Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Pengalihan Kuasa Secara Aman

Pengalihan Kuasa Secara Aman
(Peaceful Transition As Filipinos Force Out Leader)

Panas terik yang menggila, kelesuan yang semakin ketara dan emosi yang terus membara di antara penyokong dan penentang bekas presiden Joseph Estrada, nyaris-nayaris mencetuskan peristiwa tumpahan darah di perkarangan istana. Ketika dia melangkahkan kakinya untuk keluar dari perkarangan istana untuk kali yang terakhir diringi anak dan isteri; senarai mangsa yang bunuh-membunuh tetap tidak berisi. Yang dirakamkan oleh sejarah hanyalah nama mereka yang luka tercalar sana-sini dialami oleh insan-insan yang terlebih berani.

Para penyokong kumpulan yang mahukan Estrada undur telah menyebutkan kisah betapa mereka berusaha sedaya upaya menonjolkan keunikan permberontakan yang diasaskan oleh ‘kuasa rakyat’ yang menjatuhkan Ferdinad Marcos pada 1986 dulu.

“Saya merasa bangga betapa kami mampu mengajar dunia betapa rakyat marhaen masih mampu berkumpul ramai-ramai di jalanraya untuk menegakkan haknya tanpa sebarang bencana,” seorang penunjuk perasaan anti-Estrada bernama Raul Car Uri telah menyatakan apa yang terpendam dalam hatinya.

Seorang sukarelawan Palang Merah yang bertugas merawat kebanjiran manusia di Jambatan Mendiola, Manila melaporkan bahawa dia hanya memberikan rawatan kepada lima orang sahaja. Salah seorang yang dirawat itu dimasukkan ke hospital kerana cedera di kepala, walaupun keadaannya tidak serius.

Insiden yang paling buruk melibatkan kumpulan anti-Estrada yang dirangsang oleh kumpulan yang memusuhi mereka. Mereka telah membolosi sekatan polis untuk mengejar penentang yang pro-Estrada itu sambil bertukar-tukar penumbuk dan membaling apa saja yang ada di tangan. Polis bertindak tangkas meredakan keadaan.

Di sebelah pagi, pasukan polis pencegah rusuhan yang berbekalkan belantan dan perisai telah memasang sekatan untuk memisahkan dua kumpulan yang mudah berantakan. Para petugas awam di kalangan anti-Estrada memang bijak menenangkan suasana.

Pemerhati asing telah bertindak cepat memuji peralihan kuasa secara aman daripada presiden yang diaibkan itu kepada naibnya Gloria Macapagal-Arroyo.

Perdana Menteri Australia John Howard telah mengalukan peristiwa itu dengan berkata “inilah penyelesaian berasaskan perlembagaan yang dilakukan secara aman untuk menyekat krisis politik daripada berpanjangan.”

Pujian juga diberikan oleh Kedutaan Amerika di Manila.

Kalau ada pun rusuhan yang dirakamkan ketika kempen itu, ia berlaku pada hari Jumaat. Ketika itu loyalis yang pro-Estrada telah menceroboh kawasan niaga Makati untuk membaling batu ke arah musuh mereka.

Makati ialah kubu kuat kumpulan yang anti-Estrada.

Beberapa orang telah mendapat sedikit luka dan calar-balar dalam pertembungan kecil itu.

-Reuters-

.............................................................
Terjemahan oleh Sdr Marhain Tua


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 23 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com