Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

Pencentus Minda 9 - Bila Angin Datang Berlagu

Sikap Paklah mengikut perintah mengkucar-kacirkan pemikiran orang Melayu sepeninggalan bosnya, adalah menepati satu amalan yang dilakukan oleh beberapa orang timbalan presiden UMNO sebelumnya. Kalau kita singkap sejarah, kita akan perhatikan amalan yang sama telah dilakukan oleh penjajah kita ke atas orang Melayu. Inilah warisan sistem penjajahan British yang berasaskan penerimaan penasihat British ke atas setiap raja-raja Melayu satu ketika dulu. Setiap kali seorang penasihat orang putih itu melawat daerah dan kampung, ia akan mengeluarkan 'nasihat' kepada wakil raja-raja yang terpaksa diterima-pakai laksana satu perintah diraja pula. Sejak dari dulu lagi nasihat ataupun pandangan dari orang putih adalah berupa arahan secara berhemah. Arahan dipraktikkan ketika orang yang mengeluarkan arahan tersebut sudah lama beredar dari situ. MAHAFIRAUN telah menggunakan taktik yang sama dengan mengubah-suaikan taktik itu mengikut peredaran zaman.

Agenda Baru UMNO?

Tindak-tanduk menghina bangsa Melayu semakin berterusan. Ini merupakan satu agenda baru kepada pucuk pimpinan parti yang mungkin tidak disedari oleh akar umbi. Apabila Marina Yusuf, Ezam dan Zulkifli Sulong ditangkap atas akta hasutan, bukannya mereka yang sebenarnya ditangkap. Apabila Karpal Singh ditangkap kerana kata-kata yang 'berunsurkan fitnah' di mahkamah, bukannya Karpal Singh yang ditangkap. Orang Melayu yang sebenarnya dihinakan kerana Karpal Singh mengeluarkan kata-kata itu untuk mempertahankan maruah bangsa Melayu, dimahkamah dan bukannya di luar mahkamah. Ini memberikan kita satu anggapan bahawa UMNO sekarang ini sudah hilang arah. Laksana tiupan bayu yang ttidak menentu yang datang dari pelbagai arah, UMNO dan pucuk kepimpinannya sudah menjadi keliru dengan arah yang patut dituju. Mereka sudah tidak jadi menentu kerana dihantui satu dilemma yang tidak mudah diselesaikan.

Inilah agenda pucuk pimpinan parti.Apakah itu juga agenda yang direstui oleh akar umbi? Sepatutnya UMNO dan Barisan Nasional yang menang dengan kelebihan majoriti sudah mampu berbelanja sakan merayakan kemenangan itu. Jikalau kemenangan 2/3 menjadi satu ukuran, kemenangan itu memestikan satu pesta laksana pesta-pesta rakyat yang ditaja UMNO selama ini. Kenapakah perkara sebaliknya yang berlaku?

- Impak Undi Hantu dan Undi Tipu

Tentunya ada sesuatu yang terselindung daripada pengetahuan rakyat di akar umbi kenapakah UMNO tidak mahu merayakan kemenangan 2/3 majoriti. Kita percaya hanya segelintir di pucuk pimpinan parti yang sedar betapa UMNO hampir mati tanpa undi tipu dan undi hantu. Soalnya sekarang rakyat sudah bingung kerana mereka yang membuat pengundian rahsia sudah menjangkakan siapa yang patut menang dan dijulang pada hari pengiraan undi dulu. Apabila terjumpanya beberapa kotak dan kertas undi yang bertaburan di pusat mengundi, rakyat sudah sedar betapa segala proses mengundi itu sudah diselewng dan dicemari dengan tipu muslihat juga.

Pada satu ketika dulu undi pos menjadi senjata paling berbahaya yang mempertahankan kuasa UMNO. Perkara itu berterusan tanpa dipersoalkan. Askar yang bergelumang dengan pelbagai bahaya diperalatkan terus untuk menupang kuasa para malaon pimpinan MAHAFIRAUN. Apabila fenomena itu dipersoalkan MAHAFIRAUN jadi gelabah. Namun, starategi tipu-daya yang direncanakan oleh pakar politik yang diterbangkan daripada negara barat telah memberi idea undi tipu dan undi hantu. Begitu berbisanya undi itu hinggakan ada wakil rakyat yang sanggup membawa peti undi itu sendiri di saat-saat calon BN hampir rebah tersungkur di malam perhitungan.

- Kemenangan Yang Amat Rapoh

Hanya pucuk pimpinan parti yang sedar betapa rapohnya kemenangan itu. Laksana buah-buah yang ranum di cabang kayu yang rapoh, tuanpunya tanaman sudah sedar, itulah buah terakhir yang akan timbul daripada cabang pokok itu. Kalau dicantas pun dahannya, ia tidak akan mengeluarkan buah lagi. Hanya ia mengharapkan pokok yang semakin tua itu dapat mengeluarkan cabang yang baru utnuk memutikkan buah yang baru pula. Tetapi, apakah dia sanggup menunggunya ataupun apakah mungkin pokok itu akan tersungkur ke bumi juga? Mungkinkah dia sendiri yang akan menyembah bumi di waktu yang sama?

Dilema pucuk kepimpinan parti masa kini seolah-olah diselindungkan daripada pengetahuan akar umbi. Ia menjadi satu rahsia besar yang tidak boleh dibongkar. Untuk itu beberapa agenda provokatif perlu dilaksanakan secara bersiri agar pemikiran akar umbi sentiasa terpahat kepada beberapa isu nasional yang meremehkan. Bukannya keremehan isu itu yang menjadi soalannya. Yang pentingnya ialah keremehan itu harus diulang-ulang secara bersiri untuk dijadikan agenda perdebatan parlimen rakyat.

- Penangkapan Bersiri Melindung Tindak-tanduk Terkeji

MAHAFIRAUN terkenal dengan segala projek mega yang ditakrifkan sebagai 'projek Ter'. Inilah projek yang mengemiskan harta khazanah rakyat untuk sepanjang mellinium baru. Projek yang dibuat secara penipuan, betapa megahnya ia tersergam indah, tetap tidak berupaya menudung kekejian di sebalik pembikinnnya. Usaha berterusan HARAKAH mempamerkan kepincangan projek-projek itu adalah satu dilema yang amat besar yang perlu dihadapi oleh para pemimpin UMNO. Lebih-lebih lagi apabila HARAKAH berani menerbitkan senarai syarikat yang dipunyai oleh anak-anak MAHAFIRAUN dan para kroninya.

Siapakah sangka busung di dada MAHFIRAUN terserlah sudah dengan pendedahan itu? Bagaimanakah MAHAFIRAUN mahu menangkis soalan pemberita luar negara dengan pendedahan HARAKAH itu? Suatu ketika dulu isi HARAKAH ditulis oleh golonagn ulama belaka. Tetapi kini HARAKAH menjadi wadah ilham kencana penulis hebat-hebat bukan sahaja dalam bahasa Melayu malahan Bahasa Inggeris. Penulisan M.G. Pillai yang mempunyai peminat ramai berpuluh tahun lamanya adalah satu tarikan bagi pembeli HARAKAH. Penganalisaan Rustam Sani dan Ann Wan Seng menjadi ikutan para pembaca. Begitu juga dengan nukilan Chandra Muzaffar, Syed Husin dan ramai lagi. Keupayaan HARAKAH menyerlah mencetuskan irihati kepada beberapa kumpulan yang sekian lama dinaungi oleh UMNO. Manusia seperti Zam dan Kadir Jasin yang sekian lama merupakan badut yang mengkotak-katikkan arahan MAHFIRAUN dalam bentuk prosa tentunya merasa terkilan yang amat sangat dengan pencapaian HARAKAH. Cuma masa yang akan menentukan betapa orang-orang ini akan berdepan dengan HARAKAH untuk mencetuskan keresahan di hati mereka setelah disisihkan oleh MAHAFIRAUN sendiri ataupun oleh orang-orangnya.

- Bila Paklah Semakin Tersepit

Kalau Paklah mempunyai masa bersembang bersama Musa Hitam dan Ghafar Baba, tentu ada satu perkara penting yang mereka mahu berkongsi pengalaman. Tentunya cara mereka akur dengan perintah melakukan kerja-kerja terkeji ketika bos mereka ke luar negeri. Tentunya mereka persoalkan diri betapa MAHAFIRAUN sudah berani dan pintar menipu dunia.

A) Di depan rakyat jelata MAHAFIRAUN kerap mencanangkan bahaya agen asing. Dia kerap sebut penyangak antarabangsa. Di waktu yang sama dia gunakan semua undang-undang yang dicipta orang asing untuk menekan bangsanya sendiri. Semua akta drakonian bikinan penjajah masih dipraktikkan di negara ini. Bila dia berdepan dengan dunia maju dia kata bahawa Malaysia masih mempunyai rakyat yang taksub, yang sanggup membuang TV dan radio dalam sungai.

B) Dia tuduh IMF karut kerana tidak pandai mengendalikan kegawatan ekonomi. Apabila IMF mahu dia akur dengan sistem perubahan, dia melatah dan sanggah. Di waktu yang sama dia benarkan bank gergasi (Bank Bumiputra) ditelan oleh bank ular lidi (Bank of Commerce). Dia enggan ambil pinjaman yang diberikan oleh IMF tetapi dia edarkan bon di luar negara dengan premium yang tinggi sehinggakan berlari Yahudi mengautnya.

C) Satu perkara yang amat lucu yang mesti dirakamkan ialah cara MAHAFIRAUN berlagak ketika bercakap di negara dunia ketiga. Dia akan hentam hampir semua kuasa besar di dunia ini seolah-olah dia adalah pemimpin sebuah negara yang maju dan kaya raya. Dia akan rujukkan beberapa projek kemegahannya yang menghabiskan harta rakyat seolah-olah semua projek itu benar-benar direstui oleh rakyatnya. Para pemimpin dunia ketiga akan menunjukkan kekaguman mereka dan akan bertepuk tangan sakan kepada ucapannya. Akhbar asing akan diupah untuk memberi ruang muka depan kepadanya. Tetapi, hampir semua pemimpin dunia ketiga itu memanggilnya dengan panggilan 'The Mad Doctor'. Mereka tahu untuk terus berkuasa di negara sendiri mereka mesti dapatkan sokongan Amerika, Britain, Peranchis, Jarman dan Switzerland. Yang lebih lucu hampir semua pemimpin dunia ketiga tahu bahawa MAHAFIRAUN naik menjadi perdana menteri Malaysia di atas ihsan pengundi yang berjumlah sekitar 2,000 yang menghadiri Persidangan parti yang memerintah. Hampir semua pemimpin dunia ketiga memang suka mengampu MAHFIRAUN kerana mengharapkan tiket percuma dan layanan istimewa bila diadakan Persidangan Smart Partnership di Langkawi setahun sekali. Kalau kita cerita hal persidangan itu mungkin kita mahu seminggu untuk habis ketawa setelah diketahui tipu muslihat seorang diktator tua.

- Pemimpin UMNO pun turut tersepit

Kita dapat melihat betapa pemimpin UMNO pun turut tersepit. Bagaimanakah agakanya moral pemimpin UMNO sekarang ini apabila melihatkan Dato Seri Ramli yang menjadi menteri besar paling lama di Perak ditarik ke pusat dan dijadikan timbalan menteri. Bagaimana pula dengan Zahar Isnin, ketua menteri Melaka yang ditarik ke pusat untuk menjadi setiausaha parlimen? Apakah kemungkinan berlakunya satu rombakan kabinet di satu masa yang singkat selepas pulangnya MAHFIRUAN daripada Davos ? Kalau dia boleh lantik Tan Seri Musa menjadi Menteri Pendidikan, dan Aziz Shamsuddin sebagai timbalan menteri, apakah dia tidak boleh rombak kabinet sekali lagi dan letakkan Aziz Shamsuddin sebagai Menteri Pendidikan pula?

Sebulan yang lalu kita telah membuat ramalan bahawa kemungkinan besar perkara ini akan berlaku dalam masa yang singkat. Perkara ini perlu berlaku sebelum bersidangnya Majlis Persidangan UMNO pada Mei 11 nanti.

- Pencarian Klon sebagai Perdana Menteri Baru

Beberapa tahun yang lalu MAHAFIRAUN ada menyebutkan kemungkinan seorang klon yang boleh menjadi presiden parti. Ketika itu ramai yang berfikir dia berjenaka. Tetapi, MAHAFIRAUN tidak pandai berjenaka secara bersahaja. Dia berjenaka melalui perkataannya yang sinis kerana jenaka itu lebih mementingkan nafsu serakahnya. Bayangkan seorang pemimpin yang menganut agama Islam bercakap tentang pencarian klonnya untuk mengambil alih kepimpinan negara ini. Apakah dia fikir Malaysia ini harta datuk moyang dia? Sebagai seorang saintis dia tentu tahu hanya manusia yang bersifat 'hydra' sahaja yang boleh mengeluarkan klon.

Lee Kuan Yew, seorang bekas Perdana Menteri Singapura pernah ditanyakan apakah dia fikir anaknya akan menjadi perdama menteri Singapura kerana anaknya itu adalah klonnya. Jawapannya amat mudah sekali. Katanya mana mungkin anaknya menjadi klonnya sedangkan setengah daripada dirinya itu adalah datang daripada ibunya? Beliau tidak pernah mengimpikan anaknya akan menjadi perdana menteri satu hari nanti.

Tetapi cuba lihat dengan MAHAFIRAUN. Dia tidak pernah menonjolkan kewibawaan anak-ananya. Tetapi, dia telah membalun khazanah negara untuk mengemiskan rakyatnya semata-mata untuk memperkemaskan kedudukan anak-anaknya. Apakah tidak mungkin dia sudah merencana untuk menentukan salah seorang anaknya menjadi perdana menteri Malaysia di hari-hari mendatang?

Apakah tidak mungkin Mahathir menggunakan andaian kita seperti Sindrom Tangga Kelapa dalam 'Antara Api dan Bara'. Janganlah terperanjat kalau Dato' Aziz menjadi Menteri Pendidikan dan salah seorang Bin Mahathir menjadi Setiausaha Politik pula. Untuk menentukan perkara ini boleh berlaku dia mahukan setiap ahli UMNO memikirkan kepentingan parti UMNO dan bukannya individu. "Individu tidak penting, tetapi parti amat penting." Apabila Aziz Shamsudin dilantik sebagai senator dan menjadi Setiausaha poltik, Aziz tidak penting. Apabila Aziz dilantik menjadi Timbalan Menteri Pendidikan, Aziz masih juga tidak penting.

Inilah logika pemikiran MAHFIRAUN yang mahu diserapkannya pada setiap akar umbi parti. Aziz tidak penting, MAHAFIRAUN tidak penting. Laksana satu lagu ia sedang dicanangkan di seluruh negara. Kalau boleh tidak payah gunakan TV dan saluran media propaganda lainnya. MAHAFIRAUN tentu mengharapkan propaganda itu disebarkan oleh bayu. Rakyat mahu diputar-balik dan dikondisi otak mereka agar taksub dengan pesanan "individu tidak penting." Kerana itu telah dilakukan satu proses di mana seorang Menteri Besar yang berpengalaman dan berkelulusan undang-undang dijatuhkan sebagai timbalan menteri. Dilakukan juga perlantikan muka lama yang kalah dalam pemilu itu untuk menjadi menteri sekali lagi. Alangkah aibnya perkara ini dan bagaimanakah pemimpin parti mahu menjawab soalan sinis para pengundi ataupun ahli parti?

Budaya Individu tidak penting

Oleh kerana pemimpin parti tidak punya pilihan, setiap gerak langkah MAHAFIRAUN yang menyongoang pendapat dan aspirasi majoriti terpaksa ditelan dengan air-liurnya sekali. Apakah yang boleh dijawab oleh seorang menteri melainkan berkata: "Tindakan PM adalah tindakan orang yang berpengalaman dan terpuji". Inilah makna sebenarnya budaya "individu tidak penting." Ia menjadi satu lagu yang dibawa oleh bayu ke telinga setiap ahli parti; yang baru, yang veteran dan yang hampir mati. Kalau seorang tokoh UMNO yang sudah teruk penyakitnya sanggup memperakukan budaya ini, apakah yang difikirkan oleh akar umbi? Tetapi, apakah akar umbi mahu menyoal bagaimanakan seorang veteran parti yang muflis berkali-kali dapat diselamatkan dengan duit parti ataupun duit rakyat? Bayangkanlah kalau duit sebanyak itu digunakan untuk satu tabung pelajaran anak-anak kampung, ia mampu mengongkosi setiap kos akademi anak Melayu bermellinium lagi.

Di manakah kesahihan falsafah baru 'individu tidak penting' kalau MAHAFIRAUN sanggup mengemas kahazanah negara sampai 1.8 billion ringgit semata-mata untuk menyelamatkan dua individu? Bagaimanakah MAHAFIRAUN sanggup berbelanja besar untuk melepaskan seorang individu daripada tekanan kemuflisan? Sekarang kita mahu lihat apakah falsafah ini akan diterima olah 2.7 juta (he,.he!) ahli parti UMNO yang dikatakan taat setia kepada kepimpinan MAHFIRAUN disebabkan falsafah 'individu tidak penting' itu. Apakah falsafah 'individu tidak penting' itu dapat meransang sesiapa dalam UMNO yang sanggup meminta MAHAFIRAUN undur?

Sambil ahli parti memikirkan kejituan falsafah itu kita mahu tonjolkan satu soalan: Kalau individu tidak penting kenapakah MAHFIRAUN sanggup membuang masa dan belanja menghukum seorang Timbalan Perdana Menteri? Kenapakah MAHFIRAUN sanggup mengenepikan seorang bekas menteri yang berpengalaman seperti Tengku Razali dan melantik pula seorang ahli akademik sebagai menteri pendidikan? Besar manakah pengaruh Tan Sri Musa dan jasa yang ada padanya sehinggakan beliau difikir layak untuk memegang jawatan berprestij itu?

Di sinilah letaknya bisa yang terselindung dalam budaya 'individu tidak penting' tajaan MAHAFIRAUN itu. Dia sudah mencongak bahawa ada individu yang penting yang akan dikecualikan daripada budaya itu. Kerana itu dia sanggup menghambat sesiapa sahaja yang akan menghalang rencana seterusnya. Laksana Firaun yang membenci Nabi Musa a.s. Firaun masih tidak percaya akan kekuatan Musa sehinggalah dia terperangkap di lautan merah yang telah dibelah oleh Musa dengan kuasa tongkatnya. MAHAFIRAUN fikir tongkat semacam itu ada di tangannya. Tak mungkin tongkat itu diberikan kepadanya oleh Mona Fandi melalui Umi Hafilda?

Perangai Diktator Buang Tabiat

Kita boleh lihat perangai setiap diktator ketika meniti tahun-tahun kegelapan kerajaannya. Mereka kerap bergaya menunjukkan keangkohan mereka ketika berdepan dengan rakyat. Sebenarnya dalam hati perut mereka sudah timbul perasaan takut yang amat sangat terhadap rakyatnya. Di sebalik segala keangkohan dan kebesaran yang diangkohkan, diktator yang semakin dimamah usia sebenarnya jarang dapat tidur malam. Setiap detik malam itu menjadi satu igauan padanya. Setiap harakah lagu malam yang dibawa oleh bayu menjadi satu raksaksa yang menghantui tidurnya.

Inilah dilemma yang menghantui Jeneral Mengestu Mariam seorang diktator Ethiopia yang sekarang merengkok sebagai petani selepas diberikan suaka politik di Zimbabwe (kalau saya tidk silap). Inilah juga dilema yang pernah ditanggungi oleh Idi Amin yang sekarang ini menghabiskan hari tua dengan suaka politik yang diberikan oleh kerajaan Arab Saudi. Marcos mati di Hawaii, Siad Barri mati di Nigeria dan Pinochet hampir mati di London.

Kita boleh merasakan MAHFIRAUN sudah sedar betapa hari-hari terakhirnya itu yang semakin menghantuinya. Walaupun dia kini kerap bercakap bahawa ahli UMNO hasrus mementingkan parti dan bukan individu, sebenarnya dia mahukan seluruh ahli UMNO mempertahankan jawatannya sebagai presiden parti. Seperti yang kita tulis dalam Bermulanya Revolusi Rakyat Siri 1, MAHAFIRAUN kini sedang dihantui oleh pelbagai sesalan betapa setiap tingkah-lakunya dipersoalkan. Bayangkan kalau seorang anak marhain berfikir:

.....Semakin dibiarkan otaknya bergelodak dia akan terus terdesak untuk mengetahui sebab mesabab begini terjadinya kepada bangsa yang tidak mampu mengadakan setiap sesuatu yang memungkinkan bangsanya menjadi maju. Akan terserlah nanti betapa malangnya nasib bangsanya yang terbiar terpukau oleh seorang pemimpin yang mengaku selama ini seorang pemikir dan penglaksana yang berhati rakyat dan berotak geliga..."

Inilah gamabaran soalan yang kita jangka dipersoalkan oleh anak-anak muda Malaysia. Bayangkan kalau soalan sebegitu bergelodak di otak seorang bekas anggota keselamatan yang pertama kali menjejakkan kakinya di hadapan Menara Kembar Berbentuh 'H' itu. Apakah pula soalnya kalau dibawa melihat 'keindahan' litar Sepang dan Kompleks Sadium Bukit Jalil masakini, setelah segala program yang memikat hati rakyat sudah pun lama berakhir?

- Bila nostalgia mengusik jiwa

MAHAFIRAUAN adalah seorang manusia seperti kita. Sebagai hamba Tuhan dia tidak akan lari daripada kadaq dan qadar. Dengan itu dia pasti merenung masa silam dan memikirkan bahawa apa yang berlaku adalah sebahagian daripada perjanjian hidup seorang insan dengan penciptanya. Lantaa dia akan sedar segala kesilapannya. Tetapi, apakan daya dan apakah yang dapat dilakukannya. Menara Kembar dan segala projek mega bukannya dibuat dengan gula-gula kastor yang boleh diruntuhkan dan dimasak semula untuk digunakan. Tidak juga projek itu dibuat dengan ketulan airbatu yang diukir indah untuk mencentuskan ilham dan menceriakan hati yang gundah. Inilah masalah yang besar yang dihadapi oleh MAHFIRAUN dan juga orang-orang yang rapat dengannya.

- Bila raksaksa menghantui jiwa

Setiap kerajaan otoritarian bermula dengan seorang tokoh politik yang popular. Popularitinya itu akhirnya menghambat egonya sehinggakan ia menjadi semakin angkuh dan terus melatah. Rakyat pilihan di sekeliling akan menjadi satu kumpulan kroni yang akan melindungiya daripada keadaan sebenar terutama sekali dengan keadaan penderitaan rakyat. Hari saban hari kepimpian otokratik itu bertukar wajah menjadikan pemimpin itu seorang diktator. Tidak ada sesiapa yang berani menyanggahnya ataupun menasihatinya.

Apabila dia menjadi seorang diktator dia sebenarnya telah membikin satu sistem pemerintahan yang memberikan kesetiaan membuta-tuli kepadanya. Sistem ini terus membesar sehinggakan terbikin satu sistem raksaksa yang amat menakutkan. Ketakutan akan timbul bukan sahaja di hati rakyat jelata. Ia akan menghantui si diktator itu kerana sistem kerajaannya itu sudah menjadi satu raksaksa yang akan terus mengganggu tidurnya. Sesiapa yang berani melawan arus akan dicincang lumat dan dihapuskan.

Kerana itu tidak ada seorang pun diktator dalam sejarah tamaddun dunia yang sanggup meminta maaf kepada rakyat yang pernah ditindasnya. Walaupun sudah ada ciri-ciri kelembutan di hati setiap diktator untuk berbuat sesuatu yang dapat merelakan pemergian roh daripada jasadnya, diktator itu tidak dapat melepaskan kata-kata yang menunjukkan keinsafan dirinya. Dia tidak dapat melakukannya kerana waktu pemergiannya adalah sesuatu yang dia sendiri tidak akan tahu. Tidak juga bayu yang senantiasa datang berlagu yang amat hampir dengan dirinya. Walaupun bayu yang berlagu itulah akhirnya yang membisikkan sesuatu ke telinga seseorang itu agar menutupkan mata buat kali terakhirnya.

-MT-
16.1. 2000




Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com