Ayam Bermacam Ayam

Seronok juga bila kita tengok konfrontasi di antara KSU Kementerian Perdagangn Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datok Pahmin Rejab menunjukkan kejantanannya apabila berdialog dengan Senator Datok Zainal Rampak dan Professor Hamdan Fomca. Mereka telah ceritakan hal ayam yang harganya naik semakin menjadi sejak kebelakangan ini.

Pahmin nampak berang kerana ada tuduhan menyuruh mentgerinya Mahyuddin Yassin dan juga beliau sendiri akan meletakkan jawatan kerana harga barang yang sentiasa naik. Memang Pahmin sedang naik angin di awal rancangan kerana dia kata harga ayam bukannya senang untuk ditentukan ooleh manusia kerana ayam adalah benda bernayawa yang mudah mati, berpenyakit dan sebagainya. Kerana itu sebagai orang yang bertanggungjawab dengan harga barangan dia telah mempelopori sejak tahun dulu lagi agar harga ayam tahun ini tidak boleh melebehi 6.00 sekilo. Dia membuat keputusan itu setelah berunding dengan penternak ayam dan setelah mengambl kira bahawa orang kampung adalah penternak juga.

Maka terserlah kini betapa haraga ayam berada di paras melebehi RM5,40 sekilo di Petaling Jaya, kerana pelopor harga ayam dan juga barangan lain sudah menetapkannya begitu. Yang paling menarik sekali sebelum bercakap itu Pahmin ada mengulang nasihat orangtuanya dulu yang berkata;" Cakap berdegar-degar, taik tersangkut digelegar." Nampak sangat keangkuhan MAHAFIRAUN sudah menular jauh ke bawah di kalangan pegawai tinggi kerajaan juga.

Senator Datok Zainal Rampak telah menyambut cabaran Pahmin itu dengan menghujahkan demikian:

a) Ketika beliau melawat ke luar negara dia lihat betapa harga ayam (walaupun di Geneva) adalah sama di anatar semua supermarket. Malahan kalau dikaji harga ayam di Amerika dan negara maju harga ayam dan ayam belanda serata makanan lain yang popular diturunkan ketika hari lebaran ataupun perayaan. Sebagai bandingan dia menyebut betapa ayam yang dijual di Lembah Kelang datangnya daripada ladang ayam yang besar di Pulau Pinang. Di sana harga ayam ialah 5.80 sekilo, tetapi di Petaling Jaya harganya ialah 5.40 sen.

b) Ayam adalah makanan orang yang tidak berada. Orang miskin menumpukan kepada ayam kerana harga daging dan ikan yang tinggi. Lagipun ayam tidak mengandungi kolestrol. Apabila harga ayam naik, orang miskin hilang punca untuk mencari makanan yang berzat.

c) Pada tahun yang lalu peternak ayam telah melonggokkan anak ayam di pejabat MTUC sebagai reaksi kepada pemboikotan harga ayam. Zainal telah mengambil anak ayam itu dan mengagihkannya kepada ahli MTUC. Mereka buat kajian dan memelihara anak ayam itu. Dari kajian tersebut didapati bahawa kos penternakan ayam ialah sekita RM2.10. Mak datuk.... sedangkan penternak mengatakan bahawa kos menternak ayam ialah melebehi RM3.10. (Nampaknya Pahmin terpegun, nasib baik tak bawa topi kalu ada bolehlah tutup muka sekejap macam orang Mexico mabuk taquila).

d) Zainal kemudiannya bercerita tentang peranan orang tengah yang sentiasa menghenyak pengguna. Dia ajak rakyat melihat cara orang tengah dan para penternak hidup. Lihat kereta mereka, lihat rumah besar mereka...

Kemudian Pahmin diberi peluang untk menangkis pendapat Zainal. Dia kelihatna sudah berlembut. Dia kata ada satu jawatankuasa pengurusan krisis yang telah membincangkan soal harga barangan ini sejak enam bulan yang lalu. Ini tentulah ketika kementerian ditadbir oleh Megat Joened. Pahmin kata enam bulan yang lalu, dia sudah mendapat keyakinan dari para penternak yang bekalan ayam dan telur mencukupi dan haraga tidak akan naik lagi. Pahmin mahu persatuan konsumer lebih besar untuk menentang kenaikan harga seperti yang berlaku di negara maju seperti yang dilihatnya ketika tinggal di Amerika dan London dulu.

Mungkin kerana kesuntukan masa ataupun keadaan yang tegang, Hamdan tidak banyak bercakap setelah dia menegangkan majlis itu terlebih dulu dengan merujuk berita yang ditulis oleh Utusan. Di muka depan akhbar itu ada cerita bagaimana Mahyuddin mahukan FOMCA melapurkan kepada kementerian sekiranya berlaku kenaikan harga yang melampau. Tentulah Hamdan melenting juga kerana orang FOMCA bukannya dibayar gaji menjadi pemimpin kesatua konsumer. Sedangkan orang Mahyuddin semuanya dibayar belaka.

Rumusan Kita:

1.Kalau sikap Pahmin dijadikan sebagai ukuran, nampak sangat perangai pegawai tinggi kerajaan mengikut rentak yang dimainkan oleh pemimpin UMNO. Apakah gunanya ditentukan harga siling yang tinggi bagi ayam kalau Zainal Rampak sudah buat kajian bahawa kos penternakan ayam tidak melebehi 2.10 sen?

2.Apakah betul cerita orang bahawa penternak ayam yang dipimpin oleh Dr. Ayam yang kalah di Bukit Bintang sengaja menaikkan harga ayam untuk mengaut modal hangus kerana berbelanja sakan membantu MCA dalam pemilu yang berlalu?

3. Kalau Kementerian Hal Ehwal Pengguna sudah bersedia sejak enam bulan yang lalu kenapakah harga ayam masih naik?

4. Sedarkah Pahmin dan juga Mahyuddin bahawa setiap menjelangnya hari raya puasa akan tercetuslah penyakit kuku dan mulut di negara ini? Bukankah ini seolah sama dengan yang berlaku di Sudan dan Somalia? Apakah ini sengaja dilakukan agar kerjaan ini dan juga kerajaan Arab Saudi mengimpot daging kambing dan lembu daripada negara orang putih?

5. Sepatutnya Pahmin dan Mahyuddin boleh merancang untuk menyediakan ayam dengan kadar harga 3.50 sekilo kalau kajian menyeluruh dibuat untuk melakukanya. Kalau MTUC boleh berbuat dengan harga 2.10 kenapakah kerajaan tidak boleh menaja projek yang serupa di kalangan NAFAS, KEMAS dan sebagainya. Malahan harga boleh menjadi murah lagi kalau bahan makanan yang utama yaitu jagung dapat ditanam di negara ini secara kommersial. Mengimpot jagung dari luar negara memerlukan dollar dan menaikkan harga runcit ayam itu. Bukankah lebih elok meminta petani yang menanam padi menyelangseli tanaman mereka dengan jagung dan kerajaan menjamin pembelian hasil jagung itu? Apakah manfaatnya menanam padi di atas bumbung kalau petani boleh digalakkan menanam jagung sebagai tanaman selingan, di bendang?

6. Para penternak ayam yang kita tahu semuanya peminat MCA telah sengaja menaikkan harga ayam untuk meraih keuntungan yang besar. Sepatutnya harga ayam mampu turun lagi kerana penternak babi pun sudah mula menceburkan diri dalam menternak ayam dan ikan.

Adalah amat malang kalau harga barangan yang semakin naik dibiarkan tanpa dipersoalkan. Kerajaan selalunya menggalakkan NGO membuat tindakan memboikot barangan itu. Tetapi cuba lihat apa TV3 buat untuk mendapatkan ulasan para penggunanya. Mereka temuramah orang yang diduk di Taman Tun dan juga penjual di pasa Taman Tun Ismail. Tentulah pengguna kata mereka tidak memboikot barangan itu dan mengatakan harga berpatutan. Di situlah ramai para juak Wakil Jelir tinggal. Suku sakat pak Menteri dan Mak Menteri pun di situ. Datuk-datuk ampusana dan ampusini pun disitu. Mana mereka hiraukan harga ayam sedangkan wang untuk meembeli apa juga barang yang mereka mahu sentiasa sedia ada.

Pahmin banyak menonjolkan pengalamannya dalam bidang ternakan ayam. Tentu dia tahu kita perlu hanya tiga bulan menyediakan ayam untuk pasaran. Kenapa perkara ini tidak dibuat kajin secara serius. Kalau bancian dibuat secara serius tentu kita tahu kekurangan ayam pada musim Disember ini. Kenapakah tidak diusahakan penternakan ayam dengan menggunakan banduan yang sekarang ini semakin meningkat jumlahnya. Bukankah kita ada satu projek banduan bebas dalam penjara di Trengganu untuk melancarkan projek ini. Bukankah kita ada satu kilang penyimpan daging beku terbesar di Tenggara Asia yang terbengkalai tanpa projek di Paya Pahlawan, sebagai simbol kepincangan Sanusi Junid dulu?

Kenaikan barangan keperluan hari lebaran secara rutin setiap menjelang pesta bukannya perkara baru. Ia berlaku setiap kali musim pesta bermula. Ini adalah krisis negara yang serius. Sepatutnya Pahmin boleh merancanag mengeluarkan ayam dengan pihak penjara untuk menurunkan harga ayam yang dirancang oleh para juak MCA. Malahan Pahmin boleh berkongsi dengan Shahidan Kassim untuk menjadikan jelapang padi di Perlis sebagai tapak menanam jagung secara besar-besaran. Sila pergi ke Itali, Peranchis dan Brazil dan lihat bagaimana ladang jagung yang besar diuruskan. Perlis, Kedah, Selangor, Kelantan, Trengganu dan Negri Sembilan mempunyai tanah luas untuk projek itu. Cuma gali lubang untuk dapatkan air bawah tanah dan gunakan 'sprinkler' yang digerakkan oleh kuasa suria untuk urusan itu. Inilah yang dikatakan 'proactive planning'. Bukankah pegawai kerajaan mengambil pelbagai kursus seperti 'Q management' dan 'Paradigm shift' di zaman Ahmad Sarji dulu ?

Adalah amat malang sekali apabila seorang pegawai tinggi kerajaan mudah melatah apabila dijolok oleh rakyat biasa. Rakyat mempunyai hak mahukan harga barangan yang stabil kerana tidak ada sebab barang naik harga setiap kali gaji naik. Pahmin dan Mahyuddin harus akui bahawa rakyat Malaysia bukannya rakyat yang tahu mengada-ada. Rakyat tidak menunjuk perasaan sesuka hati walaupun ada sebab yang konkrit untuk berbuat demikian. Tetapi, kelembutan sikap rakyat itu jangan sekali disalah-tafsirkan sebagai satu kelemahan. Mereka lembut mengikut budaya kita. Tetapi, kelembutan yang salah dimengertikan akan membawa padahnya di satu hari nanti. Setakat ini kemarahan rakyat banyak tertumpu kepada MAHAFIRAUAN dan bebrapa para juak dalam BN dan juga dengan beberapa kerat para kroni yang tidak sedar diri. Rakyat belum menampakkan marah mereka kepada pegawai tinggi kerajaan lagi. Semoga Pahmin memahami hakikat ini, walaupun sudah timbul riak-riak ke arahnya.

Semoga Mahyuddin berupaya menangani kenaikan harga barang ini. Cuma kita ingin mengingatkan inilah kementeriannya yang berjaya menangkap perompak cetak-rompak bersama mesin duplikatornya. Apabila dihadapkan ke mahkamah mesin itu dipulangkan kepada si perampok di atas ihsan sokongan segelintir ketua di kementerian itu. Ini menunjukkan seolah-olah ada budaya 'talam dua muka' di kementerian itu yang menjadi wasiat megat Joned dulu.

Kita mengharapkan setelah Megat Joned pergi, akan terhakislah budaya talam dua muka itu. Nampaknya masih ada saki bakinya lagi. Setelah kita mencongak formula bagaimana Pahmin menentukan harga ayam, kita boleh yakin bahawa rakyat marhain akan terus menjelirkan lidahnya melihat harga barangan yang akan terus naik lagi.

-Ayam Togel-