEMAS akan disatukan dengan Kumpulan Gerak Gempur UMNO yang akan mengembangkan sayapnya menyelinap masuk semua persatuan pelajar di instititu pengajian tinggi. Kita akan bincang perkara ini kalau kita dapati ramalan ini semakin ketara akan kenyataannya.

Kalau kita tanya para petugas KEMAS kita tentu dapat tahu betapa mereka telah berkempen lebih awal lagi sebelum pemilu ke-10 itu diumuknan. Tidak kira masanya, mereka telah bertungkus lumus untuk menyibarkan propaganda kepada semua orang kampung dan bandar agar memberikan sokongan yang padu terhadap Barisan Nasional. Ramai yang berkata: "itulah masanya yang kami betul-betul mengemis". Mereka melakukan aktibiti yang jarang mereka lakukan sebelum itu, yakni mengemis simpati orang kampung agar memberikan sokongan kepada Barisan Nasional tanpa memikirkan perkara lain yang memang menghantui fikiran orang kampung ketika itu. Kalau kita tanyakan pegawai KEMAS sekarang ini apakah faktor utama makanya oang kampung membenci UMNO jawapan mereka adalah sebulat suara berbunyi: "Orang kampung sebenarnya mahukan MAHFIRAUN mengundurkan diri."

- Kenapakah Orang Kampung lebih bijak daripada orang Bandar?

Dalam banyak situasi, orang kampung adalah lebih bijak daripada oarang bandar. Sejarah telah menentukannya dan sejarah akan berulang sekali lagi dalam masa yang terdekat ini. Kalau kita lihatkan kekuatan UMNO ia terletak pada ketaksuban orang kampung kepada kepimpinan parti. Kerana itu bila waktu berkempen, calon politik yang masuk ke kampung-kampung terpaksa menebalkan telinga dan muka mereka apabila dihenyak oleh orang kampung yang melepaskan geram mereka itu lima tahun sekali. Untuk mengurangkan serangan 'scud' buatan kampung itu ramai calon UMNO yang masuk ke kampung menggunakan pakaian lusuh dan kenderaan yang tidak menonjokan ciri-ciri keluksarian. Mereka tahu orang kampung tidak lagi mudah diperdaya dengan lagak kemewahan seperti dulu. Namun, ada juga para calon yang mengedarkan beras lima kilo ketika berkempen. Ini berlaku di Jelebu di mana di sebuah kampung bernama Chenah orang kampung telah diberikan lima kilo beras sebagai 'buah tangan daripada BERNAS'.

Orang kampung sudah lama dengan budaya hidup yang bersahaja. Mereka tidak bergantung sangat kepada bantuan orang luar kerana kehidupan mereka itu adalah satu proses yang memenuhi 'the art of survival'. Setiap musibah perlu diramal dengan tepat akan kedatangannya supaya apabila ia muncul ia sudah menjadi satu cabaran hidup yang sedia dihadapi dengan ketabahan hati. Inilah falsafah hidup orang kampung yang banyak berlandaskan ajaran Allah. Apabila orang UMNO mula menyelinapkan propaganda ketuanan Melayu ala UMNO, orang kampung rata-rata akur secara senyap-senyap. Mereka tidak membantah sangat kerana mereka sudah disogokkakan dengan pelbagai bentuk sabsidi yang dibawa masuk sebagai bahan pelicin satu strategi nasional yang amat licik sekali.

Apabila UMNO mempersoalkan maruah raja-raja Melayu, orang kampung masih senyap juga kerana mereka pun bukan kenal sangat dengan orang-orang istana. Kalau dalam setiap satu dekad ada raja-raja ataupun wakilnya yang datang untuk mencemarkan duli ke kampung, orang kampung sambut dengan senyum juga. Mereka senyum bukannya disebabkan kedatangan raja-raja ataupun para pegawai istananya. Mereka senyum melihatkan hiasan kampung yang dibikin laksana kayangan jelmaan syaitan.

Begitulah juga halnya ketika MAHAFIRAUN berkempen seluruh negara membincangkan strategi menaikan martabat orang Melayu sedangkan ketika itu agenda sebenar adalah untuk melunturkan kepercayaan rakyat terhadap raja-raja Melayu. Orang kampung keluar lebih ramai lagi. Mereka bukan sahaja tersenyum ria, malahan gelak ketawa mereka sudah mancapai nada yang tinggi. Mereka bukannya ketawa berdekah-dekah kerana kelakar yang disebut oleh MAHFIRAUN. Mereka sebenarnya ketawa kerana melihatkan telatah pemimpn UMNO yang cuba memperbodohkan mereka. Bila mereka diberikan baju UMNO dan BN, mereka terima. Bila diberikan duit dan bendera UMNO secara percuma mereka terima jua. Apabila tiba di rumah mereka laksanakan janji mereka untuk menggunakan pakaian itu dan pergilah ke bendang mencari kerbau dan lembu dan melihatkan keadaan padi. Dalam perjalanan mereka kerap singgah sekejap di tiang bendera yang banyak tercacak di merata tempat. Mereka cuba amati keadaan tiang-tiang bendera itu kalau ada yang perlu diganti ataupun dipasak kuat lagi. Sambil menggoyang-goyang tiang bendera itu dijengahnya keatas atas dan dibandingkannya keadaan bendera yang berkibar sekelilingnya, apakah bendera itu perlu diganti juga. Mereka tersenyum melihatkan bendera PAS dan parti Barisan Alternatif lainnya yang seolah-olah melambai dengan bangganya. Di bahagian otak, tersimpan satu rahsia di manakah bendera UMNO yang diberikan oleh orang-orang bandar. Mereka tahu di mana bendera itu terlipat dan tersusun kerana memang sudah ada pun bendera seperti itu yang diberikan oleh pegawai KEMAS dulu. Bendera UMNO sudah tidak lagi menjadi kebanggaan majoriti orang Melayu di kampung dan desa. Mereka tidak lagi menganggap UMNO sebagai satu parti yang relevan di masa ini dan mungkin juga untuk selamanya.

Demikianlah perjalanan hidup orang Melayu dan UMNO. Inilah satu hakikat yang perlu difahami oleh setiap orang UMNO yang kini bergelar pemimpn. Tidak kira di mana tahap kepimpinan mereka itu. Di kampung, di bandar ataupun di kota besar. Orang Melayu sebenarnya bukanlah lagi merupakan satu bangsa yang memerlukanUMNO. Orang Melayu kini sudah pandai mandiri, berdiri sendiri tanpa memikirkan sebarang sabsidi yang menjadi umpan orang UMNO selama ini.

Kenapa Orang Melayu tolak UMNO

Kalau mahu dibincangkan perkara ini mungkin satu tahun kita akan berada di takuk lama. Kita akan terpaku di satu tempat di mana kita tidak akan berupaya mencari satu rumusan yang tepat. Ini adalah disebabkan terlalu banyak perkara yang mahu diambil-kira yang menyangkuti perjalanan UMNO itu sejak 54 tahun yang lalu. Memadailah kita ambil beberapa sebab yang tidak mungkin mahu ditulis oleh akhbar perdana ataupun saluran TV di negara ini. Kita bincangkan perkara ini pun dengan satu keikhlasan di hati bahawa penonjolan bebrapa isu mungkin manyiatkan hati pihak yang tercuit. Ia perlu dibicangkan kalau kita mahu mencari satu jalan penyelesaiannya.

- Beralihnya ketuanan Melayu.

Pucuk pimpinan parti kerap mengulangkan propaganda betapa pentingnya orang Melayu bersatu untuk menjaminkan keutuhan ketuanan Melayu. Tetapi kalau kita pergi ke PWTC ketika UMNO bersidang kita boleh lihat berapakah jumlah Mercedese dan BMW yang canggih-canggih yang diletakkan di setiap padang letak kereta.Banyak lagi kereta lain seperti Masaratti dan Lombaghini dan apa juga jenama canggih yang berharga tinggi. Semua kereta itu berharga ratusan ribu malahan ada yang melebehi satu juta setiap satu. Siapakah yang menjadi tuanpunya kereta itu dan siapakah mereka sebelum bergelar pemimpin UMNO sebelum itu?

Apabila kita pergi pula ke rumah mereka di ibukota kita bandingkan pula keadaan rumah itu dengan rumah mereka di kampung-kampung, kita sudah boleh buat satu sorotan bagaimana mewahnya pemimpin Melayu masakini. Kemudian, kita boleh lihat pula keadaan cara hidup saudara mara para pemimpin itu. Mereka juga terus berubah walaupun satu ketika dulu ada yang berkeadaan hampir sama dengan keadaan seorang pengemis. Memang kemas sekali peranan para pemimpin kita itu. Mereka berpakaian kemas dan berjaya memperkemaskan cara hidup mereka dan para ahli keluarga mereka. Kemudian mereka wujudkan pula satu masyarakat kroni yang berjaya memperkemaskan setiap projek untuk rakyat. Akhirnya rakyat marhain terus mengemis lagi.

Pengaruh Budaya Ketuanan China

Keadaan keegoan sejumlah besar pemimpin UMNO sekarang ini adalah merupakan budaya ketuanan orang China yang diperkukuhkan dan dipertontonkan oleh masyrakat peniaga China yang berjaya. Tiga puluh tahun yang lalu ramai peniaga China yang berkereta besar adalah mereka yang mengushakan projek besar berkaitan dengan pertanian dan hasil bumi. Mereka berkereta besar dan mundar-mandir dengan fail untuk meraih simpati pegawai kerajaan. Mereka mendampingi wakil rakyat untuk mendapatkan sokongan projek membuka hutan samada untuk perbalakan, perlombongan ataupun pertanian. Ramai di antara mereka tidak pun tahu membaca 'rumi' tapi mampu membeli 'Straits Times' dan 'Malay Mail' setip hari bukannya untuk isi berita tetapi untuk iklan yang dicetak dalam akhbar itu. Kalau kita pergi ke rumah mereka sebenarnya dan bandingkan kereta yang mereka pakai, kita mungkin jatuh terkejut. Ramai di antara mereka mendudukki rumah yang beratap rumbia dan mempunyai hanya satu meja bulat dan beberapa bangku untuk makan. Mereka berkereta besar dan mempunyai bebrapa biji cincin besar di jari semata-mata sebagai simbol kekayaan. Tanpa simbol itu mereka tidak mampu berhutang untuk membeli kelengkapan yang diperlukan oleh projek mereka. Inilah budaya orang China di mana juga mereka berada di dunia ini. Inilah budaya China yang ditiru dan diciplak oleh orang Melayu terutama sekali pemimpin UMNO.

Tetapi, peniaga China bergerak laksana gagak. Mereka berbondong-bondong berniaga dengan kerelaan untuk saling membantu. Semangat ini tidak ada pada orang Melayu. Mereka terpaksa menggunakan kepakaran orang China untuk berniaga. Orang China pula mahu mereka menumpukan perhatian kepada parti politik sahaja dan bukannya pada ilmu berniaga. Apa sahaja pemimpin Melayu itu mahu, disediakan oleh rakan kongsi China itu. Kereta besar, rumah besar, cincin besar, dan apa lagi yang boleh membesarkan hati orang Melayu semuanya beres diaturkan. Lantas budaya berniaga orang China menjadi teras budaya berniaga orang Melayu yang tidak pun mempunyai sebarang asas untuk berniaga. Umum mengetahui bahawa budaya perniagaan orang China adalah satu budaya yang diwarnai segala jenis korupsi, hiburan dan budaya samseng. Ia juga merupakan satu budaya yang menghalalkan apa juga cara untuk mencapai sesuatu matlamat kerja.

Dengan perkataan mudah, inilah budaya yang menghalalkan penggunaan samseng seperti tukang ugut dan kaki pukul, tukang kutip cukai dan tukang bayar "tol", tukang urut dan kaki botol, rumah hiburan dan perempuan simpanan. Inilah budaya mudah kepada satu kumpulan manusia yang boleh beribadat sakan pda hari ini, dan menjadi syaitan esok hari dan bertaubat kembali pada hari berikutnya. Inilah budya yang meresap dalam kepimpinan UMNO daripada bawah hinggalah ke tahap yang paling unggulnya sekali. Kerana itu apakah dihairankan bila Saudara Anwar Ibrahim dituduh meliwat dan dipenjarakan tanpa bukti yang nyata. Apa yang dihairankan kalau Marina Yusuf, Zulkifli Sulung, Ezam dan Karpal decekup untuk dipenjarakan? Budaya samseng ketuanan China sudah menjadi pegangan pemimpin UMNO masakini. Malangnya tanpa disedari oleh pemimpn Melayu jenis ini, ramai orang China sendiri yang malu dengan budaya ini dan sudah lama memisahkan diri mereka daripada budaya yanag dikutuk Tuhan. Inilah yang dikatakan budaya setinggan di Indonesia. Kita akan sambung lagi cerita ini esok hari.

Kesimpulan

Sebagai penutupnya eloklah dirakamkan; ini bukannya tulisan menyindir ataupun mengumpat. Ini adalah tulisan untuk memperbetulkan nasib bangsa. Sememangnya kita patut berbangga kalau melihat wakil rakyat Melayu berlagak kemas dan bermotokar besar.Tetapi mereka harus berfikir kita melantik mereka itu bukannya untuk mengemaskan harta negara dan membiarkan rakyat jelata terus mengemis. Kita lantik mereka untuk memegang amanah bangsa dan mengambil iktibar akan segala kepincangan yang wujud di sekeliling kita. Kalau hanya untuk membalon harta dan mengemaskan kerja-kerja songlapan, kita tidak perlu memberikan gelaran Yang Berhormat ataupun Yang Amat Berhormat kepada mereka. Apa perlunya semua itu yang memaksa orang Melayu tertunduk-tunduk, terhanguk-hangguk kepada para pemimpin ini sedangkan mereka terus membuatkan bangsa sendiri mengemis di tanah airnya?

Apa perlunya berhamba tuan dengan mereka sedangkan kepada Allah kita beraku dan berengkau sahaja?

-MT-
14.1.2000.




Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com